CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 29, 2008

cemburukah?

saje jer letak gambar ni..tak kene mengena pun..

Sukarnya memahami perasaan seorang insan. Apa di fikirkan..di rasakan...tak Faham.. Dia cemburu , merajuk atau apa?...

Cemburu..kenapa tak dapat macam orang lain?
Cemburu..kenapa tak diberi peluang macam orang lain?
Cemburu..kenapa tak dapat berjuang sehebat orang lain?
Sukar untuk diterjemahkan..
Eh!
Aku juga cemburu denganmu!
Percaya atau tidak... terserah!
Ya..aku cemburu padamu...
cemburu tak mampu menangis sehebatmu...
cemburu tak mampu beramal sebanyakmu...
cemburu..cemburu..dan terus cemburu..
ingin sahaja aku qiamullail berseorangan kerana tak tahan cemburu dengan air matamu..
Tapi! aku yakin dengan penerimaan Tuhan terhadap amalanku..
Kudrat untukku beramal adalah mutlak dariNya..
Air mata yang turun bermusim ini juga hadiah dariNya...
Peluang untukku berjuang dijalan ini juga ketentuanNya..
Bukan PILIHANKU!

Ingatlah sahabatku yang ku sayang..
Kalam Cinta dari Yang Maha Penyayang..
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah(akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya, dan belanjakanlah hartamu serta buatlah kebajikan.."~At-taghaabun:16~


Hapuskanlah perasaan itu
Buanglah yang keruh ambil yang jernih
Sama-sama kita betulkan niat..
Batalkan niatmu untuk berundur diri..
Usah tertipu dengan talbis iblis yang hanya mahu kita berpecah belah..
Satukan Fikrah, Satukan Amal..
Kembalilah kepada fitrah.



Tuesday, June 24, 2008

SEKULARkah kita..?




Sekularkah kita?

Bila beranggapan hal-hal agama hanya di surau @ masjid..

Sekularkah kita?

Bila fikir Nasyid hanya sekadar alunan keinsafan bukan hiburan...

Sekularkah kita?

Ilmu agama dan akademik kita pisahkan...

Sekularkah kita?

Baik buruknya suatu perbuatan hanya dilihat dengan kaca mata adat dan budaya bukan agama...

Sekularkah kita?

Politik kita asingkan dari Islam..

Sekularkah kita?

Untuk maju kita rasa tak perlukan pengamalan Islam yang syumul..

Sekularkah kita?

Tepuk dada tanya Iman


Katakan 'Tak Nak!'

Entah kenapa..., akhir-akhir ni ada satu fenomena pelik dikalangan asasion.
Berlumba-lumba dalam mencari pasangan masing-masing.
Nasihat saya pada adik-adik, bersabarlah(^_^)
~Sabar dalam Ketaatan~

"...moga proksiku hanya ISLAM..."


"Saya bukan berdiri diatas proksi seorang Umaira, bukan juga untuk pelajar-pelajar jurusan saya,tetapi semua pelajar asasi di Universiti ini,"kataku disambut tepukan yang gemuruh, sesekali terdengar suara-suara yang sumbang melaungkan namaku.
Tak pasti adakah suara itu salah satu propaganda yang telah ku rancang dengan pihak muslimin. Terkejut juga, lucu pun ada..Petang itu aku bertemu dengan ketua muslimin. "Ustaz, nanti bila ana di atas pentas buatlah sesuatu yang dapat menarik perhatian crowd pada ana." .kataku. "Ya, insyaAllah..",jawabnya. Sesekali terasa kasihan dengannya, aku suruh dia buat macam-macam, jadi promoter , tampal poster, gantung banner..hmm, baru aku sedar peranan muslimin amatlah besar dalam perjuangan seorang wanita.Jika wanita sayap kiri perjuangan seorang lelaki, lelaki adalah dua sayap perjuangan seorang wanita.

Pantang berundur sebelum berjuang

Bagiku malam manifesto agak memuaskan hati, sungguh aku berdiri diatas proksi Islam sebenarnya, bukan untuk diriku. Perkara sebegini memang menenangkan, jika kita niatkan untuk diri sendiri pasti menggusarkan. Malam itu sebelumku melangkah ke Dewan untuk berhadapan dengan tujuh ratus lebih manusia, aku mengumpul kekuatan dengan menanti apakah motivasi yang Allah akan beri melalui kalamNya. Percayalah, kalamNya itu syifa’, penawar bagi hati kita tatkala kegusaran. "…bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah.."(al-Baqarah,165). Cukup sahaja dengan lima perkataan itu untuk menaikkan keyakinanku, terima kasih Ya Allah, kekuatan itu hanya ada padaMu, bantulah hambaMu ini, rintihku. Ya.. memang darjah semangat aku berkurang sejak peristiwa malam sebelumnya.
"Umaira, ana rasa lebih baik kita tarik diri!,"ujar sahabatku yang sama-sama lepasi sesi interview. Hanya kami berdua yang melepasi temu duga itu. Aku tahu mereka(interviewers) takut!, takut dengan pelajar agama seperti kami. Sengaja semasa sesi interview aku tidak sentuh isu-isu ‘pengamalan agama secara total’, cuba menghadharikan diri. Lucu, berdegar-degar jawapan ku , terpaksa tunjuk bagus.
"kenapa pula dia ni?, detik hati.
" Nia, kenapa cakap macam ni?, esok malam penamaan calon tau,"balasku.
" Ira, cuba anti bayangkan kalau kita ada pun dalam organisasi ini, sejauh mana suara kita?,"terang dia.
"Kita takkan berjaya, percayalah..kita sikit, nak sanggah program-program yang melalaikan yang diorang buat? Siapa nak dengar suara kita?," tambahnya.
Aku mengetap bibir, tanda kurang senang dengan kata-katanya.

Malam Ukhuwah

Memang masalah besar, Nia mula ragu-ragu dengan perjuangan ini. Kami terpaksa berjaga sehingga pukul dua pagi,bercakap dari hati ke hati meleraikan kekusutan dimindanya. Siapakah yang merubah pendiriannya, siapakah meracuni mindanya? Ya Allah bantu kami!
"Nia, Imam Malik kata, kata-kata manusia itu bukan muqaddas, boleh diterima dan ditolak. Setiap orang punya jalan juang yang berbeza meskipun hadafnya sama. Ada yang masuk melalui pintu tarbiyah, ada yang masuk dari pintu siasah…mengikut kecenderungan masing-masing.., Allah memilih kita berjuang melalui pintu ini, so jangan sia-siakan peluang ini. Memang…kesan itu tak mungkin kita nampak sekarang, tapi at least kita ada usaha untuk itu..Maha Pengasihnya Allah, Dia tak pernah menantikan hasil tapi apa yang dilihat usaha!," panjang lebar ku terangkan padanya. Aku dan dia sama, masih bertatih lagi, belum cukup untuk dikatakan matang di jalan ini. Tak hairan andai ada diantara kami yang rebah. Yang pasti kesediaan untuk bangkit semula itu ada dihati kami. Dan sahabat disisi yang sedia membantu.
Ya, malam itu adalah malam ukhuwah bagi kami, seorang demi seorang diberi peluang untuk menyatakan apa yang terbungkam dihati. Alhamdulillah syukurku dipertemukan sahabat-sahabat yang solehah seperti mereka, tak putus-putus memberi kata semangat pada kami berdua, yang sanggup turun padang mewarna banner dan berkempen. Terima Kasih sahabat-sahabatku. Inni uhhibbukum fillah.

Kalah pada emosi

Aku kalah pada emosi ku pagi itu. "macamana ni, biologi belum baca, hari ini ada test…arghh!..." Kepala ku terasa serabut!..Lapar, penat, mengantuk, risau,…berbaur..
Sepatutnya aku gembira kerana malam tadi aku telah diumumkan menang dalam pilihanraya tersebut.
Kerisauanku terhadap pelajaranku melebihi kegembiraanku. Sesekali terlintas rasa kesal, sibuk berkempen tertinggal buku.Lantas aku beristighfar, aku memang pantang orang yang menyalahkan perjuangan apabila gagal dalam pelajaran. Bagiku hal itu adalah masalah diri sendiri yang tak bijak mengurus, bukan salah apa yang diperjuangkan!. "come on umaira, jangan cakap tak serupa bikin!"
"Bersabarlah Umaira, kadang-kala dosa-dosa dihapuskan dengan berpenat lelah dalam perkara makruf.."aku memujuk diri… Ya Allah, beri aku kekuatan.
Kaisara menyediakan aku segelas air kopi.. faham aku penat menunggu result sehingga larut malam, malam semalam. Air kopi yang agak pekat terasa lebih pahit dari biasa..Kaisara memang gemar buat air sebegitu. Tapi aku lebih melihat air itu sebagai air kopi kasih sayang seorang sahabat. Syukran Kaisara..

Bukti kasih sayangNya

"Test dibatalkan hari ini, kita ganti hari lain," kata seorang tutor.
Alhamdulillah!, ku panjatkan kesyukuran, memang itu harapanku,aku kurang bersedia..
Terbuai aku dengan kasih sayangNya. Sekali lagi Dia membuktikan janjiNya, siapa yang menolong agamaNya, Dia pasti menolongnya. Ya Allah jadikan aku seorang hafizah (penjaga agamaMu).

Tuesday, June 10, 2008

akukan manusia juga





akukan manusia juga...
yang punya perasaan.. sayang, benci, suka...
akukan manusia juga...
aku bukanlah pelakon hebat di pentas realiti ini..
aku tak mampu sembunyikannya..
akukan manusia juga...
kadang kala terbawa dengan perasaan dan emosi...
kadang kala terlupa koreksi diri...
akukan manusia juga...
fahamilah..
maafkanlah..
akukan manusia juga..
mudah khilaf..
lupa..
akukan manusia juga..
sepertimu!




Monday, June 2, 2008

istiqamah satu anugerah


Istiqamah satu anugerah. Anugerah yang tak ternilai, yang diberi oleh Allah kepada hamba yang dikehendakinya. Nilainya terlalu tinggi kerana ia menuntut mujahadah, ia menuntut kefahaman yang mendalam, ia menuntut jati diri yang kuat.

Kenapa boleh berubah? Belum cukupkah ilmu didada? Atau anda yang tak punya jati diri?..tolong jawab..!

‘Kadang-kadang kena ikut waqi’..ada time kita terpaksa berubah..”kata seorang teman.

“berubah macam mana? Apa Islam itu ada had-hadnya? Kenapa nak ambil separuh-separuh?, masa ni lah..mula nak ikut waqi’..”

Kadang-kadang terfikir juga kekreatifan mereka berhujah, malu barangkali, tercari-cari dalil nak ‘menegakkan benang yang basah’.

Saya faham gelojak itu, ingin sahaja diturutkan rasa hati. Tapi fikirlah semula..tak rindukah zaman waktu thiqah2 dahulu? Iman pasti sakit diwaktu ini..iman pastinya memberontak! (seandainya imanmu itu iman tulen).

Sahabat-sahabat, kembalilah..sedarlah..kita berbeza dengan orang lain, kita agamawan..ikon pada adik-adik, biarkan pandangan orang asalkan kita yakin apa yang kita lakukan atas dasar ilmu.

Sekali lagi istiqamah satu anugerah, bukan mudah-mudah kita dapat..bersyukurlah yang berdiri di atas jalan itu. Jangan pula kita menempelak orang yang terlari dari landasan ini. Mungkin Allah sedang mengujinya. Tanda kasih sayangNya..kita tak tahu..

Ya Allah kurniakan kami ISTIQAMAH

"..tamu kamar uzlah.."




“memang perkara ni nampak bodoh tapi sebenarnya ia melatih kita untuk menjadi kreatif, berani bercakap dihadapan orang ramai…dan bagaimana kita mengasah diri untuk think out of the box…,”kata akak fasi itu.



“Banyaklah think out the box dia..,”aku mengetap bibir bingung dengan realiti mahasiswa sekarang..entah mentaliti keberapa..



“sendawa yang lebih baik dari kentut, sekurang-kurangnya mak cik tukang masak rasa gembira kita kenyang..,” seorang pencadang teruja menyampaikan hujah.



“tak senonoh!..,”jerit hati.



Memang dah lama aku mendengar berita-berita busuk dari tempat ini. Ya..BUSUK..KoTOR..
Apalagi yang kotor selain maksiat berleluasa..pergaulan bebas..bertepuk tampar antara lelaki perempuan..minda yang kotor dan lucah!



Apakah mereka ini tak fikir hidup ini bukan untuk main-main?



Pernah sekali dalam satu LDK, pelajar diberi tiga pilihan ,setuju, tak setuju, atau tak pasti. Seorang fasi mengujarkan soalan..”okey, kita open eh..antara Pengkid dengan Lesbian mana lebih baik?..”. Aku memilih tak pasti ,malas nak layan kebobrokan mereka itu. Soalan bodoh yang seterusnya,”antara boxer dengan sepender mana lebih baik?..”. Ya Allah…kelu lidahku..ingin sahaja aku mengherdik depan-depan..!



Rindu Kamar Uzlah..



Ya Allah layakkah aku kesitu?..Kamar Uzlah..disaat ini rinduku membuak-buak..Ingin sahaja aku duduk disitu mengurung diri..malas lagi aku hidup bersama mereka..orang-orang yang bejat akhlaknya!



“Buat sahabat yang akan menyambung pelajaran kesana, ana nak bawa satu hadis Rasulullah sebagai peringatan untuk kalian…”kata kak Ida dalam sebuah halaqah.
Rindu dengan halaqah itu..meskipun di gelanggang badminton,tapi aku percaya itu antara taman-taman syurga..majlis zikir dimana malaikat memayungi kami dengan sebelah sayapnya.



“Sahabat bertanya,”Ya Rasulullah, jika kami berada disuatu tempat dimana lebih ramai orang yang membuat kemungkaran dari kebaikan apa yang kami perlu lakukan?,Rasullullah menjawab, bergaullah dan duduklah dengan golongan yang berbuat kebaikan..Sahabat bertanya lagi, ya Rasulullah, jika tiada lanngsung orang yang baik? Jawab Rasulullah beruzlahlah..”tambah kak Ida.



Beruzlah atau keluar berjuang?



“bukan namanya perjuangan jika jalannya senang..” kata-kata ringkas tapi mapan,,penuh makna tersirat..

Mereka mad’u kita..mungkin mereka tak tahu..latar belakang kita lain-lain..tak semua orang faham..Tugas kita memberi kefahaman, bantu mereka, bukankah Umat Islam itu bersaudara? Mereka bukan orang lain..keturunan Adam juga. Kau bukan berseorangan ramai lagi yang punya hadaf sepertimu, bersamalah mereka mengharung, meredah, mendepangi segala cabaran yang mendatang.

Bukan kau tak tahu Allah suka orang-orang yang bergerak bersama-sama seperti bangunan yang kukuh.

Kembali bersemangatlah Umaira…!Bantu umat ini… !Kita bukan golongan yang nak masuk syurga seorang diri. Tegakkan yang hak!

“Ya Allah perbaiki urusanku,jangan kau biarkan aku walaupun sekelip mata.. “