CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 12, 2009

Cinta Oh Cinta



Hmm..lame rasenya saya tak bicara tentang cinta . Kalau dulu takde topik lain, cinta sahaja. Tanda hati penuh dengan cinta. Bila umur meningkat sikit ni, kurang sikit fikir tentang tu, banyak lagi kerja nak ditunai. Tapi saya kembali bercerita tentang cinta, tapi bukan tentang saya, tapi sahabat saya.

Sengaja saya baca mesej 'rahsia' dia depan tuannya. jahat tak saya? Tajassus tak? hmm, saya peduli apa..huhu..Mesej-mesejnya tidaklah keterlaluan, sebab saya pernah baca yang lebih dahsyat lagi. Sekadar 'curhat' (curahan Hati). Tapi hati saya tetap tak setuju, iman saya kata 'this is not the right way'.

Saya cuba bertanya, "em, Lin.. ape perasaan ibu Lin kalaula dia tahu Lin berhubung lagi dengan dia..?".
>"ibu izinkan la maya.."
Saya sambung,"Oklah, kalau ibu izinkan, agak-agak Allah redha tak?.
>" lin tak rasa apa yang Lin buat ni salah..hukum dia pun tak dijelaskan dalam AQ, kita anggap dia (harus)".
Saya tahu dia cuba membawa hujah 'setiap perkara pada awal hukumnya ibahah (harus)'. Tapi penggunaannya dalam hal ni kurang tepat. Saya tanya lagi,"bagi maya kalau bermesej sekadar untuk melempias rasa, mengadu itu dan ini tanpa kepentingan, adalah salah "
>"apa yang maya nampak, salah ke cara lin? apa lah salah kita jadi penyebab, asbab untuk seseorang untuk menjadi lebih baik..dari tak pergi masjid, berubah pergi masjid.."
Niat dia murni, tapi ia tetap bukan cara yang terbaik. Masih belum telus..kebaikan yang samar.
Saya tanya lagi,"agak-agak apa yang lin buat selari tak dengan hawa nafsu lin..?"
> "ye.. tu Lin akui..tapi.."
"ok..maya dah cakap.. Lin fikir la sendiri.."
Bingo! Cukup sampai situ.. masalah Lin bukanlah jahil tapi nafsu.

Nafsu musuh utama seorang muslim. Kadang-kadang kita cuba meng'islamik'kan benda yang tak Islamik. Cuba menyedapkan hati, walhal sebenarnya iman kita menderita membuat maksiat. Masalah begini bukanlah Lin seorang sahaja yang alaminya, but most of us. Moga sahaja Allah beri kekuatan untuk Lin. Moga Allah pelihara hati-hati kita. Moga Allah bantu dan membimbing kita untuk tidak jauh terpesong dari jalan Mardhatillah.

p/s: nanti saat pertemuan denganMu dan Lelaki pilihanMu buatku

1 comments:

sahabat said...

salam. nk mencelah. lin...ikhtilat tu hukum asalnya haram, bukan mubah. menjadi harus dgn dhawabit2 yang ditetapkan syariat. bersms pula wasilah kepada ikhtilat. ana x kata haram, tp... cuba kita tgk dari segi saddu zarai'. untuk kita tutup jalan2 yang blh bawa kemudharatan kepada kita.