CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 25, 2008

Selamat Bercuti



Selamat Bercuti
buat Teman-teman...
jaga diri..
jangan lupa studi..(^_^)/)

Wednesday, July 23, 2008

dhaif


Wahai Iman...sihatkah dikau?..Jangan senyap sahaja...aku risau, aku gelisah..hilang ketenangan. Entah kenapa..semacam rasa rindu pada sesuatu..rindu rasa dekat denganNya.. rindu akan rasa lapang dada..Hidupku terasa sempit, sesak...serabut..Iman..sihatkah dikau? jawablah sayang...apakah ujian-ujian seenteng ini menjauhkan dirimu dari yang menguji?..Iman..

Hati aku menangis.. Wahai hati, inilah kelemahanmu..medium syukurmu kurang subur..hilang hikmah..Aku tak mampu menyentuh hati mad'u keranamu..kau terkadang kurang memahami, kurang kasihan..terlalu gelojoh, kurang sabar..zalim..

Taqwa, aku rindu padamu, bilakah akan tiba? duduk disisiku selamanya..agar aku cepat gentar akan maksiat, agar mudah aku bermuraqabah..agar aku mudah sedar dari kesilapan..hadirlah segera ke dalam jiwa..

Iman itu yazid wa yankus (bertambah dan berkurang)..
Ujian itu natijahnya dua..either you get closer to Him or further..
Wadah
hati itu hanya satu antara dua, cintakan dunia atau akhirat..
Taqwa...menantimu sentiasa..

Wednesday, July 16, 2008

rancangan VS angan-angan


"Termenung? merancang masa depan atau berangan?.."
Biasa kita dengar orang tua-tua tegur begitu bila melihat anak muda duduk menongkat dagu. Tiada siapa yang dapat mentafsirnya..Hanya empunya diri dan yang Maha Mengetahui tahu..
Dan remaja amat sinonim dengan perihal bermenung ini.Hanya tahap kematangan dan keintelekualan yang menjadi kayu ukur sejauh mana 'aktiviti' ini memberi impak positif pada seseorang.

Pernah muka tebal berinci-inci apabila diingatkan agar tidak berkhayal selalu..
"Jangan banyak khayal sangat..nak kahwin..nak keje best..nak hp canggih.."
Dan menjadi lebih segan apabila yang menegur itu tak pernah berjumpa face-to-face pun dengan kita.Peringatan tetap peringatan,addinu nasihah (agama itu adalah nasihat) saya terima dengan hati terbuka. Terima kasih kerana mengingatkan =).

Ya, saya mungkin merancang untuk berkahwin di usia muda..
tapi saya bukan berangan nak kahwin secepat mungkin!!
Dan saya ada misi tersendiri (apa dia?..itu rahsia ;))

Ya, saya mungkin merancang untuk mempunyai karier yang bagus satu hari nanti..
tapi saya bukan berangan sahaja tanpa disusuli usaha yang gigih
Dan ia tentunya dengan harapan untuk kebaikan Ad-din juga.

Ya, saya mungkin merancang untuk mendapat kehidupan selesa
tapi saya bukan mengangankan syurga dunia..
Dan sudah pastinya Akhirat yang lebih utama.

Ya, merancang juga tak boleh berlebih-lebih, takut-takut ia menjadi angan-angan kosong. Rancanglah, tapi biar berpijak di Bumi yang nyata. Berfikirlah untuk masa depanmu, tapi pastikan ia bukan omongan kosong, susuli usahamu.

Rasulullah SAW bersabda,"Dalam banyak-banyak pekara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut nafsu dan panjang angan-angan."(H.R at-Tirmidzi)

Saturday, July 5, 2008

Sekadar perkongsian..

Dari http://www.ustaz-zamri.com/v1/











"Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh..menggunakan hujah "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?"

Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.
CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!


'fikir sebelum bercouple'





Friday, July 4, 2008

Biar kami tahu kamu sayangkan kami



"Terima kasih kerana terlalu
sarohah (berterus terang)."Ingin sahaja saya meluahkan kata-kata ini pada seseorang. Terima kasih kerana dia telah menzahirkan apa yang sentiasa berlegar dalam fikiran saya ini. Gundah saya serta merta hilang kerana segala yang terbungkam dalam hati ini telah diterjemahkan.

"Saya nak tegur sedikit muslimat, tudung antunna agak jarang, tolong jaga aurat antunna..jaga suara antunna...". Kata seorang muslimin. Kedengaran agak pedas, pasti terkena tepat pada batang hidung pelakunya..bak kata pepatah 'siapa makan cili dia yang terasa pedasnya'..

Terus-terang saya bersyukur Allah mengeluarkan kata-kata itu dari mulut muslimin itu. Saya sendiri tak mampu untuk berbuat begitu..Kenapa?..Wallahualam, mungkin ini bukti kelemahan iman saya. Takut renggangnya akan suatu perhubungan, takut mereka lari terus dari kita..semua itu sentiasa menghantui. Moga Allah tebalkan iman ini.

Tapi...sejauh mana relevannya perbuatan muslimin tersebut? Adakah mereka boleh terima dengan hati terbuka? Atau sebaliknya memberontak?


"Nasihatilah wanita itu dengan kebaikan(secara bijaksana), kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok itu ialah bahagian atas. Jika kamu meluruskannya secara paksa tentu ia akan patah, dan jika kamu membiarkannya ia tetap bengkok"(bukhari & Muslim)

Bijaksanalah, Berhemahlah, Bertadarrujlah dalam memberi peringatan..
Biar wanita tahu tegur kamu tegur sayang bukan benci.