CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 24, 2009

Buatmu 'Rijaludakwah'


Sengaja saya bicarakan keindahan Ainul Mardhiah kepada rijal-rijal itu. Hati seorang bidadari yang penuh cinta merindui kehadiran rijal syahid. Keredupan mata yang diibaratkan mutiara yang tersimpan rapi, sudah pasti menjadi pujaan hati.

Biar rijal-rijal itu rasa indahnya syurga.

Biar hati-hati rijal-rijal itu berkobar mencari syahid.

Biar rijal-rijal itu sentiasa beringat tangungjawab mereka.

biar rijal-rijal itu terus-terusan merindui bidadari syurga.

Agar ku tak rasa keseorangan dlm berjuang


Buatmu.. rijal yang hilang

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

Duhai rijal..

"PERFORM YOUR DUTY!"

*sumber: http://satuperkongsian.wordpress.com/kenangan/

Thursday, January 22, 2009

Rindu padanya


As-Syahid Saed Seyyam

Latar belakang


Sa'ed Mohammad syaba’an Sayam dilahirkan di Mukhayyam Syatie, Gaza tahun 1959. keluarganya berasal daripada Kampung Jaura berhampiran Asqalan di selatan Palestine. Beliau berkahwin dan mempunyai 6 orang anak, 2 lelaki dan 4 perempuan.


Pendidikan

Beliau mempunyai Diploma Pendidikan Sains dan Matematik di Darul Mua`limin (pusat pendidik) di Ramallah. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Terbuka Quds dan mendapat BA pendidikan Islam. Kemudian menjadi seorang pendidik pada tahun 1980 hingga tahun 2003.

Kegiatan politik

Beliau merupakan anggota parlimen Palestine dan merupakan pengasas kepada pasukan sokongan bagi pasukan keamanan Palestine. Di lantik menjadi menteri dalam negeri pada 3 Jun 2008. Beliau adalah salah seorang daripada 5 pemimpin utama HAMAS. Ribuan anggota keselamatan hamas adalah dibawah tanggung jawabnya.


Syahid

kemudian syahid pada jam 7pm hari khamis 15 Jan 09. Beliau syahid bersama saudaranya Riyadh Sayam, anak lelaki dan ketua pasukan keselamatan HAMAS Saleh Abu Syarikh.

*terasa baru semalam mendengar kalimah-kalimahnya. Kini dia bergembira didlm syurga.


Rujukan: laman web wikepedia, bbc dan al-Jazeera.http://akhisalman.blogspot.com

Sunday, January 18, 2009

Islam itu tinggi

~kepala babi yg diletakkan di dlm surau Akademi Pengajian Islam UM bersama bendera pas yg tertulis 'PMI PRO-M PAS'~


"They want to extinguish Allah’s Light with their mouths, but Allah will not allow except that His Light should be perfected even though the Kafiroon hate it.” (32:9)

Thursday, January 15, 2009

Kahwin waktu belajar meLEMBAPkan??

Artikel yg membuat saya fikir 2-3 kali untuk berkahwin semasa belajar

Kahwin Semasa Belajar

“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.

“Kalau tak setuju juga?” soalnya.

“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.

“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.

“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.

MALAS

“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.

“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.

“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.

“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.

Beliau terdiam.

Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.

Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.

Cepat dapat sakinah.

Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI

Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.

“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.

“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.

“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.

Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.

“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.

“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.

Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.

“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.

Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.

Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.

Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!

Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.

Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.


Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.

Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.

Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

SARANAN MENGEMBARA

Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

Mengembara itu saranan Allah:

30_42

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]

Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.

BAGI YANG TIDAK

Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.

Terpulang…

Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa. Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan.

Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.

SUDAH BERSEDIA

Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.

Bersediakah saya?

Sudah puaskah saya berkelana?

Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.

Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.

Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.

Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.

Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.

“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.

“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.

Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.

“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.

“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.

“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.

“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.

“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.

NASIHAT PERIBADI

Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.

Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.

Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.

Panas! Panas!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Monday, January 12, 2009

Cinta Oh Cinta



Hmm..lame rasenya saya tak bicara tentang cinta . Kalau dulu takde topik lain, cinta sahaja. Tanda hati penuh dengan cinta. Bila umur meningkat sikit ni, kurang sikit fikir tentang tu, banyak lagi kerja nak ditunai. Tapi saya kembali bercerita tentang cinta, tapi bukan tentang saya, tapi sahabat saya.

Sengaja saya baca mesej 'rahsia' dia depan tuannya. jahat tak saya? Tajassus tak? hmm, saya peduli apa..huhu..Mesej-mesejnya tidaklah keterlaluan, sebab saya pernah baca yang lebih dahsyat lagi. Sekadar 'curhat' (curahan Hati). Tapi hati saya tetap tak setuju, iman saya kata 'this is not the right way'.

Saya cuba bertanya, "em, Lin.. ape perasaan ibu Lin kalaula dia tahu Lin berhubung lagi dengan dia..?".
>"ibu izinkan la maya.."
Saya sambung,"Oklah, kalau ibu izinkan, agak-agak Allah redha tak?.
>" lin tak rasa apa yang Lin buat ni salah..hukum dia pun tak dijelaskan dalam AQ, kita anggap dia (harus)".
Saya tahu dia cuba membawa hujah 'setiap perkara pada awal hukumnya ibahah (harus)'. Tapi penggunaannya dalam hal ni kurang tepat. Saya tanya lagi,"bagi maya kalau bermesej sekadar untuk melempias rasa, mengadu itu dan ini tanpa kepentingan, adalah salah "
>"apa yang maya nampak, salah ke cara lin? apa lah salah kita jadi penyebab, asbab untuk seseorang untuk menjadi lebih baik..dari tak pergi masjid, berubah pergi masjid.."
Niat dia murni, tapi ia tetap bukan cara yang terbaik. Masih belum telus..kebaikan yang samar.
Saya tanya lagi,"agak-agak apa yang lin buat selari tak dengan hawa nafsu lin..?"
> "ye.. tu Lin akui..tapi.."
"ok..maya dah cakap.. Lin fikir la sendiri.."
Bingo! Cukup sampai situ.. masalah Lin bukanlah jahil tapi nafsu.

Nafsu musuh utama seorang muslim. Kadang-kadang kita cuba meng'islamik'kan benda yang tak Islamik. Cuba menyedapkan hati, walhal sebenarnya iman kita menderita membuat maksiat. Masalah begini bukanlah Lin seorang sahaja yang alaminya, but most of us. Moga sahaja Allah beri kekuatan untuk Lin. Moga Allah pelihara hati-hati kita. Moga Allah bantu dan membimbing kita untuk tidak jauh terpesong dari jalan Mardhatillah.

p/s: nanti saat pertemuan denganMu dan Lelaki pilihanMu buatku

Saturday, January 10, 2009

Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!


Khaibar-khaibar ya Yahud!
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!

Hancur..hancur..yahudi..
Boikot..boikot amerika
Bangkit..bangkit..umat Islam.!

Israel is no 1 terrorist!

Laungan lebih 5000 mahasiswa seluruh Malaysia mezahirkan rasa tidak puas hati. Bergetar hati tatkala sama-sama melaungkan kalimah-kalimah tersebut.Penat Berlari 3km bersama sandel yang tercabut tak terasa. Berpakaian serba hitam tanda protes kepanasan memang menggigit.

Sekali sekala terpacul juga keluhan, 'panas...', tapi malu bila melihat seorang ibu yang turut serta mendukung anak kecilnya sambil berlari. Betapa hebat tarbiyah yang diterima budak perempuan sekecil itu. Betapa hebat lagi tarbiyah Allah kepada rakyat Palestin yang sentiasa hidup dalam ketakutan dengan bedilan bom hampir setiap saat. Mungkin sengaja Allah biar Matahari panas terik, untuk membakar lagi perasaan benci kami terhadap Israel tika itu.

Kata Syeikh Ahmad Seyyam (pengkhutbah Masjidil Aqsa) ketika memberi talk di UM "kami tak perlukan Umat Islam seluruhnya untuk berperang bersama-sama kami untuk melawan Zionis laknatullah, Kami hanya perlukan wang untuk membeli senjata".

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada para pejuang palestin Dan memberi kejayaan pada Islam.

Thursday, January 1, 2009

teruskan perjuangan




'perjuangan itu memang pahit..
kerana syurga itu manis..'
jgn berhenti walau selangkah
teruskan perjuangan