CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 16, 2008

"...kerana dia lelaki istikharahku..."



"kenapa confius pula ni?", soal kak Mai.


"kalau dialah lelaki dalam istikharah umairah pasti dia juga menyimpan perasaan seperti ira,dan pasti dia faham..,"sambungnya lagi.


"tapi kak...,"ujarku sedikit mengadu.


"kalau saya tak balas dikatanya sombong..,"terangku.


"Ira, dengar sini...,perkara-perkara harus macam ini tak sepatutnya ada pada agamawan seperti kita.., sekadar bertanya khabar? pada akak itu belum cukup kukuh!, tiada kepentingannya mengikut syarak..,"kak Mai menambah.


"ya betul kata kak Mai, aku ahli agamawan tak boleh sama dengan orang biasa,"bisik hatiku.


teringat satu ayat-ayat cinta dari kalam Agung.."apakah sama antara orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui?"


semestinya tak sama!


"kenapa aku perlu risau?..,ketentuan Allah itu pasti!


atau pergantungan aku padanya belum cukup kuat?..,"hati ini terus-terusan bermonolog.


"risau?,ya aku cukup risau..risau akan kehilangan,bukan mudah untuk aku semai cinta pada dia..memang... dia bukan yang pertama,aku terpaksa melupakan yang pertama kerana Tuhanku..kekasih agungku...dia yang berkuasa merubah segalanya..dia yang Maha Tahu dan Pemberi Petunjuk,"




Terimbau aku di setiap istikharahku..kenapa Dia memilih dia?


Aku langsung tidak nampak jalan untuk aku menghabiskan hidupku dengannya..,sedang yang pertama itu lebih jelas,bak kata orang muda-muda, masa depan untuk bersama itu lebih luas peluangnya..


sekadar bertemu di layar maya, bolehkah aku mempercayainya?


Oh tuhan, beriku kekuatan..




Cinta...cinta..cinta...


Hatiku mula tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.


Mungkinkah hati ini sudah jatuh cinta?


Tak keruan rasanya...bagaimana untuk aku menterjemah rasa ini..?


"Itulah,siapa suruh kau kawan dengan dia, dengan orang lain boleh pula jual mahal..,"hati membentak.


bagiku persahabatan dengannya satu kesilapan.


akur aku dengan kelemahan diri.




Tak dapat dinafikan terasa hidup ini begitu indah setelah mengenalinya. Saling berhubungan di layar maya terasa begitu bahagia.Opss..kami bukan bercinta..dia banyak menasihatiku, nasihat seorang abang kepada adiknya..jarak umur yang agak jauh buat aku terasa dia kadangkala bersifat seorang Abang, teguran seorang guru pada pelajarnya..aneh juga ya perasaan ini..berbaur..


Tapi padaku itulah impianku, punya teman hidup sebagai murabbiku,mursyidku, mujahid penemanku dijalan mujahadah ini...Ya Allah dialah permata yang dicari..






Tertipu!...tertipu!..tertipu!..


Sudahlah ira!..usah tertipu lagi dengan bisikan syaitan itu...


sedar atau tidak merinduinya itu satu zina hatimu!


berhubungan tanpa kepentingan itu satu kesalahan yang BESAR!!


Sedarlah diri..imanmu membentak...sakitnya iman bila diri berbuat dosa..


jauhnya hati dari mengingati Allah tatkala kau mengingatinya...


Jika benar dia lelaki yang Allah pilih untukmu, usah gusar janji Allah itu pasti...


Jika bukan ,mungkin Allah sengaja ingin mengujimu, sengaja menguji sejauh mana pergantunganmu pada Dia..


Pilihlah jalan mujahadah, lawan nafsumu itu...


Pentingkan Ukhrawi dari duniawi...


Hidup ini tidaklah lama untuk kau terus terlalai..


its time to change!


Serahkan segalanya padaNya, keinginanmu dan perbuatanmu ini jelas yang kau sudah terpaut dengan dunia...insaflah..kembali pada Allah..!

8 comments:

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualaikum,
Cinta adalah satu anugerah. Kita memerlukan cinta untuk meneruskan kehidupan.cinta Allah,cinta Rasul,cinta ibubapa dan apa yang lebih penting ialah cinta itu mesti berlandaskan iman..
Buatlah penilaian secara rasional wahai adikku..sesungguhnya Allah telah menentukan yang terbaik buatmu..

sahabat said...

salam...
indahnya Islam meletakkan dhawabit2 dlm berhubungnya lelaki dan prempuan.

jauhi ikhtilat...

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualikum wbt

saya setuju dengan sahabat
'Indahnya islam meletakkan dhawabit2 dalam berhubungnya lelaki dan perempuan'

Ibtisam... said...

Alhamdulillah..Allah dah bg petunjuk kat sahabatku.....maka peliharalah...dan yakinlah janji Allah pasti berlaku.....

Bagaimana dgn mereka yg byk kali solat istikharah tapi tak dpt jwpn???
mungkin itu ujian yg plg besar ALLAh berikan pdnya....
susah kalau nak jaga hbgn dgn manusia disamping ingin menjaga hbgn dgn Allah.....
Hati kembali tidak tenang bile fikir masalah ni....

applykan ilmu yg kite ade,,,
InsyaAllah....Allah akan tunjukkan jalan...

wallahualam

demartyr said...

tak jadi cerpen ke ni?
apsal jadi kisah peribadi pula ni..
Hmm..masing-masing..(",)
asalkan dpt pengajaran..
~~~tawakal itu Indah~~~

demartyr said...

tapi..nama saya bukan Umaira tau..
ismi Sumaiyah..;)

Ibtisam... said...

ye tau-tau....
saya tau!!!

demartyr said...

sara poyo!