CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 3, 2009

'aku tidak berkecil hati'




Aku ingin menjadi...
orang yang lebih mencintai dari dicintai..
orang yang lebih menyayangi dari disayangi...
orang yang lebih memahami dari difahami..
orang yang lebih menghargai dari dihargai..
Aku pingin benar hati yang ikhlas..
bisakah?

Thursday, October 8, 2009

"andai kau pula diuji?"


"umaira.. nak tanya apa perasaan ira bile dapat tahu kawan rapat ira bercouple?" tanya lia melalui ym.
"emm.. tak perlu tau perasaan ira..biar ira sendiri teka perasaan lia.." jawab ku.
"ok.."kata lia.
"Lia mesti rase sesak dada bukan?,"jawabku.
"ye... lia tak boleh bayangkan macam mana lia nak berdepan dengannya tatkala dia bergayut dan bermesej.. dia orang pernah ditarbiyah ira!"ngadu lia.

Kalimah yang mampu menghidupkan jiwa, juga kalimah yang mampu mematikan hati. Kalimah yang memandu manusia mengenal diri lalu melangkah pasti mencari redha Ilahi, juga kalimah yang melempar manusia jauh ke lembah penuh kehinaan lalu mengharungi lautan dosa dan nista. ~kalimah cinta~

"fara.. ira just nak nasihat fara jangan pandang serong kat dia, jangan tinggalkan dia, andai dia benar orang yang pernah ditarbiyah, dia sendiri sedar jauhnya dia pada Allah. Allah sedang mengujinya, bantu dia untuk kembali" balas ku.

Maksiat yang menyesakkan

Maksiat memang menyesakkan, jika tidak masakan Nabi Yusuf a.s bisa menuturkan kalimah hebat ini , "Yusuf berkata, "Wahai Tuhan-ku! Penjara lebih ku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka nescaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh"_12:33
Lebih rela dikurung dipenjara daripada terpenjara NAFSU.

Usah berasa suci andai melihat orang yang berbuat dosa, sesungguhnya Allah telah dahulu menutup aibmu, syukurlah pada Allah, mohon padaNya untuk beri hidayah pada si 'asi(pembuat maksiat).

gerunlah!

(Ingatlah) pada hari (ketika) Kami bertanya kepada Jahannam, "Apakah kamu sudah penuh?"
Ia menjawab, "Masih adakah tambahan?"
(Qaaf-30)

Friday, September 25, 2009

Eid Mubarak

Selamat hari raya
Maaf Zahir dan Batin

ingin jadi solehah

jangan Kau jauh dariku ya Allah
INGIN JADI SOLEHAH

Sunday, August 9, 2009

Rinduku Pada Tenang~


Kira-kira 13 hari lagi Ramadhan.
....Rindu..
Ya Allah sampaikan aku pada ramadhan
Moga tiap saat menuju ramadhan aku semakin dekat denganNya..
Wahai jiwa yg kotor kembalilah jernih....
kembalilah padaNya..
'agar hati yang sakit itu bisa terubat'

Friday, May 22, 2009

labbaikallah


doakan saya..

Selamat Pengantin Baru

Belum terlambat rasanya unmtuk saya ucap Selamat Pengantin baru buat akak saya, Sakinah yang telah sah menjadi Isteri kepada Abang Nan pada 2 mEI lalu.
Moga bahagia ke akhir hayat. cepat-cepatlah dapat anak..huhu

inah maneeeeeeeees bertudung =)


Selamat pengantin baru. Moga Allah merahmati kedua mempelai




Huhu..kak rizki ngan Athirah





kata Ummi..'tinggal satu bab lagi..'

Monday, April 20, 2009

"...biarkan ganjil.."


"kak ira, saya belum masanya lah untuk saya fikir semua ni.."kata ain pada ku.
Dia keliru untuk memilih.
"Cuba akak bayangkan macamana perasaan mak saya kalau dia tahu saya sokong PAS bukan UMNO?.."tanya ain.
Aku hanya tersenyum.

"ira, bukan aku tak nak pakai tudung yang agak labuh tapi family aku, mak aku, takde yang pakai macam tu.."keluh farah sahabat saya.
Respons yang sama juga aku berikan. Hanya tersenyum.

Ganjil sangatkah?

'Ira, kau ni PAS eh?,"tanya kak long padaku sambil membelek lap top. Mungkin terjumpa sesuatu yang menarik perhatiannya.
"kalau ya kenapa?, ira rasa tu salah satu wadah untuk bawa ISLAM..,"sambut ku.
"Ira, kau jangan terlibat ngan politik ea kalau kat kampus nanti,.." k.ngah pula beri amaran.
Aku mengangguk penuh makna.
"weh Ira, kita kena pilih parti yang boleh bawa pembangunan!,'sampuk kak cik penuh semangat.
Aku tersenyum.
Atuk seorang pejuang parti Keris, Pak cik pemuda keris, tak hairan mereka semua berfikrah keris.

"nape pakai tudung dalam rumah ni, botak kepala nanti..,"marah nenek.
"habis tu nenek pakai skarf kepala tak pe pulak??, jawab ku berseloroh.
Aku seorang sahaja dalam rumah itu yang bertudung dihadapan ipar duai dan sepupu.
Kakak-kakak ada yang free hair, ade yang 'on off'. Bagaimana nak bertudung didlm rumah?? pasti ajaib!! Bukan diorang tak tahu. Semua sekolah agama.


Ya, latar belakang keluarga memang mempengaruhi corak pemikiran. Tapi sejauh mana kita ini melakukan sesuatu atas dasar ilmu dan kefahaman. Sejauh mana kita melakukan sesuatu solid kerana Allah bukan kerana manusia??
Tapi aku akur kekuatan datang dari ALLAH jua. Biarkan Ganjil!. Kalau tak dapat ubah mereka dengan mulut pun, dakwah bil hal juga penting! Moga hati mereka terusik. Moga hatiku tetap istiqamah atas jalanNya.

Friday, April 17, 2009

Ilal liqo'



Berlabuh sudah Tirai Pengajian Asasi saya. Alhamdulillah habis juga setelah dua tahun berhempas-pulas(terhempas ke?). Setahun di nilam puri dan setahun di Pusat Asasi Sains UM. Banyak kenangan yang tak leh lupa. Apa yang boleh saya kongsikan, akademik itu memang perlu, tapi pengalaman dan cabang ilmu2 lain juga perlu kita kejar.

Selamat Bercuti. =)

Friday, April 10, 2009

rinduku pada sang Murabbi''



Semalam,
dia kata "berjuang jangan retorik"
Semalam,
dia kata "perjuangan tidak dihampar permaidani merah"
Semalam,
dia kata "jangan culas buat kerja dakwah"
Semalam,
dia kata "nasrullah sentiasa ada"
semalam,
dia kata "doakan dia sentiasa tsabat"

tapi..
hari ini,
dia senyap terus,
statik mungkin

Aku
rindu nak tatap diari perjuangannya
rindu nak dengar kata2nya yg bak pejuang di medan perang
rindu dengan seorang pencinta syahid sejati
yang katanya dirinya telah diwaqafkan untuk Islam
masa, harta, diinfaqkan
Cuma mengharap kerehatan di surga

Doaku moga dirimu tetap tsabat walau digoncang ujian yang dasyat

Wednesday, April 8, 2009

ubat hati


Kadang-kadang saya terlupa nama blog sendiri. 'Futurul Qalbu '. Keterlupaan yang tak boleh dimaafkan. Kadang-kadang melalut pula tulis. ..

Qalbu~hati..

Sudah 2 hari halaqah tazkirah disurau muslimat membincangkan tajuk hati, seperti tau-tau saja saya sedang mengalaminya. Maghrib tadi, seorang sahabat PASUM, meminta saya menjawab satu soalannya.

"Saya ada seorang kawan, dia kata dia sudah tak dapat menangis seperti dahulu, tak dapat hayati solatnya, kalau sujud pun tak mahu lama2 seperti dulu. Baginya, terlalu banyak ketawa dan terlalu sibuk dengan hal-hal dunia membuatkan dia tidak sensitif lagi seperti dulu..Jadi macamna mengatasinya"


Soalan ini memang betul-betul menampar, terasa disindir pun ada. Berat betul mulut nak menjawabnya, tapi sya jawab juga dengan ilmu yang sedikit ini dengan harapan sebagai peringatan pada diri sendiri juga.


Ya, kita tak boleh tipu diri kita, ada masa iman kita bertambah dan adakala berkurang. kadang2 kita rasa Allah itu sangat dekat, kadang2 jauh sangat. teringat nasihat seorang kakak dia kata, masa iman yankus ni la kita kena berhati2.
Jika malam semalam kami berbicara tentang ubat hati yang lima itu, maghrib tadi saya cuba menggariskan beberapa cara menambah iman. 1.Muhasabah
2.Tambahkan ilmu

3.Tingkatkan amalan
4.Mu'aqabah
saya tertinggal 1 lagi Muraqabah

Senang bibir untuk melafazkannya, tapi pelaksanaannya memerlukan MUJAHADAH yang tinggi. Kita patut bersyukur selagi mana Allah tak buka aib kita(dosa-dosa) kita pada orang ramai, jika Allah buka pasti tak tahu nak sorok muka kat mana.

Ayuh refleksi diri

Bagaimana khusyuk kita dalam solat?

Bagaimana hubungan kita dengan Allah, telus atau tidak?

Bagaimana hubungan sesama manusia, masihkan ada suuzhon, hasad.?
Jujurkah kita dengan diri kita sendiri, adakah nifaq, ujub, riya, sum'ah?


Moga segala amalan kita bukanlah seperti debu-debu yang ditiup angin yang tiada nilainya.
Moga Allah sentiasa berada dalam hati kita.
"Ya muqallibal qulub sabit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik"


Monday, April 6, 2009

.."stay unite"..

Just think..

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi
www.iLuvislam.com
Ustaz
Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*
editor : kasihsayang



Pengenalan

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM(Private Message) di iLuvislam.com. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya.


Cara Mengenali Golongan Ini

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lain-lain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Penutup

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre(ketua moderator agama iLuvislam.com, graduan sarjana perbandingan mazhab, Universiti Al-Azhar).

Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Saudara2ku..tolong bagi respon..syukran

Sunday, April 5, 2009

"...Hatiku remuk.."


Air mataku tumpah juga akhirnya. Aku hanya sempat melihatnya dari tingkap tingkat atas bus double decker yang ku naiki. Ingin sahaja meluru keluar dari bas mendapatkan dia. Pintu bas dah tutup.. hanya dapat dengar suaranya di telefon..

"ira, balik tak hujung minggu ni?..,"tanya mama.
"tak kot.. dah nak periksa ..."jawabku
Fikiran ku berbelah bagi, mahu pulang atau tidak?, akhirnya aku membuat keputusan untuk pulang.. kata orang meminta restu..

Aku pulang juga petang itu berseorangan dengan beg yang berat. Keletihan sehingga tertidur dalam teksi. Mujur sahaja ada kakak fakulti yg ku jumpa semasa menunggu teksi. Dialah yang membantuku mengangkat beg. Moga Allah memberi kemudahan padanya.

Sampai di destinasi, kak long menjemputku. Belum sempat berpanas punggung, dia meluahkan rasa tidak puas hatinya. "ya Allah..bukan ini yang aku nak dengar.."bisik hati.
Mama tiada dirumah. Hati sedikit remuk.

Pagi itu Ku dengar suara lelaki itu, suara mama juga.."owh, mama dah balik.."
"mama, salam..belum salam lagi dari semalam..
Kakak minta tolong untuk buat kerja di bilik. Mama datang bawakan makanan dan minuman untukku. Kenapa mama susah-susah? aku boleh keluar ambil sendiri..
Mama kemudian meminta aku tutup pintu bilik . "kenapa mama berkeras?", aneh!
Aku sedar, mama tak mahu lelaki itu melihatku.

Lelaki 21 tahun itu... hati aku tak pernah redha padanya..
mama tak pulang lagi malam itu.."apa maknanya, aku balik ini??"hati aku remuk sedikit lagi.
Aku dan kakak2ku keluar bertiga malam tu. sehingga larut malam.. terima kasih kakak, sekurang-kurangnya pulangku ini ada maknanya.

"mama, ira dah nak bertolak ni.."
"kata pukul sebelas?..tanya mama..
"bukan, ira, beli pukul 10"
"ira, kat mana..nanti mama pergi.."
"tak perlu dah nak bertolak dah.."

Aku nampak mama dibawah. Ingin sahaja aku meluru keluar mendapatkannya. Pintu bas dah tutup..

Air mataku tumpah juga..Kasihan mama.. tentu susah untuk dia membahagikan cintanya untuk suami dan anaknya. Ira tak pernah merajuk dengan mama.. ira tahu susahnya hati mama.. mama jangan risau.. Ira ada Allah.. punca kebahagiaan ira.. Ira akan cuba usaha untuk mendapatkan teman hidup seperti hasrat mama.. mama tentu tak risau lagi. Ya Allah kasihani mama.

Sunday, March 22, 2009

Salafiyah Wahabiyah

sekadar gambar hiasan

Bismillah..
21 dan 22 mac saya telah mengikuti satu program iaitu' Syarah Kitab Thurat I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah'. Ternampak iklan disdalam satu laman blog petang 20 hb saya terus bertekad untuk pergi meskipin saya tak tahu pun spesifikasi tempat dan penceramahnya, main redah je. Bersama 2 orang lagi sahabat, kami bertekad untuk pergi. Apa yang saya dapat melalui ceramah kedua ustaz tersebut iaitu Ust Zamihan dan Ust Mahfuz..

1. Ahli Sunnah Wal Jamaah hanya tediri daripada A'syaa'irah dan Maturidiah.
2. Salafiyah Mu'asarah(moden) adalah 'rebranding' wahabiyah bagi menutup sejarah-sejarah buruknya.
3. Bid'ah itu sememangnya ada 2 Bid'ah Hasanah dan Sayyi ah.
4.Ulama' salaf menggunakan dua method dalam mentafsir ayat mutasyabihat
a)TAKWIL- menggunakan logik 'aqal( untuk org awam)
b)TAFWID- menyerah masksud pada Allah s.w.t
Sementara wahabi menerima ayat mutasyabihat secara zahir seolah-olah menvisualistikkan Allah.
5.Konsep Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah, asma' Wa sifat adalah ciptaan ibn Taimiyah. sedangkan Ulama salaf tidak membahagi-bahagi seperti itu.

Sebenarnya banyak lagi, tapi bagi saya ini diantara statement yang agak pedas pada salfi dan wahabi. Dan Hari esok saya akan mendengar dari pihak Salafi sendiri pula. Kita sama-sama compare.

Tapi secara jujur saya masih bersetuju dengan pendapat Ust Abdul Hadi Awang yang meletakkan Asyaa'irah, Maturidiah, begitu juga Salafi dan Wahabi di bwh Ahli Sunnah wal jamaah kerana kekhilafan hanyalah dalam masalah furu' bukan perkara akidah.

Perjalanan saya masih panjang.. saya akan terus mencari.

Erti Sibuk


Salam..
dah lama rasanye tak mencoret sesuatu kat teratak saya ni. Sibuk memanjanglah kononnya..
Kadang-kadang geli tekak bila dengar orang cakap 'busy la..'.

'Busy atau buat-buat busy sebenarnya?.
'Betul-betul sibuk atau tak pandai urus masa?

Persoalan ni selalu saya tanya pada diri saya yang selalu buat alasan ni. .
Bulan Mac ni memang sibuk.. sibuk pulang kekampung untuk berehat-rehat. Buku yang dibawa sama disimpan jauh-jauh kalau ada kat sebelah pun, pejam mata kejap-kejap tak nak pandang pun. Malas nak berfikir.

Saya panjangkan cuti hingga 5 hari dirumah malas nak fikir tentang apa yang berlaku dan akan berlaku di kampus. Terlibat sebagai adhoc dalam 2 program mega buat saya rasa malas nak pulang ke UM. Mesej Tuan Pengarah pun tak dilayan. Bukan nak lari tanggungjawab tapi itu la prinsip saya 'CUTI adalah CUTI'. Habiskan masa dengan ibunda=)

Habis cuti tidak dapat tidak saya terpaksa pulang kekampus dan mengadap 1001 tanggungjwab yang saya tinggalkan sepanjang cuti. PROGRAM, FINAL EXAM.. segalanya. Terasa rugi pula tak memanfaatkan cuti dengan mengulangkaji..huhu.

Semalam dan pagi tadi saya pergi ke Kajang join program ilmu. Kawan-kawan semua sibuk menelaah untuk final exam saya pergi program yang tak de kena mengena dengan final.

SIBUK sangatkah saya?

Satu muhasabah untuk diri sendiri.
Apa yang pasti.. 'i know what i'm doing' (",)

Tuesday, February 24, 2009

"...kerana itu aku melakukannya.."


Bingit! tu je perkataan yang boleh aku katakan dikala ini. Kolej ini bingit dengan karaoke sempena fiesta rumah terbuka ni. Orang cina pula sibuk berlatih memukul gendang. Hingar-bingar dengan pekikan penonton yang ku kira menyokong temannya yang berada di pentas karaoke. Suasana yang paling ideal untuk study sementara hanya tggl 39 hari untuk aku menduduki peperiksaan akhir. Sadis. Entahla, serba tak kena hari ini.

Kritik2!


"ira, CINTA lagi?.." tanya kak Da padaku. " Ya kak, kita orang buat macam kempen sepanjang 2 minggu ni.."kataku sambil menunjukkan iklan yang kami buat. 'PENGURUSAN CINTA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM'. Itu tajuk yang saya cadangkan untuk penceramah yang juga merupakan pensyarah di Akademi Islam. "Asyik cinta jer.. tak ilmiyah. ."sambung kak Da. Saya terkedu, tak tahu nak respon apa. Tapi secara jujur saya sangat rasa down. Hanya Allah sahaja yang tahu. 'Kalau orang agama sendiri memperlekeh usaha dakwah ini, siapa lagi yang akan menyokong??

Nasihat2!


Tolong nasihatkan ira.. ira mula rasa lemah.. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang Maha Memahami. Dalam kegusaran, aku mula cari artikel tentang 'Dibius Cinta' untuk risalah minggu ini. 'Ibrah Yusuf mendepani biusan cinta' artikel yang ku temui dalam blog saifulislam. Aku postkan komen,
" slm ust.. pernh tak ust bosan berbicara tentg cinta sprti ini? Apabila saya buat program tentg ini org2 mengkritik sy.. katanya Isu cinta tak Ilmiyah ape pendpt ust?" Tanpa aku sangka ,komen itu berbalas ..kata ustaz

"setakat ini tidak bosan.

jika tajuk cinta tidak ilmiah, humban ke longkang bab-bab dalam sahih al-bukhari dan muslim.

tajuk yang tak ilmiah inilah yang kemudiannya banyak menghumban manusia masuk neraka."

Betul3!

Ya, sangat tepat dan menenangkan jawapan dari ust Hasrizal. Pedulikan kata orang. Kita Tahu apa yang kita buat! Objektif kita! Waqi' kita! Orang lain mungkin tak tahu..

Kata kak Bel.."awak ni ira kena kritik sikit awak dah mula lemah, macamana dengan cabaran akan datang nanti?.." Hmm.. berdakwah bukannya senang, cabaran itu da ari pelbagai arah. Kalau aku tak belajar menerima kritikan secara terbuka sekarang, bila lagi??

PadaMu Allah, 'Hanya Engkau yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami, bantulah kami dalam menanggung beban dakwahMu, janganlah sampai dosa-dosa kami menjadi penghalang sampainya dakwah ini kepada mad'u kami., AMEEN'

Friday, February 20, 2009

.::hubb::.

Kata orang memang perit cinta ditolak. Tapi sebenarnya lagi pening untuk membuat pilihan.
Tak perlu gusar bila cintamu ditolak. Lebih-lebih lagi, jika ditolak kerana Allah, dirimu sepatutnya berbangga!. Awal cinta itu bermula dengan KAGUM, alihkan kekaguman mu itu kepada rasa TAKZIM terhadap Allah yang Maha Hebat yang mencipta insan . Usah rasa lemah... cintamu tetap akan kuhargai. Dan aku masih menanti janji Tuhanku.


CINTA sahabat tiada sempadannya

Riya'kah aku??


Fenomena riya dan Sum’ah dalam kehidupan seharian

1. Solat sunat di depan orang. Dekat rumah tidak buat.
2. Pakai elok utk buat ibadat depan orang. Dekat rumah ala kadar.
3. Tidak makan banyak depan orang. Ketika sorang2 makan banyak.
4. Berasa seronok bila dipuji amalannya.
5. Menceritakan amalannya kepada manusia.
6. Semangat buat amalan bila dipuji dan lemah ketika dikeji.
7. Menggelokkan bacaan didepan orang. Masa sorang2 baca laju kemain.
8. Akhlak yang bagus dan manisss depan orang. Masa dekat rumah terok.
9. Tulis kat blog,status ym atau mana2 yang menunjukkan dia ikhlas, beramal, berjuang dan amal2 Islam yang lain.
10. Berpersatuan atau berparti kerna nak pujian dan jawatan. Bila tak dapat mulala merajuk atau lemah semangat.


Ya, kita sering tak perasaan perbuatan dan kebaikan yang kita lakukan sehari-hari itu belum tentu ikhlas dan dipandang oleh Allah. Apa yang penting betulkan niat dari sekarang moga Allah terima ibadah kita.

Sunday, February 8, 2009

"...keikhlasan yang teruji.."


'Diharap fasi-fasi dapat berkumpul ditengah dewan..." arah tuan pengarah 'our very big bosz'.
Pegawai-pegawai dari Majlis Agama turut serta. Mungkin ada sesuatu yang hendak disampaikan. 'em..ape la yang diorang nak komen agaknya?...langsung tak yakin program tersebut berjaya..,"hati terus-terusan bermonolog.
'Di pihak kami, kami memohon minta maaf diatas semua kelemahan..terima kasih kepada adik-adik fasi, kami memang menggalakkan program sebegini diadakan untuk membantu anak bangsa"kata pegawai itu selaku wakil Seketriat Mahasiswa Timur Tengah.

Habuan yang tak pernah terimpikan
"Kami di pihak majlis Agama memang menyediakan sedikit cenderahati,"tambahnya lagi.
Barisan fasilitator dari maahad mendapat RM50, Barisan fasi dari universiti mendapat rm150.
wah, Lumayan. 'Atikah, mu patut dapat lebih lagi ni, sebab ada juga peruntukan untuk urusetia..."tambah ku. Atikah tersenyum sendiri. Ye..lumayan, tak pernah terlintas ada habuan berbentuk wang yang akan diberi, apatah lagi pada nilai yang tinggi.
Tapi aku seorang sahaja fasi yang tidak menerima wang itu lagi.

Wang oh wang
'Ok seterusnya, kita akan beri kepada penceramah pula.."umum pegawai.
"Umaira ni salah seorangnya ", kata tuan pengarah.
Pegawai tersebut datang menghampiri, diberikannya rm120.
"Aik, ira dapat 120 je.."saya pasti ini yang terlintas dikepala Atikah dan Ani melihat riak wajah mereka yang agak terkejut, melihat lama duit kepingan merah ditanganku. Sedangkan aku juga merupakan seorang fasi, aku mempunyai menteeku sendiri.

Virus 'hubbudunia'
Hati saya tak sedap. Terus-terusan memohon ampun, takut-takut ada kelompangan dalam gerak kerja dakwahku ini. "Aku mesti lakukan sesuatu pada duit ini, ,"getus hati. Teringat kisah orang terkaya dinegara kita yang mempunyai yayasan sendiri, kata beliau,"Ibu saya selalu berpesan, harta kita perlu dikongsikan dengan orang lain, 1/3 untuk diri sendiri,1/3 simpanan masa depan,1/3 untuk orang lain.."
Bagiku mungkin itu rahsia Beliau istiqamah bersifat zuhud walau harta bertimbun-timbun. Berkat hidupnya.

Kembali tenang
Mungkin ini hikmahnya..jika saya mendapat lebih dari 120 atau sama dengan sahabat saya yang lain mungkin hati saya Allah tak gerak langsung untuk berkongsinya dengan adik-adik mentee saya.
Ketika didalam dewan selera, syahmi datang mengucapkan terima kasih. Syahmi.. mentee saya yang paling nakal. Malas nak beri komitmen..hmm, syukur sangat dia sanggup datang jumpa ketika itu.

Dakwah bukan perniagaan, tapi tanggungjawab.
Air liur ini bukan modalnya, tapi pinjaman dari ALLAH,
mana mungkin aku dapat menuai hasilnya.
Moga Allah ganjarkan ganjaran yang jauh lebih hebat dan luar biasa..
di akhirat kelak di syurga sana.

teringat satu ayat dari Quranul kareem,mafhumnya,"seorang mukmin itu takkan rasa resah atau gundah apabila haknya dikurangkan..." Ayat cinta ini akan selalu menjadi kata rangsangan penguat semangat seorang UMAIRA.

Tuesday, February 3, 2009

maya tak kesah..



Saya penat hari ni..
tak rehat langsung..
tapi saya xkesah..
saya harap esok..lusa..dan seterusnya..
saya penat lagi..

Otak saya serabut sekarang..
saya fikir 'duit..duit..duit..'
mana nak kutip?
untk program dakwah..
tapi saya tak kesah..
harap esok..lusa..tulat..
otak saya terus serabut memikirkan ummah..

Kata as-syafie.." hidup memang diciptakan untuk berpenat-lelah.."
Rehat yang sebenar bukan didunia ini..
tapi di syurga sana..
moga Allah pandang penat saya yg sedkit ini =)

Saturday, January 24, 2009

Buatmu 'Rijaludakwah'


Sengaja saya bicarakan keindahan Ainul Mardhiah kepada rijal-rijal itu. Hati seorang bidadari yang penuh cinta merindui kehadiran rijal syahid. Keredupan mata yang diibaratkan mutiara yang tersimpan rapi, sudah pasti menjadi pujaan hati.

Biar rijal-rijal itu rasa indahnya syurga.

Biar hati-hati rijal-rijal itu berkobar mencari syahid.

Biar rijal-rijal itu sentiasa beringat tangungjawab mereka.

biar rijal-rijal itu terus-terusan merindui bidadari syurga.

Agar ku tak rasa keseorangan dlm berjuang


Buatmu.. rijal yang hilang

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

Duhai rijal..

"PERFORM YOUR DUTY!"

*sumber: http://satuperkongsian.wordpress.com/kenangan/

Thursday, January 22, 2009

Rindu padanya


As-Syahid Saed Seyyam

Latar belakang


Sa'ed Mohammad syaba’an Sayam dilahirkan di Mukhayyam Syatie, Gaza tahun 1959. keluarganya berasal daripada Kampung Jaura berhampiran Asqalan di selatan Palestine. Beliau berkahwin dan mempunyai 6 orang anak, 2 lelaki dan 4 perempuan.


Pendidikan

Beliau mempunyai Diploma Pendidikan Sains dan Matematik di Darul Mua`limin (pusat pendidik) di Ramallah. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Terbuka Quds dan mendapat BA pendidikan Islam. Kemudian menjadi seorang pendidik pada tahun 1980 hingga tahun 2003.

Kegiatan politik

Beliau merupakan anggota parlimen Palestine dan merupakan pengasas kepada pasukan sokongan bagi pasukan keamanan Palestine. Di lantik menjadi menteri dalam negeri pada 3 Jun 2008. Beliau adalah salah seorang daripada 5 pemimpin utama HAMAS. Ribuan anggota keselamatan hamas adalah dibawah tanggung jawabnya.


Syahid

kemudian syahid pada jam 7pm hari khamis 15 Jan 09. Beliau syahid bersama saudaranya Riyadh Sayam, anak lelaki dan ketua pasukan keselamatan HAMAS Saleh Abu Syarikh.

*terasa baru semalam mendengar kalimah-kalimahnya. Kini dia bergembira didlm syurga.


Rujukan: laman web wikepedia, bbc dan al-Jazeera.http://akhisalman.blogspot.com

Sunday, January 18, 2009

Islam itu tinggi

~kepala babi yg diletakkan di dlm surau Akademi Pengajian Islam UM bersama bendera pas yg tertulis 'PMI PRO-M PAS'~


"They want to extinguish Allah’s Light with their mouths, but Allah will not allow except that His Light should be perfected even though the Kafiroon hate it.” (32:9)

Thursday, January 15, 2009

Kahwin waktu belajar meLEMBAPkan??

Artikel yg membuat saya fikir 2-3 kali untuk berkahwin semasa belajar

Kahwin Semasa Belajar

“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.

“Kalau tak setuju juga?” soalnya.

“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.

“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.

“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.

MALAS

“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.

“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.

“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.

“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.

Beliau terdiam.

Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.

Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.

Cepat dapat sakinah.

Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI

Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.

“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.

“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.

“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.

Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.

“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.

“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.

Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.

“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.

Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.

Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.

Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!

Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.

Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.


Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.

Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.

Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

SARANAN MENGEMBARA

Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

Mengembara itu saranan Allah:

30_42

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]

Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.

BAGI YANG TIDAK

Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.

Terpulang…

Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan.

Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.

SUDAH BERSEDIA

Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.

Bersediakah saya?

Sudah puaskah saya berkelana?

Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.

Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.

Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.

Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.

Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.

“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.

“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.

Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.

“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.

“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.

“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.

“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.

“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.

NASIHAT PERIBADI

Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.

Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.

Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.

Panas! Panas!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday, January 12, 2009

Cinta Oh Cinta



Hmm..lame rasenya saya tak bicara tentang cinta . Kalau dulu takde topik lain, cinta sahaja. Tanda hati penuh dengan cinta. Bila umur meningkat sikit ni, kurang sikit fikir tentang tu, banyak lagi kerja nak ditunai. Tapi saya kembali bercerita tentang cinta, tapi bukan tentang saya, tapi sahabat saya.

Sengaja saya baca mesej 'rahsia' dia depan tuannya. jahat tak saya? Tajassus tak? hmm, saya peduli apa..huhu..Mesej-mesejnya tidaklah keterlaluan, sebab saya pernah baca yang lebih dahsyat lagi. Sekadar 'curhat' (curahan Hati). Tapi hati saya tetap tak setuju, iman saya kata 'this is not the right way'.

Saya cuba bertanya, "em, Lin.. ape perasaan ibu Lin kalaula dia tahu Lin berhubung lagi dengan dia..?".
>"ibu izinkan la maya.."
Saya sambung,"Oklah, kalau ibu izinkan, agak-agak Allah redha tak?.
>" lin tak rasa apa yang Lin buat ni salah..hukum dia pun tak dijelaskan dalam AQ, kita anggap dia (harus)".
Saya tahu dia cuba membawa hujah 'setiap perkara pada awal hukumnya ibahah (harus)'. Tapi penggunaannya dalam hal ni kurang tepat. Saya tanya lagi,"bagi maya kalau bermesej sekadar untuk melempias rasa, mengadu itu dan ini tanpa kepentingan, adalah salah "
>"apa yang maya nampak, salah ke cara lin? apa lah salah kita jadi penyebab, asbab untuk seseorang untuk menjadi lebih baik..dari tak pergi masjid, berubah pergi masjid.."
Niat dia murni, tapi ia tetap bukan cara yang terbaik. Masih belum telus..kebaikan yang samar.
Saya tanya lagi,"agak-agak apa yang lin buat selari tak dengan hawa nafsu lin..?"
> "ye.. tu Lin akui..tapi.."
"ok..maya dah cakap.. Lin fikir la sendiri.."
Bingo! Cukup sampai situ.. masalah Lin bukanlah jahil tapi nafsu.

Nafsu musuh utama seorang muslim. Kadang-kadang kita cuba meng'islamik'kan benda yang tak Islamik. Cuba menyedapkan hati, walhal sebenarnya iman kita menderita membuat maksiat. Masalah begini bukanlah Lin seorang sahaja yang alaminya, but most of us. Moga sahaja Allah beri kekuatan untuk Lin. Moga Allah pelihara hati-hati kita. Moga Allah bantu dan membimbing kita untuk tidak jauh terpesong dari jalan Mardhatillah.

p/s: nanti saat pertemuan denganMu dan Lelaki pilihanMu buatku

Saturday, January 10, 2009

Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!


Khaibar-khaibar ya Yahud!
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!

Hancur..hancur..yahudi..
Boikot..boikot amerika
Bangkit..bangkit..umat Islam.!

Israel is no 1 terrorist!

Laungan lebih 5000 mahasiswa seluruh Malaysia mezahirkan rasa tidak puas hati. Bergetar hati tatkala sama-sama melaungkan kalimah-kalimah tersebut.Penat Berlari 3km bersama sandel yang tercabut tak terasa. Berpakaian serba hitam tanda protes kepanasan memang menggigit.

Sekali sekala terpacul juga keluhan, 'panas...', tapi malu bila melihat seorang ibu yang turut serta mendukung anak kecilnya sambil berlari. Betapa hebat tarbiyah yang diterima budak perempuan sekecil itu. Betapa hebat lagi tarbiyah Allah kepada rakyat Palestin yang sentiasa hidup dalam ketakutan dengan bedilan bom hampir setiap saat. Mungkin sengaja Allah biar Matahari panas terik, untuk membakar lagi perasaan benci kami terhadap Israel tika itu.

Kata Syeikh Ahmad Seyyam (pengkhutbah Masjidil Aqsa) ketika memberi talk di UM "kami tak perlukan Umat Islam seluruhnya untuk berperang bersama-sama kami untuk melawan Zionis laknatullah, Kami hanya perlukan wang untuk membeli senjata".

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada para pejuang palestin Dan memberi kejayaan pada Islam.

Thursday, January 1, 2009

teruskan perjuangan




'perjuangan itu memang pahit..
kerana syurga itu manis..'
jgn berhenti walau selangkah
teruskan perjuangan