CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 28, 2008

Pergilah gelita..hadirlah cahaya


SALAM MAAL HIJRAH 1430


'Seorang MUJAHID sejati ialah dia yang memerangi hawa nafsunya demi berbakti pada Allah, dan seorang MUHAJIR sejati ialah dia yang meninggalkan semua larangan Allah'

(HR Ahmad Ibn Hanbal)

Ayuh berubah!


Tuesday, December 9, 2008

Salam EidulAdha


Salam Eiduladha buat semua

Friday, December 5, 2008

ekspresikan rasa cinta


Hati besi atau hati batu?

"ira tak tahu mana silap ira...perubahan dia terlalu drastik!", kataku bernada kesal.
"mungkin dia sunyi..sebab tu dia hilangkan cuba mengisi kekosongan dengan cara yang salah.." terang kak zah..
"sunyi apanya?? entahla kak.. ni semua sebab terlalu ikut nafsu dan pujukan syaitan sahaja!", tambahku.
"ira sayang tak dia?..."tanya kak zah.
berkerut dahiku, kaget dengan soalan kak zah, sayangkah aku pada dia? "sayang.."jawabku.
"mungkin dia dah berubah, dah dapat mengisi kekosongan dia, tapi siapa tahu hati dia masih lagi sunyi dan kosong.."tambah kak zah.
"ira kurang tunjukkan kasih sayang kat dia tak? tanya kak zah.
"ira memang macam ni dulu kini dan selamaya, ira tak pandai nak luahkan rasa..kalau rindu gila pun ira akan tahan...tapi dia ok je'' responku.
"orang tak kan dapat berubah dalam masa yang singkat ira...ira kenalah berubah.."nasihat kak zah.
"salahkah sembunyikan rasa sayang?? tak mati pun kalau tak orang tu tak tau kita sayang kat dia.." ira memang 'kayu bin batu', itu ira akui.. but i'm not the culprit!..untuk seseorang berubah itu salah diri dia sendiri!


tepuk air didulang
"ok kali ini, umaira akan menyampaikan tazkirah tentang bahaya lidah," kata kak usrahku.
Aku membaca sepotong hadis yang masyhur "man la yarham la yurham" ertinya barangsiapa yang tidak mengasihi orang lain dirinya tidak akan dikasihi. Kisah dimana seorang lelaki melihat nabi mencium cucunya. lelaki itu merasa hairan dan berkata "sehingga anakku berjanggut pun aku tidak pernah menciumnya", rasullulah menjawab dengan membaca matan hadis ini.

Seusai usrah, aku bertemu naqibahku, berkongsi masalah telah lama bersarang dalam kepala ku ini. Sekali lagi jawapan dia serupa dengan kak zah..perubahan dia salah aku juga kerana membiarkan dia sunyi, sedang dia amat memerlukan kasih sayangku.

"ira, satu hari akak paksa diri akak untuk peluk ayah akak, tau tak apa dia buat hari itu?.."
Dengan air mata yang bersisa dipipi, "buat apa kak?",aku bertanya.
"dia beli loteri haritu,"kata kakak usrahku yang sememangnya ibu bapanya belum lagi memeluk agama Islam. Aku ketawa berdekah-dekah tapi aku faham mesej dia. Kasih sayang perlu ditunjukkan.
Macam hadis nabi itu juga, nabi pun menunjukkan kasih sayang dia, mengapa tidak kita?

Rahmat disebalik ujian

"dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar(kesalahan2mu)"_ASY-SYURA:30
Aku beriman dengan ayat ini. Kadang-kadang kita mudah menunding jari pada orang lain tanpa sedar empat jari lagi menghala diri kita. Kasih sayang itu milik bersama bukan untuk dirasa sendiri, dipendam. Buanglah ego, buanglah malu yang tak bertempat, jadilah penyayang seperti junjungan kita s.a.w. Moga-moga silaturrahim, ukhuwah berkekalan atas dasar aqidah yang satu. Ameen Ya Rabb

Thursday, December 4, 2008

'Ukhuwah fillah'

Inni uhibbukum Fillah
"Ya Allah ikat hati-hati ini"
*terima kasih sambut besday maya.=)

Tuesday, November 25, 2008

Kematian itu pasti


Di saat umurmu bertambah,
sedarkah dirimu,
kematian itu semakin mampir,
dan masa lalu telah jauh meninggalkanmu,
disaat ini,
introspeksi perlu disisi,
untuk kau mula bermuraqabah,
menghisab diri,
apa yang telah kau perbuat dengan umurmu,
untuk kau sedar hidup ini belum tentu lamanya,
mati itu akan datang bila-bila masa,
tak kira dalam bersedia atau terleka,
apa yang penting kini,
dirimu dan jalan yang kau pilih.
trima kasih buat teman-teman yg sudi mengingati hari lahir maya. doakan maya slalu :)..cyg kowang..hehe

Tuesday, November 18, 2008

iklan


Thursday, November 13, 2008

simpulan


Aqidah..

perkara asas dalam diri seorang Muslim, penentu tempat akhirnya kita syurga atau neraka, syarat utama penerimaan amal ibadah. segalanya bermula dengan kalimah toyyibah 'lailahaillallah'.
suka saya sorotkan 2 kondisi yang saya temui sepanjang percutian saya untuk dikaitkan dengan soal aqidah.

Kondisi 1

Satu hari di langkawi, saya bersama keluarga teman saya pergi ke langkawi geopark untuk menaiki kereta kabel. Di saat kami baru sahaja tiba disitu, seorang ejen pelancong datang menghampiri kami dan menawarkan tiket separuh harga! dari rm26 menjadi rm15. Apa yang menarik bukanlah tawaran ejen tersebut tetapi perkataan yang dikeluarkan oleh adik teman saya yang berumur 11 tahun. "Tengok baru je sampai Allah dah tolong kita.."..Saya terkesima dengan kata-kata dia. terbit dalam hati saya betapa budak ini punyai aqidah yang kukuh, yang tulen. Dia menyandarkan segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Hebat bukan keyakinannya?

Kondisi 2

Dalam perjalanan ke Johor Bahru dari Perlis, Bas berhenti di R&R untuk solat subuh.
Di Surau saya ketemu seorang mak cik. Keadaannya tergesa-gesa untuk solat subuh. Dia bertanya pada saya,"sempat tak ye dik solat subuh ni..drebar bas kata 20 minit je..?". Saya jawab,"sempat mak cik, takkan tinggalnye kita, kalau dia tinggal... kita saman!" sengaja saya melawak nak tenangkan hati mak cik tu. Suaminya pula kerap buka pintu surau muslimat, tak selesa dibuatnya. Mak cik tersebut bertambah gelabah.."buat yg wajib jelah ek..yg sunat2..takyah buat.."kata mak cik. Beliau pun solat dengan cepat, dibaca kuat-kuat(saya pun tak pasti kenapa), sehinggakan kiblat pun salah..walhal terang2 anak panah kiblat depan mata.

Hmm.. pada pandangan anda Aqidah siapa yang lebih utuh..? Budak darjah 5 atau mak cik?
Kita tidak boleh menilainya dengan pandangan kita, kerana Allah yang lebih tahu. Namun begitu ada pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dan koreksi diri. Sejauh mana tawakal kita kepada Allah? Sedarkah kita yang Allahlah yang menentu segala? Redhakah kita atas ketentuannya? Tepuk dada, tanya hati bagaimana Iman.

Sunday, October 26, 2008

lari dari sepi


Aku minta hubgn yang kukuh antara aku dan Dia..
Aku pohon dibuka hijab antara aku dan Dia..
tapi Dia biar aku sepi dari apa yang aku cintai selama ini..
baru ku tahu kini..
Hati ini hanya cukup untuk satu cinta..
ya Allah penuhilah hati ini dengan kecintaan padaMu..
gantikan kesepian ini dengan kerinduan untuk menatap wajahMu..
benar kata 'athoi "sengaja Allah menjemukan kita dengan sesuatu, supaya tiada apa yang dapat melalaikan kita dari mengingatiNya"

Friday, October 3, 2008

Minal A'idin Wal Faizin


Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan ilal liqo' pada madrasah Ramadhan yang telah pergi meninggalkan kita. Moga-moga kita tak tergolong dalam golongan orang yang rugi, iaitu bila mana perginya Ramadhan dosa-dosanya tak diampun..wanauzubillah.
Sudah tercapaikah matlamat peribadi anda diakhir madrasah tarbiyah ini??
A'faf, perkataan yang saya savekan di wallpaper handset saya untuk saya lihat matlamat saya itu setiap masa. Sahabat saya tanya, "maya pe maksud a'faf?.." A'faf..cukup pendek perkataannya, besar maknanya pada saya.

Kesucian Hati. Pernah tak dengar doa yang nabi ajar ,"Ya Allah, aku memohon padaMu, petunjuk, ketaqwaan, kesucian hati, dan kekayaan hati." Kesucian hati memang sukar dimiliki sebab itu kita perlu minta pada Allah. Tapi suci yang bagaimana?

Suci dari sifat Hasad dengki, sudah fitrah manusia untuk berasa cemburu melihat kelebihan orang lain. Tapi kesucian hati mengatasinya, hati mula bersyukur, rezeki itu kurniaan Allah bukan atas daya usaha kita semata.

Suci dari Prasangka, bersangka-sangka (dzon) selalunya salah dan hanya membawa dosa, seperti yang tertulis dalam Al-Quran..sebahagian sangkaan adalah dosa. Hati yang suci dan prasangka seharusnya penuh dengan husnudzon. Bersangka baik bukan hanya pada manusia, lebih2lebih lagi pada Allah. Rasa redha akan ketentuanNya, yakin segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Suci dari Maksiat, hati yang suci sepatutnya sunyi dari maksiat. Bagi pasangan yang bercinta sepatutnya madrasah ramadhan mengajar mereka erti berpuasa dari zina hati. Memusatkan seluruh perhatian kepada amal-amal Islami dan ibadah, jauh sekali melakukan perkara-perkara yang lagha.

Pabila Syawal menjelang tiba sucikanlah hati dengan bermaaf-maafan sesama saudara-mara, dan sahabat-handai. Ziarahlah kubur kaum keluarga yang telah meninggalkan kita..moga-moga hati kita suci dari cinta Dunia.


MINAL A'IDIN WAL FAIZIN

Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 17, 2008

Perjuangan Kita


Perjuangan Kita
“Oleh yang demikian wajiblah bagi pelajar kita menyedari akibat-akibat
perbuatan ini. Sekiranya pihak-pihak yang berkuasa terjerumus ke lembah
kesalahan ini kerana kejahilan dan kebodohan mereka, maka pelajar-pelajar
wajiblah menjauhinya seberapa yang dapat. Dia samping itu mereka juga
hendaklah membentuk satu pendapat dan kesedaran yang menyeluruh untuk
menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa kebudayaan sundal itu dan
untuk menghapuskannya.
Di sini kita harus bertanya sesama kita: Jika timbul di kalangan pelajarpelajar
sendiri perasaan ingin menentang kebudayaan tersebut, maka
dimanakah lagi kekuatan yang dapat meluluskan tamadun tidak bertuhan dan
kebudayaan kuning itu masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi dengan cara
paksa? Memang sudah tidak boleh dinafikan lagi bahawa sekiranya saudarasaudara
sendiri sudah tidak suka menari misalnya, maka sudah tentulah tidak
ada kuasa lagi yang dapat memaksa saudara-saudara untuk menari. Memanglah ada di sana galakan dan godaan syaitan yang menggalakkan manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar dan merosakkan adat-adat, nilai,perasaan dan kecenderungan mereka. Tapi apabila pelajar-pelajar
sendiri menyedari bahawa kebudayaan sundal ini merupakan penyakit kronik yang akan meresap ke dalam diri mereka, maka sudah tentulah mereka boleh menjauhinya dan menentang gerakan cuba memasukkannya ke pusatpusat pengajian tinggi. Saya ingin agar ada suatu usaha ditumpukan ke arah
memupuk kesedaran di kalangan pelajar untuk menentang perkara-perkara mungkar tersebut.”_PERANAN PELAJAR,oleh Abul ‘Ala Maududi

Sengaja saya highlightkan petikan ini buat tatapan pembaca di luar sana yang bergelar pelajar. Dulu saya pernah sangsi akan perjuangan yang sebenar yang pelajar. Kononnya bagi saya tugas pelajar adalah belajar dan terus belajar, tak perlu semak-semakkan otak dengan perkara lain. Terasa malu apabila ada yang mengingatkan yang hidup ini bukan sahaja belajar, banyak lagi tugas-tugas yang kita galas sebagai khalifah di Bumi Allah ni.

Pemahaman secara teori tidaklah memberi kesan pada saya, fikiran saya masih belum terbuka, masih keliru apa sebenarnya yang diperjuangkan seorang pelajar. Kadang-kala sinis melihat sahabat-sahabat yang luar biasa semangatnya. Arghh..semangat sahaja lebih.

Namun setelah turun kelapangan reality, terasa dihantuk kepala. Mula nak buka mataa(agak lambat sebenarnya). Apa-apa pun bersyukur kepada Allah yang meninggalkan lebam, kesan hantukan tadi. Tanpanya, mungkin minda saya terus beku.

Satu malam di gelanggang bola tampar, saya dan sahabat saya yang juga jawatankuasa pelajar asasi duduk diluar,ada reasal kemerdekaan. Kami disapa pengetua kolej. Beliau bertanya,”kamu berdua tak masuk sekali perarakan kemerdekaan ni?”.Tak sempat kami jawab disambungnya,”nak juga tengok orang-orang bejubah ni melibatkan diri”

“oho…sayunya hati, adake kami yang berjubah dan bertudung labuh ni di suruh menari??liberal benar... (dalam perarakan tersebut ada certain masa kita kena menari tradisional.)

Syukur lillah, saya dan sahabat saya sempat menghaibkan diri.Takut juga sebenarnya, takut dipanggil.

Dalam malam yang sama, dilokasi yang sama, datang sekumpulan pelajar (konvoi kemerdekaan katanya), melaungkan kalimah ‘Merdeka!’ sambil menebar-nebarkan bendera Gemilang. Semangat patriotik yang luar biasa. Boleh dibanggakan. Namun, terasa sinis bila melihat mereka datang membonceng awek masing-masing.

“oho..imannya belum merdeka lagi..sadis.”

Begitulah senarionya yang kena saya dan sahabat lalui sehari-hari..Cuma tahap sensitivity kita terhadap maksiat yang membezakan. Jadi apa yang kita perjuangkan? Kebejatan akhlaq dimana-mana, perang saraf telah lama meletus, fikir sendiri!


Saturday, September 6, 2008

Selamat Pengantin Baru


SELAMAT PENGANTIN BARU

buat kakak kesayangan saya Suhaila dan suami, Abg Yop =)
Kata kakak saya,"maya..perkahwinan satu ibadah..kita nak menghalalkan perkara yang haram."(sebelum nikah)
Kata kakak saya, "maya..pagi tadi solat jemaah dengan abg..besh sangat."(selepas nikah)
Kata saya (dlm hati je).."moga niat murni ella, akan termanifestasi..rindu sangat kat ella" huhu..takde lagi orang nak buli saya.
*gembira lihat orang bahagia dengan cara yang Allah suka. so kawan-kawan yang dah berpunya tu, gembirakanlah saya =) (terutama 'remaja'..huhu)




semaikanlah perasaan itu...


"tak pe..ira kuat..,"kata ani. Terus pergi mengambil wuduk.

"ya Allah moga-moga aku kuat..,"bisik hati. Aku yang masih berteleku di tikar sejadah, statik ,hanya mutiara jernih yang bertali arus. Begitulah aku.. sukar untuk menangis, tapi andai menangis, air mata seolah-olah tak tahu erti kering.

Seusai solat, Ani menghampiri.."ira, jangan macam ni, ani tak boleh tengok ira macam ni.. katanya sambil menyeka air mataku..

Bagaimana bolehku tahan air mata ini..ia terus-terusan mengalir..sudah tidak tahan agaknya.

"aku tak boleh tahan Ani dengan kata-kata dia...cuba duduk ditempatku..cuba dia rasa apa yang aku rasa..peritnya hati.." kataku penuh perasaan.

"Aku pun benci juga perkara tu...aku pun sakit hati juga..aku pun manusia juga..Kenapa dia pula yang melebih-lebih mengata..sakitnya jiwa.."

Ya,perkara itu selayaknya dibenci. Perkara maksiat selayaknya dibenci..tapi bukan pelakunya..tolong jangan melampau!

Heii..dia tu manusia juga, bisa sahaja Allah mengujinya, melupakannya, melalaikannya.

Dan dirimu bukanlah penghukum, tutuplah mulutmu itu..kunci rapat-rapat, moga yang mendengar kata-katamu tak panas hati.


Teman air mata

'Ani pun tak tahu macam mana rasa kalau berada ditempat ira.. sabarlah ira.. ini semua ujian. Orang mengata-ngata orang yang kita sayang..pasti kita juga tersentuh..,"pujuk Ani.

"Ani pun tak sanggup dengar.."kata ani sayu, berkaca matanya.

"eh, jangan nangislah..sukarelawan mana boleh nangis..kata ku, melawak.

"kadang-kadang kita perlu menangis..,'sambung ani.

Bersyukur..ada juga yang sudi menjadi teman air mata kala itu.

Teman..bisikkan ke telingaku, ujian ni hanya kecil..ada ujian yang jauh lebih hebat..ujian ditariknya iman.. ujian digoyahkan Aqidah.

Terima Kasih Allah, teman itu anugerahMu.


Begitulah Manusia

Mengapa manusia begitu angkuh? Sedarkah dia berjalan di Bumi Allah..kenapa mesti sombong..nak mengangkat gunung pun dia tak mampu. Mengapa manusia begitu bongkak? dirasakan dirinya sahaja betul, orang lain salah..orang lain pembuat maksiat..dia seorang sahaja yang masuk syurga. Mengapa manusia selalu lupa yang dia bukan maksum seperti nabi, kelak dia juga akan diuji Allah. Begitulah manusia, tak sedar diuntung.


Semaikanlah benih benci.,

ingin membenci..bencilah semahumu..tapi, pastikan perkara itu layak dibenci. Biarlah bencimu itu kerana Allah.Dan jangan pula kamu menempelak pelaku maksiat diatas pelakuannya, kerana engkau juga akan diuji begitu satu hari nanti. Moga-moga dirimu nanti merasa kemanisan iman.


Sunday, August 31, 2008

Ramadhan yg dirindui




DiMensI Jiwa BerBeza
QurBah tak SaMa







diBawah satu AqidaH yang Sama
Matlamat yang SeruPa
MARDHATILLAH




"seorang hambaKU tidak melakukan qurbah(pendekatan) padaKu dengan yang lebih KU sukai dari melakukan apa yang telah KU wajibkan kepadanya"
~Hadis Qudsi-rwyt Bukhari~

*gunakan segenap ruang yang ada untuk bertaqarrub pdNya di bulan mulia bulan Ramadhan.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN =)

Saturday, August 23, 2008

Buat Pencari Syaheed




sepotong ayat AQ untuk ingatan bersama..

'Katakanlah : Bekerjalah kamu, nanti Allah, serta rasul-rasulNya dan orang-orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan'At-Taubah:105


Nasihat pada diri dan perindu syaheed abadi,

Wahai mujahid,
bekerjalah untuk agamamu.. kerana itu yang akan kau bawa menghadap tuhanMu di negeri abadi.
Wahai pencinta syaheed,
berkerjalah kerana tuhanmu..kelak hanya Dia yang akan menilai hasil kerjamu.
Dirimu tak memerlukan pujian dari manusia hanya untuk menjadi mulia..kerana ISLAM telah dahulu memuliakanmu.
Dirimu tak perlu bersusah payah berjuang jika hanya untuk menarik perhatian wanita..kerana wanita yang mencintaimu kerana Allah tidak melihat pada pangkat dan jawatan..cukup sekadar menerimamu kerana kau pilihan Tuhan untuknya..dan pasrah akan ketentuanNya.

bekerjalah, dan terus bekerja..bukan kerana Islam sangat memerlukanmu untuk ditegakkan, tetapi dirimu sangat terhutang pada Islam.
kernanya syaheed mu nanti syaheed sejati.



Tuesday, August 19, 2008

..kritikal..

Teman..
khabarkan aku akan bahayanya bersangka-sangka...
ingatkan aku akan pentingnya menjaga ukhuwah...


katanya dia mencintaiku kerana Allah..
biar Dia menjadi saksi....

Sunday, August 17, 2008

'malang'



"eishhh...berani betul tunang lama-lama kalau el takut..", kata el.

Memandangkan beliau akan menikah dalam masa terdekat ni sememangnya saya bersyukur..

Tapi ketakutan beliau amat men'confius'kan..saya mula bertanya.

"kenapa nak takut?, tunang je kan.."

"Eishh.. takut maya..takut tak jadi kahwin.. takut terlanjur..takut putus..,"jawab el.

"takut terlanjur??, tak de alasan lain kah.." getus hati.

"Bahaya maya tunang lama-lama, sebab kita dah yang yakin kita jadi milik orang tu kan, jadi kita rasa tak kesah nak buat apa-apa.."sambungnya lagi.

"tak kesah?, tak kesah yang macam mana?..."hati terus tertanya-tanya.

Cukup setakat tu perbualannya, saya ambil keputusan berdiam diri. Malas..


Malang, ya, sangat malang bila hukum Allah dipermainkan, saranan Allah diremehkan..mata seolah-olah tertutup, hati seolah-olah terkunci, tak nampak hikmah,betapa indahnya hukum Allah.'Khitbah'...saya tak lah banyak ilmu tentangnya, pengalaman jauh sekali, tapi saya terfikir apakah faktor yang menyebabkan masyarakat melayu umumnya amat alergi akannya.

Takut putus?, apa beza dengan putus cinta?..takut terlanjur? apa beza dengan bercinta (bunga2 zina)?..segalanya akan menjadi sukar bila kita tak kembali kepada hukum Allah.


Nasihat saya pada diri dan viewers, untuk check kembali Aqidah, usah ragu akan kebijaksanaan Allah, usah taraddud akan kehebatanNya mengatur segala. Kita sebagai hamba mahu tak mahu kena ikut. JANGAN JADI MALANG
kenapa saya suka ckp pasal cinta dan perkahwinan? sebab saya suka..


Saturday, August 9, 2008

Belajar untuk memahami



Setuju tak andai saya kata amat susah memahami seorang manusia?.Perangai..fikrah..tabiat dia..teramat sukar. Untuk mengenali seseorang mengambil masa yang lama,setahun atau dua tahun belum tentu cukup. Ilmu insani ni bukan mudah-mudah je kita kuasai.Perlukan pengalaman, ruang dan waktu.

Baru-baru ini saya ada krisis dengan sahabat karib saya. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi sahabat sendiri. Dan saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tak tahu dimana silapnya, perkara yang kecil seolah-olahnya besar. Tersilap sikit sahaja, perang dunia pula yang meletus. Masing-masing seolah-olah menjauhkan diri.Ego?..mungkin..
Bila dalam perasaan saling tidak berpuas hati ni..musuh kita yang utama tu(syaitan) mulalah cucuk jarum..kita jadi lupa semua kebaikan sahabat, hanya teringat akan kejahatan-kejahatan yang menyakitkan hati sahaja. Dan kesannya makin meneballah perasaan menyampah dan sebagainya tersebut.

Saya pun jadi gusar..dalam kita sedang memperbaiki hubungan kita dengan Allah kita abaikan hubungan kita dengan manusia..terlalu tempang rasanya qurbah kita pada Allah.
"Akak..maya ada masalah dengan kawanla..macamana ek?"minta pendapat kakak.
"sedekahkanlah dia Al-Fatihah.."nasihat akak.
Jarang-jarang saya dengar nasihat begini..terima kasih akak bagi idea yang bernas ini!
Ya, kita selalu kata kita doakan kawan kita, tapi pernahkah kita cuba sedekahkan al-fatihah pula?..pasti impaknya jauh lebih baik..percayalah..

Bila kita bosan dengan perangai manusia..
ingatlah kita juga manusia..
dan tiada manusia sempurna..
belajar untuk menjadi sesempurna yang mungkin..
belajar untuk menerima ketidaksempurnaan....
belajar untuk memahami...

dan untuk sahabat saya "maaf banyok deh!"

Friday, August 1, 2008

"..nanti saat sirnanya zulumat.."


Entah kenapa tak tahu dimana silapnya..masing-masing semakin jauh hanyut, lari dari fitrah..
Terasa beban dakwah itu semakin hari semakin bertambah..berat...Sedang aku yang masih merangkak dijalan pengislahan ini, Allah uji dengan beban diatas belakangku.

Semalam yang mengecewakan

"nilah anak ustazah yang baik sikit berbanding yang lain..dia seorang je yang mengikut mak dia.."kata sorang mak cik.
dan aku terus mengeluarkan bunyi-bunyi pelik tanda tak setuju.
Terima kasih mak cik atas pujian yang tak bermakna itu..
mungkin mak cik benar, tapi ada perkataan yang lebih baik dari itu.. yang berupa doa. Katakanlah begini.."moga-moga yang lain jauh lebih baik dari awak..".Lapanglah dada saya andai mak cik ucap begitu.
Kadang-kala terasa geram bila difikirkan kembali kata-kata mak cik seolah-olah ibu kurang berkesan dalam mendidik anak. Mak cik jangan lupa, Iman bukan warisan, Nabi Nuh yg berdakwah saban tahun pun, anak isterinya tak mengikutinya. Doakanlah jangan kritik.

Terima kasih kepada pengganggu

Ya, dialah pembuat huru-hara, pembuat onar, dialah yang membuatkan saya hilang orang yang saya sayang. Dia yang membuatkan saya menangis bukan kerana takutkan Allah. Benci, meluat..segalanya..
Kenapa dia hadir dalam hidup aku, dan mengucar-kacirkan segala? Ya Allah..

'...adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata..' bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia yang menabahkanmu.. bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia yang memupuk mu berdikari.. bersyukur pada yang menjatuhkanmu kerana dia orang yang memperhebat kemampuanmu.. bersyukur pada orang yang menyiksamu kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahanmu..

Kiriman pesanan ringkas ini cukup memberi kesan padaku..terima kasih Hidayah..kata-kata ini buat aku kurang benci padanya lagi. Tapi aku tetap tidak redha kemaksiatan yang dilakukannya.

Hari ini yang kesunyian

Kadangkala terasa sunyi berseorangan dijalan dakwah ini. Mungkin dikampus aku punya jemaah yang boleh bergerak bersama-sama ku tapi dalam hal ini?..mungkinkah aku perlukan seorang teman? Mujahid yang jauh lebih kritis pemikirannya? Bersama-samaku?
Arghh...itu adalah terlalu jauh untuk difikirkan...
Jikalau adapun apakah memberi impak?
Impak yang tak pasti tak seharusnya menjadi harapan...
Mungkin aku terlupa, aku tidak bersendirian..aku punyai back-up yang Maha Hebat..
Dia yang berkuasa atas segala sesuatu..Cukup bagiku Allah..

Harapan hari esok

Perkahwinan yang dinantikan. Aku harap mereka lebih bertanggungjawab selepas itu..Untuk kita sama-sama kembali kepada Allah. Mungkin sahaja untuk menjadi lebih baik, pernikahan jalan penyelesaian. Moga mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan nakhoda ketaqwaan. Ameen ya rabb..

Friday, July 25, 2008

Selamat Bercuti



Selamat Bercuti
buat Teman-teman...
jaga diri..
jangan lupa studi..(^_^)/)

Wednesday, July 23, 2008

dhaif


Wahai Iman...sihatkah dikau?..Jangan senyap sahaja...aku risau, aku gelisah..hilang ketenangan. Entah kenapa..semacam rasa rindu pada sesuatu..rindu rasa dekat denganNya.. rindu akan rasa lapang dada..Hidupku terasa sempit, sesak...serabut..Iman..sihatkah dikau? jawablah sayang...apakah ujian-ujian seenteng ini menjauhkan dirimu dari yang menguji?..Iman..

Hati aku menangis.. Wahai hati, inilah kelemahanmu..medium syukurmu kurang subur..hilang hikmah..Aku tak mampu menyentuh hati mad'u keranamu..kau terkadang kurang memahami, kurang kasihan..terlalu gelojoh, kurang sabar..zalim..

Taqwa, aku rindu padamu, bilakah akan tiba? duduk disisiku selamanya..agar aku cepat gentar akan maksiat, agar mudah aku bermuraqabah..agar aku mudah sedar dari kesilapan..hadirlah segera ke dalam jiwa..

Iman itu yazid wa yankus (bertambah dan berkurang)..
Ujian itu natijahnya dua..either you get closer to Him or further..
Wadah
hati itu hanya satu antara dua, cintakan dunia atau akhirat..
Taqwa...menantimu sentiasa..

Wednesday, July 16, 2008

rancangan VS angan-angan


"Termenung? merancang masa depan atau berangan?.."
Biasa kita dengar orang tua-tua tegur begitu bila melihat anak muda duduk menongkat dagu. Tiada siapa yang dapat mentafsirnya..Hanya empunya diri dan yang Maha Mengetahui tahu..
Dan remaja amat sinonim dengan perihal bermenung ini.Hanya tahap kematangan dan keintelekualan yang menjadi kayu ukur sejauh mana 'aktiviti' ini memberi impak positif pada seseorang.

Pernah muka tebal berinci-inci apabila diingatkan agar tidak berkhayal selalu..
"Jangan banyak khayal sangat..nak kahwin..nak keje best..nak hp canggih.."
Dan menjadi lebih segan apabila yang menegur itu tak pernah berjumpa face-to-face pun dengan kita.Peringatan tetap peringatan,addinu nasihah (agama itu adalah nasihat) saya terima dengan hati terbuka. Terima kasih kerana mengingatkan =).

Ya, saya mungkin merancang untuk berkahwin di usia muda..
tapi saya bukan berangan nak kahwin secepat mungkin!!
Dan saya ada misi tersendiri (apa dia?..itu rahsia ;))

Ya, saya mungkin merancang untuk mempunyai karier yang bagus satu hari nanti..
tapi saya bukan berangan sahaja tanpa disusuli usaha yang gigih
Dan ia tentunya dengan harapan untuk kebaikan Ad-din juga.

Ya, saya mungkin merancang untuk mendapat kehidupan selesa
tapi saya bukan mengangankan syurga dunia..
Dan sudah pastinya Akhirat yang lebih utama.

Ya, merancang juga tak boleh berlebih-lebih, takut-takut ia menjadi angan-angan kosong. Rancanglah, tapi biar berpijak di Bumi yang nyata. Berfikirlah untuk masa depanmu, tapi pastikan ia bukan omongan kosong, susuli usahamu.

Rasulullah SAW bersabda,"Dalam banyak-banyak pekara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut nafsu dan panjang angan-angan."(H.R at-Tirmidzi)

Saturday, July 5, 2008

Sekadar perkongsian..

Dari http://www.ustaz-zamri.com/v1/











"Apakah hukum bercinta dalam islam? Maksud saya bercinta sebelum kahwin. Seperti belia yang kebanyakan di zaman ini. Ada yang cakap hukumnya boleh selagi tidak melanggar batas-batas syariat, kerana cinta adalah fitrah manusia. Ada pula yang cakap cinta sebelum kawin tidak boleh..menggunakan hujah "Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)" (Al-isra : 32). Kalau difikirkan, bercinta sebelum kahwin mendatangkan banyak cabaran dan mudah melalaikan seseorang. Apa pandangan ustaz?"

Emel seumpama di atas, biasa memasuki kotak emel Ustaz.
CINTA. Kalimah yang sering menghantui remaja dulu, kini dan selamanya. Satu fitrah manusia yang tidak dapat tidak perlu dikendalikan dengan bijaksana. Jika tidak, tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran. Adakah Islam membenarkan percintaan sebelum pernikahan? Persoalan yang sering membelenggu benak remaja.

Pertama sekali, sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; “Telah aku tinggalkan dua perkara yang mana jika kamu mengikutinya maka kamu tidak akan tersesat untuk selamanya, iaitu Al-Quran Sunnahku”.

Kita lihat kepada dalil Quran yang dibangkitkan oleh si penanya iaitu Surah al-Isra’;32

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Dalam konteks bercinta sebelum kahwin, kalau dilihat dewasa ini, lebih banyak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak. Kelakuan percintaan seperti berdua-duaan sama ada di tempat sunyi atau ditempat awam, berpegangan tangan, dan bercumbu-cumbuan dilihat sebagai muqaddimah zina. Mula-mula pegang tangan, lepas tu… hanya tuhan yang tahu. Kita jangan lupa bahawa syaitan akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam iaitu kita semua.

Justeru, ada pertanyaaan seperti “kalau tak bercinta, macam mana nak kenal sesuai ke tak jadi pasangan hidup ustaz?”. Bila direnung-renung betul betul jugak kan? So, ustaz berpendapat bahawa “term” bercinta sebelum kahwin perlu ditukar kepada “term” berkenalan sebelum kahwin. Jom kita refer kepada sirah sekejap. Pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang ingin kahwin. Lalu oleh kerana “tawakkal” nya begitu tinggi dengan selambanya dia memberitahu Rasulullah untuk mencari calon isterinya. Katanya dia akan terima sahaja walaupun tak pernah melihat bakal isterinya.

Rasulullah menasihati supaya melihat dahulu bakal isterinya sebelum berkahwin. Namun, si sahabat berkata tidak mengapa Rasulullah. Lalu pernikahan pun berlangsung. Walau bagaimanapun selepas berkahwin, si dia tadi terkejut melihat isterinya yang tidak menepati langsung cita rasanya. Dia pun mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah pun menempelak si dia tadi. Tu lah, sebelum kahwin tak nak tengok dulu. Kan dah menyesal. Ibrahnya, kalau nak berkahwin tu, setidak-tidaknya perlulah kenal dahulu. Oleh sebab itu, dalam Islam juga menganjurkan supaya melihat bakal suami ata isteri terlebih dahulu dengan prosedur yang diiktiraf oleh syarak.

Macam mana plak prosedurnya? Ha, kalau nak tengok calon tu, jangan jumpe berdua je. Bawalah teman yang mahram ataupun seelok-eloknya ibu bapa atau pasangan yang telah berkahwin untuk menjadi perantara. Dengan cara ini. Pertemuan terkawal, hajat pun sampai dan insya Allah tidak timbul perkara-perkara yang menghampiri zina.

Selain itu, di zaman cyber ni faham2 la. Macam2 teknologi seperti SMS (sistem pesanan ringkas), YM (Yahoo Messenger) dan sebagainya. Islam tidak mengharamkan penggunakan medium ini untuk berkenalan, namun perlulah si pengguna teknologi memahami batas-batas syarak. Janganlah perbualan menjurus kepada kata-kata yang tidak perlu seperti kata-kata lucah dan yang sewaktu dengannya. Anda lebih mengetahui niat anda dalam melakukan perkara-perkara tersebut.

Secara kesimpulannya, dalam perhubungan di antara muslimin dan muslimat boleh lah rujuk surah An-Nur ayat 30 bagi lelaki dan surah An-Nur ayat 31 bagi wanita.
Sekian dimaklumkan. Bagi mengakhiri artikel ini, ustaz selitkan seloka untuk renungan semua.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...
Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah besedia untuk bercouple jika..
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!


'fikir sebelum bercouple'





Friday, July 4, 2008

Biar kami tahu kamu sayangkan kami



"Terima kasih kerana terlalu
sarohah (berterus terang)."Ingin sahaja saya meluahkan kata-kata ini pada seseorang. Terima kasih kerana dia telah menzahirkan apa yang sentiasa berlegar dalam fikiran saya ini. Gundah saya serta merta hilang kerana segala yang terbungkam dalam hati ini telah diterjemahkan.

"Saya nak tegur sedikit muslimat, tudung antunna agak jarang, tolong jaga aurat antunna..jaga suara antunna...". Kata seorang muslimin. Kedengaran agak pedas, pasti terkena tepat pada batang hidung pelakunya..bak kata pepatah 'siapa makan cili dia yang terasa pedasnya'..

Terus-terang saya bersyukur Allah mengeluarkan kata-kata itu dari mulut muslimin itu. Saya sendiri tak mampu untuk berbuat begitu..Kenapa?..Wallahualam, mungkin ini bukti kelemahan iman saya. Takut renggangnya akan suatu perhubungan, takut mereka lari terus dari kita..semua itu sentiasa menghantui. Moga Allah tebalkan iman ini.

Tapi...sejauh mana relevannya perbuatan muslimin tersebut? Adakah mereka boleh terima dengan hati terbuka? Atau sebaliknya memberontak?


"Nasihatilah wanita itu dengan kebaikan(secara bijaksana), kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, dan tulang rusuk yang paling bengkok itu ialah bahagian atas. Jika kamu meluruskannya secara paksa tentu ia akan patah, dan jika kamu membiarkannya ia tetap bengkok"(bukhari & Muslim)

Bijaksanalah, Berhemahlah, Bertadarrujlah dalam memberi peringatan..
Biar wanita tahu tegur kamu tegur sayang bukan benci.


Sunday, June 29, 2008

cemburukah?

saje jer letak gambar ni..tak kene mengena pun..

Sukarnya memahami perasaan seorang insan. Apa di fikirkan..di rasakan...tak Faham.. Dia cemburu , merajuk atau apa?...

Cemburu..kenapa tak dapat macam orang lain?
Cemburu..kenapa tak diberi peluang macam orang lain?
Cemburu..kenapa tak dapat berjuang sehebat orang lain?
Sukar untuk diterjemahkan..
Eh!
Aku juga cemburu denganmu!
Percaya atau tidak... terserah!
Ya..aku cemburu padamu...
cemburu tak mampu menangis sehebatmu...
cemburu tak mampu beramal sebanyakmu...
cemburu..cemburu..dan terus cemburu..
ingin sahaja aku qiamullail berseorangan kerana tak tahan cemburu dengan air matamu..
Tapi! aku yakin dengan penerimaan Tuhan terhadap amalanku..
Kudrat untukku beramal adalah mutlak dariNya..
Air mata yang turun bermusim ini juga hadiah dariNya...
Peluang untukku berjuang dijalan ini juga ketentuanNya..
Bukan PILIHANKU!

Ingatlah sahabatku yang ku sayang..
Kalam Cinta dari Yang Maha Penyayang..
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu, dan dengarlah(akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah akan perintah-perintahNya, dan belanjakanlah hartamu serta buatlah kebajikan.."~At-taghaabun:16~


Hapuskanlah perasaan itu
Buanglah yang keruh ambil yang jernih
Sama-sama kita betulkan niat..
Batalkan niatmu untuk berundur diri..
Usah tertipu dengan talbis iblis yang hanya mahu kita berpecah belah..
Satukan Fikrah, Satukan Amal..
Kembalilah kepada fitrah.



Tuesday, June 24, 2008

SEKULARkah kita..?




Sekularkah kita?

Bila beranggapan hal-hal agama hanya di surau @ masjid..

Sekularkah kita?

Bila fikir Nasyid hanya sekadar alunan keinsafan bukan hiburan...

Sekularkah kita?

Ilmu agama dan akademik kita pisahkan...

Sekularkah kita?

Baik buruknya suatu perbuatan hanya dilihat dengan kaca mata adat dan budaya bukan agama...

Sekularkah kita?

Politik kita asingkan dari Islam..

Sekularkah kita?

Untuk maju kita rasa tak perlukan pengamalan Islam yang syumul..

Sekularkah kita?

Tepuk dada tanya Iman


Katakan 'Tak Nak!'

Entah kenapa..., akhir-akhir ni ada satu fenomena pelik dikalangan asasion.
Berlumba-lumba dalam mencari pasangan masing-masing.
Nasihat saya pada adik-adik, bersabarlah(^_^)
~Sabar dalam Ketaatan~

"...moga proksiku hanya ISLAM..."


"Saya bukan berdiri diatas proksi seorang Umaira, bukan juga untuk pelajar-pelajar jurusan saya,tetapi semua pelajar asasi di Universiti ini,"kataku disambut tepukan yang gemuruh, sesekali terdengar suara-suara yang sumbang melaungkan namaku.
Tak pasti adakah suara itu salah satu propaganda yang telah ku rancang dengan pihak muslimin. Terkejut juga, lucu pun ada..Petang itu aku bertemu dengan ketua muslimin. "Ustaz, nanti bila ana di atas pentas buatlah sesuatu yang dapat menarik perhatian crowd pada ana." .kataku. "Ya, insyaAllah..",jawabnya. Sesekali terasa kasihan dengannya, aku suruh dia buat macam-macam, jadi promoter , tampal poster, gantung banner..hmm, baru aku sedar peranan muslimin amatlah besar dalam perjuangan seorang wanita.Jika wanita sayap kiri perjuangan seorang lelaki, lelaki adalah dua sayap perjuangan seorang wanita.

Pantang berundur sebelum berjuang

Bagiku malam manifesto agak memuaskan hati, sungguh aku berdiri diatas proksi Islam sebenarnya, bukan untuk diriku. Perkara sebegini memang menenangkan, jika kita niatkan untuk diri sendiri pasti menggusarkan. Malam itu sebelumku melangkah ke Dewan untuk berhadapan dengan tujuh ratus lebih manusia, aku mengumpul kekuatan dengan menanti apakah motivasi yang Allah akan beri melalui kalamNya. Percayalah, kalamNya itu syifa’, penawar bagi hati kita tatkala kegusaran. "…bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah.."(al-Baqarah,165). Cukup sahaja dengan lima perkataan itu untuk menaikkan keyakinanku, terima kasih Ya Allah, kekuatan itu hanya ada padaMu, bantulah hambaMu ini, rintihku. Ya.. memang darjah semangat aku berkurang sejak peristiwa malam sebelumnya.
"Umaira, ana rasa lebih baik kita tarik diri!,"ujar sahabatku yang sama-sama lepasi sesi interview. Hanya kami berdua yang melepasi temu duga itu. Aku tahu mereka(interviewers) takut!, takut dengan pelajar agama seperti kami. Sengaja semasa sesi interview aku tidak sentuh isu-isu ‘pengamalan agama secara total’, cuba menghadharikan diri. Lucu, berdegar-degar jawapan ku , terpaksa tunjuk bagus.
"kenapa pula dia ni?, detik hati.
" Nia, kenapa cakap macam ni?, esok malam penamaan calon tau,"balasku.
" Ira, cuba anti bayangkan kalau kita ada pun dalam organisasi ini, sejauh mana suara kita?,"terang dia.
"Kita takkan berjaya, percayalah..kita sikit, nak sanggah program-program yang melalaikan yang diorang buat? Siapa nak dengar suara kita?," tambahnya.
Aku mengetap bibir, tanda kurang senang dengan kata-katanya.

Malam Ukhuwah

Memang masalah besar, Nia mula ragu-ragu dengan perjuangan ini. Kami terpaksa berjaga sehingga pukul dua pagi,bercakap dari hati ke hati meleraikan kekusutan dimindanya. Siapakah yang merubah pendiriannya, siapakah meracuni mindanya? Ya Allah bantu kami!
"Nia, Imam Malik kata, kata-kata manusia itu bukan muqaddas, boleh diterima dan ditolak. Setiap orang punya jalan juang yang berbeza meskipun hadafnya sama. Ada yang masuk melalui pintu tarbiyah, ada yang masuk dari pintu siasah…mengikut kecenderungan masing-masing.., Allah memilih kita berjuang melalui pintu ini, so jangan sia-siakan peluang ini. Memang…kesan itu tak mungkin kita nampak sekarang, tapi at least kita ada usaha untuk itu..Maha Pengasihnya Allah, Dia tak pernah menantikan hasil tapi apa yang dilihat usaha!," panjang lebar ku terangkan padanya. Aku dan dia sama, masih bertatih lagi, belum cukup untuk dikatakan matang di jalan ini. Tak hairan andai ada diantara kami yang rebah. Yang pasti kesediaan untuk bangkit semula itu ada dihati kami. Dan sahabat disisi yang sedia membantu.
Ya, malam itu adalah malam ukhuwah bagi kami, seorang demi seorang diberi peluang untuk menyatakan apa yang terbungkam dihati. Alhamdulillah syukurku dipertemukan sahabat-sahabat yang solehah seperti mereka, tak putus-putus memberi kata semangat pada kami berdua, yang sanggup turun padang mewarna banner dan berkempen. Terima Kasih sahabat-sahabatku. Inni uhhibbukum fillah.

Kalah pada emosi

Aku kalah pada emosi ku pagi itu. "macamana ni, biologi belum baca, hari ini ada test…arghh!..." Kepala ku terasa serabut!..Lapar, penat, mengantuk, risau,…berbaur..
Sepatutnya aku gembira kerana malam tadi aku telah diumumkan menang dalam pilihanraya tersebut.
Kerisauanku terhadap pelajaranku melebihi kegembiraanku. Sesekali terlintas rasa kesal, sibuk berkempen tertinggal buku.Lantas aku beristighfar, aku memang pantang orang yang menyalahkan perjuangan apabila gagal dalam pelajaran. Bagiku hal itu adalah masalah diri sendiri yang tak bijak mengurus, bukan salah apa yang diperjuangkan!. "come on umaira, jangan cakap tak serupa bikin!"
"Bersabarlah Umaira, kadang-kala dosa-dosa dihapuskan dengan berpenat lelah dalam perkara makruf.."aku memujuk diri… Ya Allah, beri aku kekuatan.
Kaisara menyediakan aku segelas air kopi.. faham aku penat menunggu result sehingga larut malam, malam semalam. Air kopi yang agak pekat terasa lebih pahit dari biasa..Kaisara memang gemar buat air sebegitu. Tapi aku lebih melihat air itu sebagai air kopi kasih sayang seorang sahabat. Syukran Kaisara..

Bukti kasih sayangNya

"Test dibatalkan hari ini, kita ganti hari lain," kata seorang tutor.
Alhamdulillah!, ku panjatkan kesyukuran, memang itu harapanku,aku kurang bersedia..
Terbuai aku dengan kasih sayangNya. Sekali lagi Dia membuktikan janjiNya, siapa yang menolong agamaNya, Dia pasti menolongnya. Ya Allah jadikan aku seorang hafizah (penjaga agamaMu).

Tuesday, June 10, 2008

akukan manusia juga





akukan manusia juga...
yang punya perasaan.. sayang, benci, suka...
akukan manusia juga...
aku bukanlah pelakon hebat di pentas realiti ini..
aku tak mampu sembunyikannya..
akukan manusia juga...
kadang kala terbawa dengan perasaan dan emosi...
kadang kala terlupa koreksi diri...
akukan manusia juga...
fahamilah..
maafkanlah..
akukan manusia juga..
mudah khilaf..
lupa..
akukan manusia juga..
sepertimu!




Monday, June 2, 2008

istiqamah satu anugerah


Istiqamah satu anugerah. Anugerah yang tak ternilai, yang diberi oleh Allah kepada hamba yang dikehendakinya. Nilainya terlalu tinggi kerana ia menuntut mujahadah, ia menuntut kefahaman yang mendalam, ia menuntut jati diri yang kuat.

Kenapa boleh berubah? Belum cukupkah ilmu didada? Atau anda yang tak punya jati diri?..tolong jawab..!

‘Kadang-kadang kena ikut waqi’..ada time kita terpaksa berubah..”kata seorang teman.

“berubah macam mana? Apa Islam itu ada had-hadnya? Kenapa nak ambil separuh-separuh?, masa ni lah..mula nak ikut waqi’..”

Kadang-kadang terfikir juga kekreatifan mereka berhujah, malu barangkali, tercari-cari dalil nak ‘menegakkan benang yang basah’.

Saya faham gelojak itu, ingin sahaja diturutkan rasa hati. Tapi fikirlah semula..tak rindukah zaman waktu thiqah2 dahulu? Iman pasti sakit diwaktu ini..iman pastinya memberontak! (seandainya imanmu itu iman tulen).

Sahabat-sahabat, kembalilah..sedarlah..kita berbeza dengan orang lain, kita agamawan..ikon pada adik-adik, biarkan pandangan orang asalkan kita yakin apa yang kita lakukan atas dasar ilmu.

Sekali lagi istiqamah satu anugerah, bukan mudah-mudah kita dapat..bersyukurlah yang berdiri di atas jalan itu. Jangan pula kita menempelak orang yang terlari dari landasan ini. Mungkin Allah sedang mengujinya. Tanda kasih sayangNya..kita tak tahu..

Ya Allah kurniakan kami ISTIQAMAH

"..tamu kamar uzlah.."




“memang perkara ni nampak bodoh tapi sebenarnya ia melatih kita untuk menjadi kreatif, berani bercakap dihadapan orang ramai…dan bagaimana kita mengasah diri untuk think out of the box…,”kata akak fasi itu.



“Banyaklah think out the box dia..,”aku mengetap bibir bingung dengan realiti mahasiswa sekarang..entah mentaliti keberapa..



“sendawa yang lebih baik dari kentut, sekurang-kurangnya mak cik tukang masak rasa gembira kita kenyang..,” seorang pencadang teruja menyampaikan hujah.



“tak senonoh!..,”jerit hati.



Memang dah lama aku mendengar berita-berita busuk dari tempat ini. Ya..BUSUK..KoTOR..
Apalagi yang kotor selain maksiat berleluasa..pergaulan bebas..bertepuk tampar antara lelaki perempuan..minda yang kotor dan lucah!



Apakah mereka ini tak fikir hidup ini bukan untuk main-main?



Pernah sekali dalam satu LDK, pelajar diberi tiga pilihan ,setuju, tak setuju, atau tak pasti. Seorang fasi mengujarkan soalan..”okey, kita open eh..antara Pengkid dengan Lesbian mana lebih baik?..”. Aku memilih tak pasti ,malas nak layan kebobrokan mereka itu. Soalan bodoh yang seterusnya,”antara boxer dengan sepender mana lebih baik?..”. Ya Allah…kelu lidahku..ingin sahaja aku mengherdik depan-depan..!



Rindu Kamar Uzlah..



Ya Allah layakkah aku kesitu?..Kamar Uzlah..disaat ini rinduku membuak-buak..Ingin sahaja aku duduk disitu mengurung diri..malas lagi aku hidup bersama mereka..orang-orang yang bejat akhlaknya!



“Buat sahabat yang akan menyambung pelajaran kesana, ana nak bawa satu hadis Rasulullah sebagai peringatan untuk kalian…”kata kak Ida dalam sebuah halaqah.
Rindu dengan halaqah itu..meskipun di gelanggang badminton,tapi aku percaya itu antara taman-taman syurga..majlis zikir dimana malaikat memayungi kami dengan sebelah sayapnya.



“Sahabat bertanya,”Ya Rasulullah, jika kami berada disuatu tempat dimana lebih ramai orang yang membuat kemungkaran dari kebaikan apa yang kami perlu lakukan?,Rasullullah menjawab, bergaullah dan duduklah dengan golongan yang berbuat kebaikan..Sahabat bertanya lagi, ya Rasulullah, jika tiada lanngsung orang yang baik? Jawab Rasulullah beruzlahlah..”tambah kak Ida.



Beruzlah atau keluar berjuang?



“bukan namanya perjuangan jika jalannya senang..” kata-kata ringkas tapi mapan,,penuh makna tersirat..

Mereka mad’u kita..mungkin mereka tak tahu..latar belakang kita lain-lain..tak semua orang faham..Tugas kita memberi kefahaman, bantu mereka, bukankah Umat Islam itu bersaudara? Mereka bukan orang lain..keturunan Adam juga. Kau bukan berseorangan ramai lagi yang punya hadaf sepertimu, bersamalah mereka mengharung, meredah, mendepangi segala cabaran yang mendatang.

Bukan kau tak tahu Allah suka orang-orang yang bergerak bersama-sama seperti bangunan yang kukuh.

Kembali bersemangatlah Umaira…!Bantu umat ini… !Kita bukan golongan yang nak masuk syurga seorang diri. Tegakkan yang hak!

“Ya Allah perbaiki urusanku,jangan kau biarkan aku walaupun sekelip mata.. “

Friday, May 23, 2008

sejauh mana cintaku pada Allah?


Sejauh mana aku mencintai Allah?
Sejauh mana pergantungan aku padaNya?
Sejauh mana aku redha setiap ketentuannya?
Sejauh mana rasa syukurku padaNya?
Ya Allah ..
Aku cuba mencintaimu tuhan..
Hati tidak juga terasa..
Aku cuba berkali-kalipun..
tidak terasa apa-apa juga..
Aku fikir-fikirkan nikmatMu..
Agar ternampak kemurahanMu..
Atas nama ilmu aku akur..
namun aku belum juga jatuh hati denganMu..
Aku susah hati..
mengapa cintaku belum berbunga lagi..
Aku iri hati selalu..
cerita dan berita..
Orang soleh zaman dahulu..
Hebatnya cinta mereka padaMu..
Hilang selera makan keranaMu..
Asyik memuja dan memujiMu..
Mensucikan dan membesarkanMu..
Merintih mengharap kasih sayang padaMu..
Air mata mereka membasahi pipi..
Adakalanya menitis ke Bumi..
Mereka merasa Engkau adalah segala-galanya..
Engkau adalah hati jantung mereka..
tapi aku tidak begitu..
aduh!keras hatiku..
hingga kini aku belum mencintaimu..
baru aku sedar..
Cinta padaMu adalah ANUGERAH dan hidayahMu
bertuahlah orang yang Kau kurniakan Cinta itu
Aku bilakah lagi Tuhan?
Dapat sedikit pun cukuplah..
Aku tidak putus asa..
Dihujung hayatku..
Kalau dapat pun sudah cukup Ya ALLAH..

Wednesday, May 21, 2008

"..kerana aku terlalu sayangkan sahabat.."


Maafkanku Kaisara.., permata jernih jatuh dari mataku..
Kecewa dengan diri sendiri.Sanggup ku melukakan hati seorang teman..

Terkenang aku perkenalan pertamaku dengannya..
“Assalamualaikum…nama saya umaira hazel..nama awak?”
“Nama saya Kaisara..”,jawabnya.
“Sedapnya nama awak..SPM awak berapa ya?
“Sedikit saja 11”..humblenya dia ini detik hati.
Satu hari aku menerima system pesanan ringkas(sms) darinya..
“hati takkan lurus jika lidah tak lurus…uhibbuki fillah”
Sungguh aku merasa asing dengan ungkapan sebegitu..bagiku dia seorang yang suka mempamerkan emosi dan perasaannya. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku merasa bahagia dengan kata-kata begitu. Tersimpan rasa ingin mendekatinya.

“penatlah umaira cerita pasal ni..jangan cerita lagi boleh?,bentaknya.
“Kaisara, cubalah pertimbangkan perkara ini..”,pujuk ku.
Entah sejak bila aku suka masuk campur hal peribadi orang..bagiku dialah orang yang pertama aku lakukan sebegitu.
“ini untuk kebaikan awak juga..,”sambung ku.
Kaisara terus menamatkan perbualan.
Hati aku menangis, dimana silapnya.
Arghh..aku terlalu menyibuk!,mengongkong!...
Ya kerana aku terlalu sayangkan dia..aku hanya harap yang terbaik untuknya..!
Tapi caramu itu salah umaira!
Bukan kau tak tahu dia tidak selesa didesak..
Atau aku perlu biarkan sahaja dia begitu..
Mungkinkah ada cara yang lebih baik?..Ya Rahman beriku petunjukMu.

Kaisara…
Dengarlah luahan hatiku ini..
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
Ingatkah apabila aku bersedih siapa yang berada disisiku?
Dirimu kaisara..
engkau yang mengungkapkan “tiada istilah menyusahkan dalam bersahabat”..
ternyata aku sahabat yang menyusahkan..
maafkan aku andai tak mampu menjadi sahabat yang baik
tak ingin lagi aku mengganggu privasimu..teruskanlah hidupmu..
namun jika engkau memerlukan aku berada disisimu
untuk mendengar..untuk menangis..
aku sentiasa bersedia untuk itu.


Persahabatan adalah lumrah kehidupan membuat kita tertawa, menangis, menerima dan memberi, dan yang paling penting ia membuatkan kita menghargai hidup yang sementara.

Tuesday, May 20, 2008

yang batil tetap batil!

"Perkara yang haq itu tetap berdiri teguh sendirian, dan tak mungkin bercampur dengan yang batil."


Apa yang terlintas difikiran anda apabila membaca statement ini?... Syariah?,Daulah ?, Qiyadah?, Muamalat?..YA! semua tu terangkum didalamnya perkara HAQ dan BATIL..
Pernah dengar "QULILL HAQ WALAU KANA MURRA"? .Katakanlah yang benar walaupun pahit.

Saya bawa beberapa senario yang menggambarkan "niat tak menghalalkan cara"

Senario 1:Sepasang kekasih yang sedang bermadu kasih yang menjadikan 'Islam dan Perjuangannya' sebagai "lesen".
"Err..saya bermesej pun sekadar memberi kata-kata perangsang..sebagai tasyji' untuk dia..kami tak bercinta..,"kata si lelaki.
"Ya..bila saya dapat mesej dari dia..semangat untuk berjuang itu kembali berkobar!,"jawab si perempuan.
"betul tak rasa 'ape-ape'??.."


Senario 2: Seorang ibu yang awet muda, dengan seorang lelaki yang agak muda darinya.
Saya bertanya,"kenapa mak cik tak pakai tudung dihadapan lelaki itu?".
"Takpe anggap macam anak..lagipun dalil al-quran kata..orang yang telah berusia tak perlu tutup aurat..,"jawab mak cik.
"Tapi rambut mak cik ni Hitam lagi..rupa mak cik pun muda lagi bukan?.

Senario 3: Seorang pencuri yang telah ditangkap.(ni mungkin jelas sikit kot..)
"kenapa awak mencuri?,
jawab pencuri,"Saya nak tolong orang miskin..."
"waa..mulianya hati awak.."

Terasa sinis bukan bila mengenangkan realiti masyarakat sekarang..analoginya mudah saja.
Anda cuba bayangkan segelas air putih yang anda nak minum,kemudian anda letak sedikit sahaja(ingat sedikit je jangan lebih) najis... (mukhaffafah pun jadilah..).Rasa-rasa nak minum tak air tu? Kalau nak minum juga tak tahu la kan..

Hmm..Yang Haram tetap Haram..Semurni mana pun niat anda, ingatlah.. mengikut syariat itu juga syarat utama dalam melakukan kebaikan..wallahutaalaa'lam




Monday, May 19, 2008

"...hidup satu perjuangan..."


"Owh..adikku yang SOLEHAH!, yang warak!,"kata kak long padaku sambil melihatku memakai tudung dihadapan cermin.

"sinisnya kata-katamu..,"detik hati. Bukan maksudku untuk su'u zhon.Tapi perkataan begitu sudah lali di telingaku. Sedih mengenangkan realiti umat Islam sekarang,apabila seseorang menjalankan Islam secara total dianggapnya JUMUD!,gharib!..

"kak long,ira tak suka akak cakap macam tu!..kalau pakai tudung labuh dan menutup aurat bukan suruhan Allah,ira tak pakai macam ni tau..,"ujarku sedikit beremosi.

Geram!,bagaimana lulusan universiti timur tengah itu boleh keluarkan kata-kata sedemikian rupa. Habislah anak didiknya disekolah, bagaimana jawapannya kalau anak didiknya bertanya,"ustazah..bolehke pakai seluar jeans?baju ketat?..".

Aku tak boleh lupa ketika satu hari dia membawa pulang anak muridnya dari sekolah kerumahku."Awak, ustazah pakai macam ni la kat luar..,","bangga?,"..detik hati.

"ha...yang ini adik Ustazah..dia pakai tudung labuh tau..,"sambungnya lagi.

"waa..baiknya adik ustazah..,"balas anak muridnya.

"Hancur...hancur...,"bisik hati..mati kutu aku dibuatnya.


"Ira, bagi akak..apa yang akak pakai masih menutup aurat!, kalau nak pakai macam ira ni..tunggu akak betul-betul baik..mutadayyin!.."jawab kak long.

Aku membisu.."arghh..banyaklah alasan!..,"jerit hati

Ya Allah bagi hidayahMu padanya..

Dia bukan tak tahu, segulung ijazah Syariah berada di tangannya..tak ada alasan sebenarnya..mungkin dia terlupa..

"sekarang ni ramai yang pakai je tudung labuh, tapi mengumpat sana-sini..nanti kalau akak pakai tudung labuh tapi mengumpat, bawa imej buruk pada golongan macam ni.."kata kak long.

"entahla kak.. bagi ira..kalaula kita sedar yang kita pakai itu pakaian taqwa pasti secara tak langsung kita kawal perlakuan kita..,"jawab ku.

"he..kalau akak tak macam tu..,"sambung kak long.


Susahnya berdakwah pada yang sudah tahu..tapi buat-buat tak tahu..

Namun inilah medan dakwahku. Allah memilih aku untuk berjuang di dalamnya..

Nabi Nuh yang berdakwah beratus-ratus tahun itu pun, hanya 70 orang sahaja yang mengikutinya.


Aku seorang daie, seorang duta Islam dalam keluargaku...seru pada hati-hati yang terlena!.

Ya Rabbi, beri aku kekuatan untuk berdiri teguh di jalan juang ini..amiin..

Sungguh aku hamba yang lemah tanpa pertolongan dariNya,siapalah aku..


nak buat maksiat? boleh...;)

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini saya gemar bermaksiat. Tolong berikan saya nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana saya mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. saya masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan saya menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak."



Kalau tak malu buatlah maksiat!

The moral of the story fikirlah masak-masak sebelum buat maksiat, sedar diri.. "Allah is always watching you ".Nak buat maksiat lagi?...

Saturday, May 17, 2008

"err..maafkan saya.."

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu ingin dimaafkan Allah? Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(An-Nur:22)

Manusia..insan..tak pernah sunyi dari kesilapan. Insan dapat ditakrifkan sebagai lupa dan sukakan keseronokan. Orang-orang tua juga mengakuinya. Kata mereka "Bumi mana tak ditimpa hujan". Semua orang buat silap.."err...maaf... saya ter..". Ada sahaja yang tidak disengajakan berlaku.

Berbalik pada ayat diatas, seorang mukmin la budda, mesti mempunyai sifat ini. Memaafkan sesama muslim yang berbuat kesalahan dan berlapang dada. Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, jadi, ikutlah Al-Quran..jangan dilayan sangat perasaan marah dan bengang tu..bak kata orang jawe "it is unbenificial!".Tak kemananye perasaan tu..menambah nanah dalam hati ade..

Pernah sekali telinga ini panas bila dengar kata-kata seseorang teman tu bila dinasihat,"awak..sedangkan nabi maafkan umatnya..',dia menjawab,"tapi aku bukan nabi.."

Nak kata jahil murakkab bukan..mungkin "jahil merangkak"..kasihan teman tu..tahap keintelektualannya belum cukup tinggi untuk dia kaitkan nasihat sahabatnya dengan kondisinya..

ya! "sedangkan nabi maafkan umatnya..",pernah tak kita fikir berapa banyak suruhan nabi s.a.w yang kita ingkar?, sunnah baginda yang kita tinggalkan...? Kasih sayang nabi tu lestarilah!..Apalagi kita umatnya..yang banyak dosa ini..kawan buat silap sikit je..muncungnya berminggu-minggu..

"Maaf"..paling mudah untuk sebut..paling susah dilafazkan..belajar-belajarlah didikla hati. Sebab, hanya orang yang ego sahaja yang tak mampu sebut perkataan ni.Then, egokah kita?

Friday, May 16, 2008

"...kerana dia lelaki istikharahku..."



"kenapa confius pula ni?", soal kak Mai.


"kalau dialah lelaki dalam istikharah umairah pasti dia juga menyimpan perasaan seperti ira,dan pasti dia faham..,"sambungnya lagi.


"tapi kak...,"ujarku sedikit mengadu.


"kalau saya tak balas dikatanya sombong..,"terangku.


"Ira, dengar sini...,perkara-perkara harus macam ini tak sepatutnya ada pada agamawan seperti kita.., sekadar bertanya khabar? pada akak itu belum cukup kukuh!, tiada kepentingannya mengikut syarak..,"kak Mai menambah.


"ya betul kata kak Mai, aku ahli agamawan tak boleh sama dengan orang biasa,"bisik hatiku.


teringat satu ayat-ayat cinta dari kalam Agung.."apakah sama antara orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui?"


semestinya tak sama!


"kenapa aku perlu risau?..,ketentuan Allah itu pasti!


atau pergantungan aku padanya belum cukup kuat?..,"hati ini terus-terusan bermonolog.


"risau?,ya aku cukup risau..risau akan kehilangan,bukan mudah untuk aku semai cinta pada dia..memang... dia bukan yang pertama,aku terpaksa melupakan yang pertama kerana Tuhanku..kekasih agungku...dia yang berkuasa merubah segalanya..dia yang Maha Tahu dan Pemberi Petunjuk,"




Terimbau aku di setiap istikharahku..kenapa Dia memilih dia?


Aku langsung tidak nampak jalan untuk aku menghabiskan hidupku dengannya..,sedang yang pertama itu lebih jelas,bak kata orang muda-muda, masa depan untuk bersama itu lebih luas peluangnya..


sekadar bertemu di layar maya, bolehkah aku mempercayainya?


Oh tuhan, beriku kekuatan..




Cinta...cinta..cinta...


Hatiku mula tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.


Mungkinkah hati ini sudah jatuh cinta?


Tak keruan rasanya...bagaimana untuk aku menterjemah rasa ini..?


"Itulah,siapa suruh kau kawan dengan dia, dengan orang lain boleh pula jual mahal..,"hati membentak.


bagiku persahabatan dengannya satu kesilapan.


akur aku dengan kelemahan diri.




Tak dapat dinafikan terasa hidup ini begitu indah setelah mengenalinya. Saling berhubungan di layar maya terasa begitu bahagia.Opss..kami bukan bercinta..dia banyak menasihatiku, nasihat seorang abang kepada adiknya..jarak umur yang agak jauh buat aku terasa dia kadangkala bersifat seorang Abang, teguran seorang guru pada pelajarnya..aneh juga ya perasaan ini..berbaur..


Tapi padaku itulah impianku, punya teman hidup sebagai murabbiku,mursyidku, mujahid penemanku dijalan mujahadah ini...Ya Allah dialah permata yang dicari..






Tertipu!...tertipu!..tertipu!..


Sudahlah ira!..usah tertipu lagi dengan bisikan syaitan itu...


sedar atau tidak merinduinya itu satu zina hatimu!


berhubungan tanpa kepentingan itu satu kesalahan yang BESAR!!


Sedarlah diri..imanmu membentak...sakitnya iman bila diri berbuat dosa..


jauhnya hati dari mengingati Allah tatkala kau mengingatinya...


Jika benar dia lelaki yang Allah pilih untukmu, usah gusar janji Allah itu pasti...


Jika bukan ,mungkin Allah sengaja ingin mengujimu, sengaja menguji sejauh mana pergantunganmu pada Dia..


Pilihlah jalan mujahadah, lawan nafsumu itu...


Pentingkan Ukhrawi dari duniawi...


Hidup ini tidaklah lama untuk kau terus terlalai..


its time to change!


Serahkan segalanya padaNya, keinginanmu dan perbuatanmu ini jelas yang kau sudah terpaut dengan dunia...insaflah..kembali pada Allah..!