CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 23, 2008

sejauh mana cintaku pada Allah?


Sejauh mana aku mencintai Allah?
Sejauh mana pergantungan aku padaNya?
Sejauh mana aku redha setiap ketentuannya?
Sejauh mana rasa syukurku padaNya?
Ya Allah ..
Aku cuba mencintaimu tuhan..
Hati tidak juga terasa..
Aku cuba berkali-kalipun..
tidak terasa apa-apa juga..
Aku fikir-fikirkan nikmatMu..
Agar ternampak kemurahanMu..
Atas nama ilmu aku akur..
namun aku belum juga jatuh hati denganMu..
Aku susah hati..
mengapa cintaku belum berbunga lagi..
Aku iri hati selalu..
cerita dan berita..
Orang soleh zaman dahulu..
Hebatnya cinta mereka padaMu..
Hilang selera makan keranaMu..
Asyik memuja dan memujiMu..
Mensucikan dan membesarkanMu..
Merintih mengharap kasih sayang padaMu..
Air mata mereka membasahi pipi..
Adakalanya menitis ke Bumi..
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya..
Engkau adalah hati jantung mereka..
tapi aku tidak begitu..
aduh!keras hatiku..
hingga kini aku belum mencintaimu..
baru aku sedar..
Cinta padaMu adalah ANUGERAH dan hidayahMu
bertuahlah orang yang Kau kurniakan Cinta itu
Aku bilakah lagi Tuhan?
Dapat sedikit pun cukuplah..
Aku tidak putus asa..
Dihujung hayatku..
Kalau dapat pun sudah cukup Ya ALLAH..

Wednesday, May 21, 2008

"..kerana aku terlalu sayangkan sahabat.."


Maafkanku Kaisara.., permata jernih jatuh dari mataku..
Kecewa dengan diri sendiri.Sanggup ku melukakan hati seorang teman..

Terkenang aku perkenalan pertamaku dengannya..
“Assalamualaikum…nama saya umaira hazel..nama awak?”
“Nama saya Kaisara..”,jawabnya.
“Sedapnya nama awak..SPM awak berapa ya?
“Sedikit saja 11”..humblenya dia ini detik hati.
Satu hari aku menerima system pesanan ringkas(sms) darinya..
“hati takkan lurus jika lidah tak lurus…uhibbuki fillah”
Sungguh aku merasa asing dengan ungkapan sebegitu..bagiku dia seorang yang suka mempamerkan emosi dan perasaannya. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku merasa bahagia dengan kata-kata begitu. Tersimpan rasa ingin mendekatinya.

“penatlah umaira cerita pasal ni..jangan cerita lagi boleh?,bentaknya.
“Kaisara, cubalah pertimbangkan perkara ini..”,pujuk ku.
Entah sejak bila aku suka masuk campur hal peribadi orang..bagiku dialah orang yang pertama aku lakukan sebegitu.
“ini untuk kebaikan awak juga..,”sambung ku.
Kaisara terus menamatkan perbualan.
Hati aku menangis, dimana silapnya.
Arghh..aku terlalu menyibuk!,mengongkong!...
Ya kerana aku terlalu sayangkan dia..aku hanya harap yang terbaik untuknya..!
Tapi caramu itu salah umaira!
Bukan kau tak tahu dia tidak selesa didesak..
Atau aku perlu biarkan sahaja dia begitu..
Mungkinkah ada cara yang lebih baik?..Ya Rahman beriku petunjukMu.

Kaisara…
Dengarlah luahan hatiku ini..
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
Ingatkah apabila aku bersedih siapa yang berada disisiku?
Dirimu kaisara..
engkau yang mengungkapkan “tiada istilah menyusahkan dalam bersahabat”..
ternyata aku sahabat yang menyusahkan..
maafkan aku andai tak mampu menjadi sahabat yang baik
tak ingin lagi aku mengganggu privasimu..teruskanlah hidupmu..
namun jika engkau memerlukan aku berada disisimu
untuk mendengar..untuk menangis..
aku sentiasa bersedia untuk itu.


Persahabatan adalah lumrah kehidupan membuat kita tertawa, menangis, menerima dan memberi, dan yang paling penting ia membuatkan kita menghargai hidup yang sementara.

Tuesday, May 20, 2008

yang batil tetap batil!

"Perkara yang haq itu tetap berdiri teguh sendirian, dan tak mungkin bercampur dengan yang batil."


Apa yang terlintas difikiran anda apabila membaca statement ini?... Syariah?,Daulah ?, Qiyadah?, Muamalat?..YA! semua tu terangkum didalamnya perkara HAQ dan BATIL..
Pernah dengar "QULILL HAQ WALAU KANA MURRA"? .Katakanlah yang benar walaupun pahit.

Saya bawa beberapa senario yang menggambarkan "niat tak menghalalkan cara"

Senario 1:Sepasang kekasih yang sedang bermadu kasih yang menjadikan 'Islam dan Perjuangannya' sebagai "lesen".
"Err..saya bermesej pun sekadar memberi kata-kata perangsang..sebagai tasyji' untuk dia..kami tak bercinta..,"kata si lelaki.
"Ya..bila saya dapat mesej dari dia..semangat untuk berjuang itu kembali berkobar!,"jawab si perempuan.
"betul tak rasa 'ape-ape'??.."


Senario 2: Seorang ibu yang awet muda, dengan seorang lelaki yang agak muda darinya.
Saya bertanya,"kenapa mak cik tak pakai tudung dihadapan lelaki itu?".
"Takpe anggap macam anak..lagipun dalil al-quran kata..orang yang telah berusia tak perlu tutup aurat..,"jawab mak cik.
"Tapi rambut mak cik ni Hitam lagi..rupa mak cik pun muda lagi bukan?.

Senario 3: Seorang pencuri yang telah ditangkap.(ni mungkin jelas sikit kot..)
"kenapa awak mencuri?,
jawab pencuri,"Saya nak tolong orang miskin..."
"waa..mulianya hati awak.."

Terasa sinis bukan bila mengenangkan realiti masyarakat sekarang..analoginya mudah saja.
Anda cuba bayangkan segelas air putih yang anda nak minum,kemudian anda letak sedikit sahaja(ingat sedikit je jangan lebih) najis... (mukhaffafah pun jadilah..).Rasa-rasa nak minum tak air tu? Kalau nak minum juga tak tahu la kan..

Hmm..Yang Haram tetap Haram..Semurni mana pun niat anda, ingatlah.. mengikut syariat itu juga syarat utama dalam melakukan kebaikan..wallahutaalaa'lam




Monday, May 19, 2008

"...hidup satu perjuangan..."


"Owh..adikku yang SOLEHAH!, yang warak!,"kata kak long padaku sambil melihatku memakai tudung dihadapan cermin.

"sinisnya kata-katamu..,"detik hati. Bukan maksudku untuk su'u zhon.Tapi perkataan begitu sudah lali di telingaku. Sedih mengenangkan realiti umat Islam sekarang,apabila seseorang menjalankan Islam secara total dianggapnya JUMUD!,gharib!..

"kak long,ira tak suka akak cakap macam tu!..kalau pakai tudung labuh dan menutup aurat bukan suruhan Allah,ira tak pakai macam ni tau..,"ujarku sedikit beremosi.

Geram!,bagaimana lulusan universiti timur tengah itu boleh keluarkan kata-kata sedemikian rupa. Habislah anak didiknya disekolah, bagaimana jawapannya kalau anak didiknya bertanya,"ustazah..bolehke pakai seluar jeans?baju ketat?..".

Aku tak boleh lupa ketika satu hari dia membawa pulang anak muridnya dari sekolah kerumahku."Awak, ustazah pakai macam ni la kat luar..,","bangga?,"..detik hati.

"ha...yang ini adik Ustazah..dia pakai tudung labuh tau..,"sambungnya lagi.

"waa..baiknya adik ustazah..,"balas anak muridnya.

"Hancur...hancur...,"bisik hati..mati kutu aku dibuatnya.


"Ira, bagi akak..apa yang akak pakai masih menutup aurat!, kalau nak pakai macam ira ni..tunggu akak betul-betul baik..mutadayyin!.."jawab kak long.

Aku membisu.."arghh..banyaklah alasan!..,"jerit hati

Ya Allah bagi hidayahMu padanya..

Dia bukan tak tahu, segulung ijazah Syariah berada di tangannya..tak ada alasan sebenarnya..mungkin dia terlupa..

"sekarang ni ramai yang pakai je tudung labuh, tapi mengumpat sana-sini..nanti kalau akak pakai tudung labuh tapi mengumpat, bawa imej buruk pada golongan macam ni.."kata kak long.

"entahla kak.. bagi ira..kalaula kita sedar yang kita pakai itu pakaian taqwa pasti secara tak langsung kita kawal perlakuan kita..,"jawab ku.

"he..kalau akak tak macam tu..,"sambung kak long.


Susahnya berdakwah pada yang sudah tahu..tapi buat-buat tak tahu..

Namun inilah medan dakwahku. Allah memilih aku untuk berjuang di dalamnya..

Nabi Nuh yang berdakwah beratus-ratus tahun itu pun, hanya 70 orang sahaja yang mengikutinya.


Aku seorang daie, seorang duta Islam dalam keluargaku...seru pada hati-hati yang terlena!.

Ya Rabbi, beri aku kekuatan untuk berdiri teguh di jalan juang ini..amiin..

Sungguh aku hamba yang lemah tanpa pertolongan dariNya,siapalah aku..


nak buat maksiat? boleh...;)

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini saya gemar bermaksiat. Tolong berikan saya nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana saya mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. saya masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan saya menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak."



Kalau tak malu buatlah maksiat!

The moral of the story fikirlah masak-masak sebelum buat maksiat, sedar diri.. "Allah is always watching you ".Nak buat maksiat lagi?...

Saturday, May 17, 2008

"err..maafkan saya.."

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu ingin dimaafkan Allah? Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(An-Nur:22)

Manusia..insan..tak pernah sunyi dari kesilapan. Insan dapat ditakrifkan sebagai lupa dan sukakan keseronokan. Orang-orang tua juga mengakuinya. Kata mereka "Bumi mana tak ditimpa hujan". Semua orang buat silap.."err...maaf... saya ter..". Ada sahaja yang tidak disengajakan berlaku.

Berbalik pada ayat diatas, seorang mukmin la budda, mesti mempunyai sifat ini. Memaafkan sesama muslim yang berbuat kesalahan dan berlapang dada. Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, jadi, ikutlah Al-Quran..jangan dilayan sangat perasaan marah dan bengang tu..bak kata orang jawe "it is unbenificial!".Tak kemananye perasaan tu..menambah nanah dalam hati ade..

Pernah sekali telinga ini panas bila dengar kata-kata seseorang teman tu bila dinasihat,"awak..sedangkan nabi maafkan umatnya..',dia menjawab,"tapi aku bukan nabi.."

Nak kata jahil murakkab bukan..mungkin "jahil merangkak"..kasihan teman tu..tahap keintelektualannya belum cukup tinggi untuk dia kaitkan nasihat sahabatnya dengan kondisinya..

ya! "sedangkan nabi maafkan umatnya..",pernah tak kita fikir berapa banyak suruhan nabi s.a.w yang kita ingkar?, sunnah baginda yang kita tinggalkan...? Kasih sayang nabi tu lestarilah!..Apalagi kita umatnya..yang banyak dosa ini..kawan buat silap sikit je..muncungnya berminggu-minggu..

"Maaf"..paling mudah untuk sebut..paling susah dilafazkan..belajar-belajarlah didikla hati. Sebab, hanya orang yang ego sahaja yang tak mampu sebut perkataan ni.Then, egokah kita?

Friday, May 16, 2008

"...kerana dia lelaki istikharahku..."



"kenapa confius pula ni?", soal kak Mai.


"kalau dialah lelaki dalam istikharah umairah pasti dia juga menyimpan perasaan seperti ira,dan pasti dia faham..,"sambungnya lagi.


"tapi kak...,"ujarku sedikit mengadu.


"kalau saya tak balas dikatanya sombong..,"terangku.


"Ira, dengar sini...,perkara-perkara harus macam ini tak sepatutnya ada pada agamawan seperti kita.., sekadar bertanya khabar? pada akak itu belum cukup kukuh!, tiada kepentingannya mengikut syarak..,"kak Mai menambah.


"ya betul kata kak Mai, aku ahli agamawan tak boleh sama dengan orang biasa,"bisik hatiku.


teringat satu ayat-ayat cinta dari kalam Agung.."apakah sama antara orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui?"


semestinya tak sama!


"kenapa aku perlu risau?..,ketentuan Allah itu pasti!


atau pergantungan aku padanya belum cukup kuat?..,"hati ini terus-terusan bermonolog.


"risau?,ya aku cukup risau..risau akan kehilangan,bukan mudah untuk aku semai cinta pada dia..memang... dia bukan yang pertama,aku terpaksa melupakan yang pertama kerana Tuhanku..kekasih agungku...dia yang berkuasa merubah segalanya..dia yang Maha Tahu dan Pemberi Petunjuk,"




Terimbau aku di setiap istikharahku..kenapa Dia memilih dia?


Aku langsung tidak nampak jalan untuk aku menghabiskan hidupku dengannya..,sedang yang pertama itu lebih jelas,bak kata orang muda-muda, masa depan untuk bersama itu lebih luas peluangnya..


sekadar bertemu di layar maya, bolehkah aku mempercayainya?


Oh tuhan, beriku kekuatan..




Cinta...cinta..cinta...


Hatiku mula tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.


Mungkinkah hati ini sudah jatuh cinta?


Tak keruan rasanya...bagaimana untuk aku menterjemah rasa ini..?


"Itulah,siapa suruh kau kawan dengan dia, dengan orang lain boleh pula jual mahal..,"hati membentak.


bagiku persahabatan dengannya satu kesilapan.


akur aku dengan kelemahan diri.




Tak dapat dinafikan terasa hidup ini begitu indah setelah mengenalinya. Saling berhubungan di layar maya terasa begitu bahagia.Opss..kami bukan bercinta..dia banyak menasihatiku, nasihat seorang abang kepada adiknya..jarak umur yang agak jauh buat aku terasa dia kadangkala bersifat seorang Abang, teguran seorang guru pada pelajarnya..aneh juga ya perasaan ini..berbaur..


Tapi padaku itulah impianku, punya teman hidup sebagai murabbiku,mursyidku, mujahid penemanku dijalan mujahadah ini...Ya Allah dialah permata yang dicari..






Tertipu!...tertipu!..tertipu!..


Sudahlah ira!..usah tertipu lagi dengan bisikan syaitan itu...


sedar atau tidak merinduinya itu satu zina hatimu!


berhubungan tanpa kepentingan itu satu kesalahan yang BESAR!!


Sedarlah diri..imanmu membentak...sakitnya iman bila diri berbuat dosa..


jauhnya hati dari mengingati Allah tatkala kau mengingatinya...


Jika benar dia lelaki yang Allah pilih untukmu, usah gusar janji Allah itu pasti...


Jika bukan ,mungkin Allah sengaja ingin mengujimu, sengaja menguji sejauh mana pergantunganmu pada Dia..


Pilihlah jalan mujahadah, lawan nafsumu itu...


Pentingkan Ukhrawi dari duniawi...


Hidup ini tidaklah lama untuk kau terus terlalai..


its time to change!


Serahkan segalanya padaNya, keinginanmu dan perbuatanmu ini jelas yang kau sudah terpaut dengan dunia...insaflah..kembali pada Allah..!

Wednesday, May 14, 2008

Terima kasih guru

Selamat Hari Guru




Baru semalam berkunjung kesekolah. Niat di hati ingin mengambil sijil spm yang asal...Sengaja kami berpakat pergi beramai-ramai buat kejutan buat guru2 di SMKAJB. Rindu masa-masa sekolah dulu..menuntut ilmu bersama kawan2,hidup berdikari di asrama.. semuanya terlalu indah untuk dikenangkan. Segala penat lelah guru2 tak mungkin dapat ku lupakan. Teringat kata-kata Cikgu Hairi apabila saya jarang bertemu dengannya untuk bertanyakan soalan add math,"sumaiyah, kenapa dah lama tak jumpa saya?", tersipu sendiri dek kealpaan diri. Cuma apa yang nak di tekankan disini ialah INGATAN SEORANG GURU PADA MURIDNYA. Begitulah kasihnya guru pada muridnya, caknanya seorang cikgu pada pelajarnya, apa yang dia mahu hanya pelajarnya berjaya.


Sedang sebagai seorang pelajar apa yang kita lakukan untuk membalas segala jasa mereka? Adakah dengan melarikan diri apabila terserempak dengan mereka?, buat-buat tak kenal?, atau buat-buat lupa?..jawab sendiri.. kita jangan lupa sabda junjungan yang mafhumnya,"sesiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, dia juga tidak dikategorikan sebagai orang yang bersyukur dengan ALLAH


Terima Kasih Guru _mirwana



Masih jelas diminda

Bisikan suaramu memanggil


disitu langkahku bermula


mengejari cita kau disisi


lantasku utuskan


lagu untuk menyatakan


terima kasih guru


kerna hulur tanganmu


ku menghargai setulus jiwaku


bicaramu guru kan ku ingat selalu


menjadi azimat hingga ke akhirnya..


guruku


ibarat pelita


sentiasa menyinar dikamar hidupku


guruku


kau pewaris ilmu


mendidik diriku hingga ku berjaya


Andai diberi peluang


inginku terbang tinggi diawangan


kanku petik bintang-bintang


ku jadikan hadiah untukmu


moga tuhan merahmatimu


terima kasih..





jutaan terima kasih ku rakamkan buat guru yang pernah mengajarku menulis dan membaca di Taski Al-Fiqrah, Sek Keb Angkatan Tentera, SMK Agama Segamat, SMK Agama Johor Bahru, dan pensyarah2 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sayang cikgu-cikgu. Doakan saya.


Buat Dr Najib, saya takkan lupa kata- nasihat Ust untuk kami budak sains yang akan terbang ke KL -kata Imam Syafie..


'Sabarlah dengan kesabaran yang cantik, kerana kejayaan akan datang dengan kesabaran, sesiapa yang sentiasa bermuraqabah( merasa diri sentiasa dibawah pengawasan Allah) dia akan selamat, siapa yang benar tehadap Allah(ikhlas), tak akan didapati apa-apa keburukan pada dirinya,dan sesiapa yang sentiasa mengharap redha Allah, dia akan dibantu Allah..'


ingin menjadi yang halal bukannya sukar

Monday, May 12, 2008

sayonara bumi tarbiyah

Sudah menjadi sunnah pertemuan pasti ada perpisahan. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untukku melangkah keluar dari bumi penuh barakah, bumi tarbiyah, bumi para pencinta ilmu, bumi nilam puri. Pernah dulu ketika mendengar cerita dari seorang sahabat tentang tempat ini, dikhabarkan disitu ada himpunan mutiara-mutiara ilmu yang mungkin tak terjumpa di tempat lain.
Secara jujur, hati ini tersenyum sinis, terfikir betapa obsesnya sahabat itu terhadap tempat ini.."hei..Bumi Allah itu luaslah, rahmatNya ada dimana-mana..bukan di nilam puri sahaja".
Terdetik dihati, sahabat tersebut terlalu terikut emosi. Akhirnya, penulis tak boleh menafikan pepatah,"tak kenal maka tak cinta".
Bukan senang untuk jatuh cinta, bukan senang untuk kita menghayati erti tarbiyah..
Hati ini pasti rindu akan UKHUWAH..
pasti rindu kuliah Tok Guru(Nik Aziz)
pasti rindu Jaafar Rawas(kedai buku islamik)
pasti rindu kuliah2 talaqqi
pasti rindu pensyarah-pensyarah disini..
dan pasti merindui tarbiyah disini..
Apalagi yang boleh aku ungkapkan untuk menterjemah perasaan ini..?
rindu..rindu..dan rindu...
setinggi kesyukuran aku rafa'kan padaMu yang memberi ruang dan peluang untuk ku mematangkan diri disini...

Buat sahabat-sahabat dinilam puri..
thabatlah..teruskan kelangsungan tarbiyah disini..
without tarbiyah,biah solehah..nilam puri is nothing..
Buat sahabat-sahabat sains..
kita bakal bertemu cabaran...
iman kita akan teruji...
istiqamah kita bakal menjadi bukti...
keikhlasan kita beramal disini, disana penentunya..
ya..di UMKL nanti...
Kuatlah jangan goyah..
moga hati-hati kita ini Dia jaga dlm dakapan rahmatNya..
Amiin..

Saturday, May 10, 2008

yaumul UMMI


Selamat Hari Ibu buat insan yang bergelar ibu.


Dedikasi khas buat Ummi tersayang..

Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala pengorbanan yang telah kau lakukan..

hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..

dan maya tak pernah lupa doakan ummi..
sayang Ummi selalu.

Thursday, May 8, 2008

Dedikasi buat teman2


...terbawa fikiranku dengan sebuah athar junjungan tercinta...


Seorang Sahabat bertanya Rasulullah s.a.w,"Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?", jawab Rasulullah s.a.w,"Seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, kamu dengar cakapnya pengetahuanmu mengenai ISLAM bertambah, apabila melihat kelakuannya kamu teringat akan kehidupan Akhirat.."



Teman-temanku cermin bagi diriku,

melihat senyuman yang terukir diwajahmu,

hilang segala resah yang terbungkam dihatiku,

kasih sayangmu membuat aku terbuai,

betapa indah Kasih sayang yang ALLAh cipta,

UKHUWAH,

penuh makna tersirat yang tak terungkapkan,

disitu ku temu kehebatan Penciptanya,

ia hanya diterjemah disetiap doa kudusku,

bagaimana mungkin aku hidup tanpa2 teman disisi?

Rasul junjungan juga hidup bersahabat..

Manifestasi kecintaan Tuhan,

ya, itu ada dalam cinta kita..

melihatmu terasa kerdil diriku dihadapan ALLAH,

terlintas dibenakku bagaimana pandanganNya terhadapku berbandingmu?

Aku tak mungkin punya hati yang halus seperti SARA,

Aku tak mungkin punya hati yang khusyuk seperti TYA,

Aku tak mungkin punya hati yang ikhlas seperti AWIN,

Aku tak mungkin punya jiwa yang telus seperti ANIS,

Aku tak mungkin punya hati yang khuduk seperti RAUDHAH,

Aku tak mungkin punya jiwa sesuci RAJA,

Ya Allah , bagaimana aku di mataMU?


p/s..untk teman2 yg tak tertulis namanye disini usah terasa hati, nama kalian tetap ku semat dlm hati,uhibbukum fillah;)












Wednesday, May 7, 2008

Futur al-Qalb

Ku mulai dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim..moga usahaku yang sedikit ini dipandang Allah sebagai satu Ibadah.

FUTURUL QALBU,
sengajaku menamakannya begitu dengan harapan, blog ini menjadi


santapan rohani para pembaca,
pengerak hati penatapnya,

pengetuk hati2 yg terlalai,

dan lebih-lebih lagi





peringatan kepada penulisnya.



AL-QALB~HATI~HEART



al-Qalb,


disitu pandangan ALLAH,


disitu pancaran IMAN,


disitu terbit ketenangan,


Hati,


ada padanya keindahan AKHLAQ,

lahir darinya tulus KEIKHLASAN,


terletak disana satu KEJUJURAN,



Heart,


seketul darah penentu segala,


baik buruknya seorang insan dia penentunya,


didiklah ia dengan acuan AQ,


dan zikrullah sebagai makanan tambahan.