CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 20, 2009

"...biarkan ganjil.."


"kak ira, saya belum masanya lah untuk saya fikir semua ni.."kata ain pada ku.
Dia keliru untuk memilih.
"Cuba akak bayangkan macamana perasaan mak saya kalau dia tahu saya sokong PAS bukan UMNO?.."tanya ain.
Aku hanya tersenyum.

"ira, bukan aku tak nak pakai tudung yang agak labuh tapi family aku, mak aku, takde yang pakai macam tu.."keluh farah sahabat saya.
Respons yang sama juga aku berikan. Hanya tersenyum.

Ganjil sangatkah?

'Ira, kau ni PAS eh?,"tanya kak long padaku sambil membelek lap top. Mungkin terjumpa sesuatu yang menarik perhatiannya.
"kalau ya kenapa?, ira rasa tu salah satu wadah untuk bawa ISLAM..,"sambut ku.
"Ira, kau jangan terlibat ngan politik ea kalau kat kampus nanti,.." k.ngah pula beri amaran.
Aku mengangguk penuh makna.
"weh Ira, kita kena pilih parti yang boleh bawa pembangunan!,'sampuk kak cik penuh semangat.
Aku tersenyum.
Atuk seorang pejuang parti Keris, Pak cik pemuda keris, tak hairan mereka semua berfikrah keris.

"nape pakai tudung dalam rumah ni, botak kepala nanti..,"marah nenek.
"habis tu nenek pakai skarf kepala tak pe pulak??, jawab ku berseloroh.
Aku seorang sahaja dalam rumah itu yang bertudung dihadapan ipar duai dan sepupu.
Kakak-kakak ada yang free hair, ade yang 'on off'. Bagaimana nak bertudung didlm rumah?? pasti ajaib!! Bukan diorang tak tahu. Semua sekolah agama.


Ya, latar belakang keluarga memang mempengaruhi corak pemikiran. Tapi sejauh mana kita ini melakukan sesuatu atas dasar ilmu dan kefahaman. Sejauh mana kita melakukan sesuatu solid kerana Allah bukan kerana manusia??
Tapi aku akur kekuatan datang dari ALLAH jua. Biarkan Ganjil!. Kalau tak dapat ubah mereka dengan mulut pun, dakwah bil hal juga penting! Moga hati mereka terusik. Moga hatiku tetap istiqamah atas jalanNya.

Friday, April 17, 2009

Ilal liqo'



Berlabuh sudah Tirai Pengajian Asasi saya. Alhamdulillah habis juga setelah dua tahun berhempas-pulas(terhempas ke?). Setahun di nilam puri dan setahun di Pusat Asasi Sains UM. Banyak kenangan yang tak leh lupa. Apa yang boleh saya kongsikan, akademik itu memang perlu, tapi pengalaman dan cabang ilmu2 lain juga perlu kita kejar.

Selamat Bercuti. =)

Friday, April 10, 2009

rinduku pada sang Murabbi''



Semalam,
dia kata "berjuang jangan retorik"
Semalam,
dia kata "perjuangan tidak dihampar permaidani merah"
Semalam,
dia kata "jangan culas buat kerja dakwah"
Semalam,
dia kata "nasrullah sentiasa ada"
semalam,
dia kata "doakan dia sentiasa tsabat"

tapi..
hari ini,
dia senyap terus,
statik mungkin

Aku
rindu nak tatap diari perjuangannya
rindu nak dengar kata2nya yg bak pejuang di medan perang
rindu dengan seorang pencinta syahid sejati
yang katanya dirinya telah diwaqafkan untuk Islam
masa, harta, diinfaqkan
Cuma mengharap kerehatan di surga

Doaku moga dirimu tetap tsabat walau digoncang ujian yang dasyat

Wednesday, April 8, 2009

ubat hati


Kadang-kadang saya terlupa nama blog sendiri. 'Futurul Qalbu '. Keterlupaan yang tak boleh dimaafkan. Kadang-kadang melalut pula tulis. ..

Qalbu~hati..

Sudah 2 hari halaqah tazkirah disurau muslimat membincangkan tajuk hati, seperti tau-tau saja saya sedang mengalaminya. Maghrib tadi, seorang sahabat PASUM, meminta saya menjawab satu soalannya.

"Saya ada seorang kawan, dia kata dia sudah tak dapat menangis seperti dahulu, tak dapat hayati solatnya, kalau sujud pun tak mahu lama2 seperti dulu. Baginya, terlalu banyak ketawa dan terlalu sibuk dengan hal-hal dunia membuatkan dia tidak sensitif lagi seperti dulu..Jadi macamna mengatasinya"


Soalan ini memang betul-betul menampar, terasa disindir pun ada. Berat betul mulut nak menjawabnya, tapi sya jawab juga dengan ilmu yang sedikit ini dengan harapan sebagai peringatan pada diri sendiri juga.


Ya, kita tak boleh tipu diri kita, ada masa iman kita bertambah dan adakala berkurang. kadang2 kita rasa Allah itu sangat dekat, kadang2 jauh sangat. teringat nasihat seorang kakak dia kata, masa iman yankus ni la kita kena berhati2.
Jika malam semalam kami berbicara tentang ubat hati yang lima itu, maghrib tadi saya cuba menggariskan beberapa cara menambah iman. 1.Muhasabah
2.Tambahkan ilmu

3.Tingkatkan amalan
4.Mu'aqabah
saya tertinggal 1 lagi Muraqabah

Senang bibir untuk melafazkannya, tapi pelaksanaannya memerlukan MUJAHADAH yang tinggi. Kita patut bersyukur selagi mana Allah tak buka aib kita(dosa-dosa) kita pada orang ramai, jika Allah buka pasti tak tahu nak sorok muka kat mana.

Ayuh refleksi diri

Bagaimana khusyuk kita dalam solat?

Bagaimana hubungan kita dengan Allah, telus atau tidak?

Bagaimana hubungan sesama manusia, masihkan ada suuzhon, hasad.?
Jujurkah kita dengan diri kita sendiri, adakah nifaq, ujub, riya, sum'ah?


Moga segala amalan kita bukanlah seperti debu-debu yang ditiup angin yang tiada nilainya.
Moga Allah sentiasa berada dalam hati kita.
"Ya muqallibal qulub sabit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik"


Monday, April 6, 2009

.."stay unite"..

Just think..

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi
www.iLuvislam.com
Ustaz
Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*
editor : kasihsayang



Pengenalan

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM(Private Message) di iLuvislam.com. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya.


Cara Mengenali Golongan Ini

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lain-lain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Penutup

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre(ketua moderator agama iLuvislam.com, graduan sarjana perbandingan mazhab, Universiti Al-Azhar).

Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Saudara2ku..tolong bagi respon..syukran

Sunday, April 5, 2009

"...Hatiku remuk.."


Air mataku tumpah juga akhirnya. Aku hanya sempat melihatnya dari tingkap tingkat atas bus double decker yang ku naiki. Ingin sahaja meluru keluar dari bas mendapatkan dia. Pintu bas dah tutup.. hanya dapat dengar suaranya di telefon..

"ira, balik tak hujung minggu ni?..,"tanya mama.
"tak kot.. dah nak periksa ..."jawabku
Fikiran ku berbelah bagi, mahu pulang atau tidak?, akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang.. kata orang meminta restu..

Aku pulang juga petang itu berseorangan dengan beg yang berat. Keletihan sehingga tertidur dalam teksi. Mujur sahaja ada kakak fakulti yg ku jumpa semasa menunggu teksi. Dialah yang membantuku mengangkat beg. Moga Allah memberi kemudahan padanya.

Sampai di destinasi, kak long menjemputku. Belum sempat berpanas punggung, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya. "ya Allah..bukan ini yang aku nak dengar.."bisik hati.
Mama tiada dirumah. Hati sedikit remuk.

Pagi itu Ku dengar suara lelaki itu, suara mama juga.."owh, mama dah balik.."
"mama, salam..belum salam lagi dari semalam..
Kakak minta tolong untuk buat kerja di bilik. Mama datang bawakan makanan dan minuman untukku. Kenapa mama susah-susah? aku boleh keluar ambil sendiri..
Mama kemudian meminta aku tutup pintu bilik . "kenapa mama berkeras?", aneh!
Aku sedar, mama tak mahu lelaki itu melihatku.

Lelaki 21 tahun itu... hati aku tak pernah redha padanya..
mama tak pulang lagi malam itu.."apa maknanya, aku balik ini??"hati aku remuk sedikit lagi.
Aku dan kakak2ku keluar bertiga malam tu. sehingga larut malam.. terima kasih kakak, sekurang-kurangnya pulangku ini ada maknanya.

"mama, ira dah nak bertolak ni.."
"kata pukul sebelas?..tanya mama..
"bukan, ira, beli pukul 10"
"ira, kat mana..nanti mama pergi.."
"tak perlu dah nak bertolak dah.."

Aku nampak mama dibawah. Ingin sahaja aku meluru keluar mendapatkannya. Pintu bas dah tutup..

Air mataku tumpah juga..Kasihan mama.. tentu susah untuk dia membahagikan cintanya untuk suami dan anaknya. Ira tak pernah merajuk dengan mama.. ira tahu susahnya hati mama.. mama jangan risau.. Ira ada Allah.. punca kebahagiaan ira.. Ira akan cuba usaha untuk mendapatkan teman hidup seperti hasrat mama.. mama tentu tak risau lagi. Ya Allah kasihani mama.