CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 24, 2009

Buatmu 'Rijaludakwah'


Sengaja saya bicarakan keindahan Ainul Mardhiah kepada rijal-rijal itu. Hati seorang bidadari yang penuh cinta merindui kehadiran rijal syahid. Keredupan mata yang diibaratkan mutiara yang tersimpan rapi, sudah pasti menjadi pujaan hati.

Biar rijal-rijal itu rasa indahnya syurga.

Biar hati-hati rijal-rijal itu berkobar mencari syahid.

Biar rijal-rijal itu sentiasa beringat tangungjawab mereka.

biar rijal-rijal itu terus-terusan merindui bidadari syurga.

Agar ku tak rasa keseorangan dlm berjuang


Buatmu.. rijal yang hilang

Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

Duhai rijal..

"PERFORM YOUR DUTY!"

*sumber: http://satuperkongsian.wordpress.com/kenangan/

1 comments:

Ibtisam... said...

MUHAMMAD AHMAD AR-RASYID

" Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar. Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah tugas lelaki sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang-orang yang takut menghadapi rintangan, gangguan dan pertarungan, maka kumpulan tersebut terdiri dari angkatan lelaki yang berjiwa kecil, kerdil dan mementingkan diri sendiri."

Andai ini janji Allah....
moga mereka bertemu bidadari syurga..
Kita bertemu bidadara syurga

teruskan berdakwah!!
(^_^)