CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 22, 2009

Salafiyah Wahabiyah

sekadar gambar hiasan

Bismillah..
21 dan 22 mac saya telah mengikuti satu program iaitu' Syarah Kitab Thurat I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah'. Ternampak iklan disdalam satu laman blog petang 20 hb saya terus bertekad untuk pergi meskipin saya tak tahu pun spesifikasi tempat dan penceramahnya, main redah je. Bersama 2 orang lagi sahabat, kami bertekad untuk pergi. Apa yang saya dapat melalui ceramah kedua ustaz tersebut iaitu Ust Zamihan dan Ust Mahfuz..

1. Ahli Sunnah Wal Jamaah hanya tediri daripada A'syaa'irah dan Maturidiah.
2. Salafiyah Mu'asarah(moden) adalah 'rebranding' wahabiyah bagi menutup sejarah-sejarah buruknya.
3. Bid'ah itu sememangnya ada 2 Bid'ah Hasanah dan Sayyi ah.
4.Ulama' salaf menggunakan dua method dalam mentafsir ayat mutasyabihat
a)TAKWIL- menggunakan logik 'aqal( untuk org awam)
b)TAFWID- menyerah masksud pada Allah s.w.t
Sementara wahabi menerima ayat mutasyabihat secara zahir seolah-olah menvisualistikkan Allah.
5.Konsep Tauhid Uluhiyah , Tauhid Rububiyah, asma' Wa sifat adalah ciptaan ibn Taimiyah. sedangkan Ulama salaf tidak membahagi-bahagi seperti itu.

Sebenarnya banyak lagi, tapi bagi saya ini diantara statement yang agak pedas pada salfi dan wahabi. Dan Hari esok saya akan mendengar dari pihak Salafi sendiri pula. Kita sama-sama compare.

Tapi secara jujur saya masih bersetuju dengan pendapat Ust Abdul Hadi Awang yang meletakkan Asyaa'irah, Maturidiah, begitu juga Salafi dan Wahabi di bwh Ahli Sunnah wal jamaah kerana kekhilafan hanyalah dalam masalah furu' bukan perkara akidah.

Perjalanan saya masih panjang.. saya akan terus mencari.

5 comments:

Anonymous said...

1/2. Bagi tohmahan 1&2 tidak perlu ana jawab rasanya kerana ini hanyalah sangkaan dan tuduhan semata-mata tanpa dalil,bukti,fakta serta nas.

3. Takrif Bid'ah:
اِحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ لَهُ اَصْل فِى عَهْدِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَىْ لاَدَلِيْلَ مِنَ الشَّرْعِ

"Mencipta (mengada-adakan atau mereka-reka) sesuatu (amal) yang sama sekali tidak ada contohnya pada zaman Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam atau tiada dalilnya dari syara".

كُلُّ مَا عَارَضَ السُّنَّةَ مِنَ الاَقْوَالِ اَوِ الاَفْعَالِ اَوِ الْعَقَائِدِ وَلَوْ كَانَتْ عَنْ اِجْتِهَاد

"(Bid'ah): Ialah setiap yang bertentangan dengan sunnah dari jenis perkataan (ucapan) perbuatan (amalan) atau akidah (pegangan/kepercayaan) sekalipun melalui usaha ijtihad." (Lihat: احكام الجنائز وبدعها. Hlm. 306. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

فَالبِدْعَةُ اِذَنْ عِبَارَةٌ عَنْ طَرِيْقَةٍ فِى الدِّيْنِ مُخْتَرِعَةٌ تَضَاهِى الشَّرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةِ فِى التَّعَبُّدِ للهِ سُبْحَانَهُ

"Maka bid'ah pada dasarnya ialah diibaratkan: Suatu jalan dalam agama yang direka-cipta yang seakan-akan syara’. Ia bermaksud mengadakan suatu cara tata-agama yang berlebih-lebihan sehingga mencapai ke tahap penyembahan (ibadah) terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala." (Lihat: الاعتصام للشاطبى Jld. 1. Hlm. 27)

اَلْبِدْعَةُ طَرِيْقَةٌ فِى الدِّيْنِ مُخْتَرِعَةٌ تَضَاهِى الشَرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا مَا يَقْصُدُ بِالطَّرِيْقَةِ الشَّرْعِيَّةِ. اَوْ قَالَ: يَقْصُدُ بِهَا التَّقَرُّب الِى اللهِ وَلَمْ يقمْ عَلىَ صِحَّتِهَا دَلِيْلٌ شَرْعِيٌّ صَحِيْحٌ اَصْلاً اَوْوَصْفًا

"(Maksudnya): Bid'ah ialah suatu jalan (ciptaan/rekaan) yang disandarkan oleh pembuatnya kepada agama sehingga menyerupai syariah. Ianya dilakukan dengan maksud untuk menjadikannya tata-agama sehingga mencapai jalan (cara) yang menyerupai jalan syariah. Atau sebagaimana yang dikatakan: (Amalan) yang bermaksud untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditegakkan kesahihannya melalui dalil syarii yang sahih yang bersumber dari sumber yang sebenar dan tepat." (Lihat: الاعتصام للشاطبى Jld. 1. Hlm. 37)

Berkata Al-Jauhari rahimahullah:

اَلْبَدِيْعُ وَالْمُبْتَدِعُ اَيْضًا واَلْبِدْعَةٌ: اَلْحَدَثُ فِى الدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ

"Al-Badi', al-Mubtadi' dan bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatu dalam agama setelah agama disempurnakan (dinyatakan lengkap)". (Lihat: مختار الصحاح ar-Razi / صحاص اللغة Hlm. 44)

Berkata al-Fairus Abadi rahimahullah:

اَلْبِدْعَةُ: اَلْحَدَثُ فِى الدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ . وَقِيْلَ: مَااسْتُحْدِثَ بَعْدَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ اْلاَقْوَالِ وَاْلاَفْعَالِ

"Bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatu dalam agama setelah (agama) disempurnakan. Dan disebut bid'ah apa sahaja yang direka-cipta selepas Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sama ada berbentuk percakapan atau amalan (perbuatan)". (Lihat: بصائر ذوى التمييز Jld. 2. Hlm. 132)

Takrif di atas telah disepakati oleh semua golongan ulama salaf dan khalaf. Ini terbukti dengan keseragaman takrif mereka termasuklah definisi yang diberikan oleh Imam Syafie, Hambali, Hanafi, Maliki, Sufyian as-Thauri dan imam-imam fiqah yang lain. Apa yang dimaksudkan "Mendekatkan diri kepada Allah" sebagaimana yang terdapat dalam ta'rif di atas, tidak termasuk bid'ah yang berbentuk (urusan) keduniaan seperti kereta, pesawat, membukukan al-Quran dan sebagainya. (Lihat: البدع واثرها السىء فى الامة hlm. 6 Salim Hilali)

mudah kata adalah, apabila hidupnya satu Bid'ah maka matinya satu Sunnah. Ini yg menyebabkan bahaya Bid'ah, kerana boleh menyebabkan sunnah itu dilupakan. Kerana apa-apa yg bertentangan dengan anjuran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. maka ianya adalah bid'ah.

4. Ini merupakan satu tuduhan tidak berasas. Nabi, para sahabat dan Ulama' Salaf tidak pernah dan tidak ada satu riwayat pun yang menyatakan mereka menta'wilkan ayat2 mutasyabihat. Melainkan berlaku putar-belit oleh Zamihan Mat Zin, el-Muhammady, Mahfuz dan yang seangkatan mereka ttg hal ini dan telah pun dijawab putar-belit mereka ini.Silakan bawa hujah yg menyatakan golongan salaf menggunakan kaedah ta'wil dalam memahami ayat-ayat mutashabihat. Salafi tidak mentasybihkan mahupun menjisimkan Allah. Salafi beriman dengan sifat Allah seperti tangan Allah, wajah Allah, bersemayamnya Allah diatas arasy, dan sifat melihat serta mendengar bagi Allah.
Tetapi salafi menggariskan sepertimana firman Allah
“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia...” (Surah asy-Syura, 42: 11)

bermakna Allah mempunyai tangan tetapi tidak seperti tangan makhluk. Adakah sama tangan manusia dan tangan beruk?adakah sama hidung manusia dengan hidung babi?
Salafi beriman dengan sifat Allah yg mendengar tetapi Allah mendengar tidak seperti makhluk mendengar.
Imam Shafi'e berkata, "Segala puji bagi Allah.....Dia adalah seperti yang disifatkan terhadap diri-Nya dan Dia mengatasi dengan sifat-Nya atas makhluk-Nya."[al-Risalah (tahqiq: Ahmad Syakir, Mathba'ah Babi al-Halabi, Kaherah tp.thn.) ms 7-8;bhg muqaddimah
Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya: Kitab al-Fiqh al-Akhbar
"Dan apa yang disebut oleh Allah Ta'ala dalam al-Qur'an daripada sebutan Wajah dan Tangan dan 'Diri', maka ia adalah sifat2 bagi-Nya tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara(kaifiat). Dan tidak boleh dikatakan bahawa Tangan-Nya adalah kuasa-Nya(kudrat) atau nikmat-Nya kerana padanya tedapat pembatalan sifat. Ini adalah pendapat al-Qadariyyah dan al-Muktazilah. Akan tetapi Tangan-Nya adalah sifat-Nya tanpa mempersoalkan bentuk,ciri2 dan tatacara(kaifiat). Dan Marah-Nya dan Redha-Nya adalah dua sifat daripada sifat2nya tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara(kaifiat)"

5. Tauhid Wusutiyah (Rububiyah,Uluhiyyah&Asma' wa sifat) sememangnya mula diperkenalkan oleh Ibn Taimiyah. Ianya bukan perkara baru melainkan Ibn Taimiyah hanya menamakannya seperti mana Imam Syafi'e menamakan kaedah usul fiqh, Ulama' Hadith menamakan kaedah sanad dan matan serta ulama' qira'at menamakan kaedah tajwid.
dalilnya,
-Rububiyah :
“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: "Allah", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah )?” (az-Zukhruf, 43: 87)

“Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah." Maka katakanlah "Mangapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya)?” (Yunus, 10: 31)

“Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu”?” (al-Mukminuun, 23: 84-89)

-uluhiyyah
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku". (al-Anbiya’ (21): 25)

"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain Nya" (al-A’raaf (7): 59, 65, 73, 85)

Katakanlah lagi (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku diperintahkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadanya; (az-Zumar (39): 11)


-Asma' wa sifat
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Dia dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (as-Syuura: 11)

“Dan Allah mempunyai nama-nama Yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang Yang berpaling dari kebenaran dalam menyebut nama-nama-Nya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa Yang mereka telah kerjakan.” (al-A’raaf: 180)

“Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Sesiapa yang menghafalnya, maka dia akan masuk ke dalam Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 5/354, 10/214, 12/377 - Fathul Baari, dan Muslim 4/2O63)

“... tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki.” (Surah al-Ma’idah, 5: 64)

6. Akhir sekali ana nk bertanya kepada kita semua yang mengaku berfahaman Asya'irah, mengapa fahaman ini dinamakan Asya'irah dan matrudiyyah?Sedangkan pengasasnya adalah Imam Abu Hasan Asya'ari dan Matrudi itu adalah anak muridnya.Mengapa perlu kepada Matrudiyah?Ini yang disembunyikan oleh ulama'-ulama' Asya'irah.Mereka tidak menceritaka sehingga habis sejarah dan pemahaman sebenar imam Abu Hasan Asya'ari. Nanti akan kita ulas mengapa dan kenapa.
Sebarang keraguan dan kesilapan dalam posting ini harap boleh maklumkan.
WA -Hafizudin

Anonymous said...

Kembara insan dalam mencari kebenaran adalah tuntutan fitrah yang murni.Insan yang luhur jiwanya tidak akan menemui kepuasan sanubari sehinggalah dia menemui jalan kebenaran yang diyakini oleh akal yang matang dan fitrah yang tulus.Kekayaan dan pangkat sekalipun jika dimiliki oleh seorang insan,tidak akan memberi ketenangan jiwa kepadanya,selagi dia tidak menemui jalan Tuhannya yang sebenar.Demikian itu disebabkan Allah telah memfitrahkan dalam jiwa insan hendak kepada kebenaran dan keinginan menyelusuri hudup dengan cara yang diredhai-Nya.Jika ada insan yang menyeleweng daripada fitrah ini,jiwanya akan menderita sekalipun dia mewah,berjawatan,dan berkuasa.Dia kelihatan gembira dan suka namun jauh disudut sanubarinya,ada kekesongan dan kecelaruan yang amat memeritkan.Insan yang tidak menyelusuri hidup atas landasan Tuhan akan sentiasa merasai satu kegersangan dalam jiwa,atau pencariannya yang belum selesai.Jika itu dibiarkan,ia akan menjadi barah yang amat perit.ku doakan cik sumaiyah terus mencari dan adil dalam menerima ilmu syari' ini dan akhir sekali kita akan nampak betapa indahnya Islam yang kita anuti selama ini.-pakya pondok usang-

Anonymous said...

Kata Maulana Abu al-Hasan al-Nadwi lagi: “Sesiapa yang ingin melihat lautan ilmu Ibn Taimiyyah, keluasan pandangannya, penguasaannya, kekuatan hafalannya, ingatannya terhadap masalah-masalah (yang di bahaskan), kematangannya, ketelitiannya, kebijaksaannya dan kegemilauannya, maka bacalah kitab tersebut.4Cubalah lihat perbezaan dan bandingkan antara dua sikap, Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi r.h. seorang tokoh umat dan pemdakwah yang dikagumi. Sementara yang seorang lagi seorang yang mengaku ahli-sunnah, namun menyembunyikan racun Syi`ahnya. Ini diikuti oleh murid melayunya yang menulis buku Salafiyah Wahabiyah. Saya meyakini penulis buku tersebut tidak membuat sebarang kajian melainkan menceduk sepenuhnya dari gurunya itu dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Sesiapa yang membaca penulisan Hasan al-Saqqaf, akan mengetahui bahawa beliau menjadikan pembohongan fakta sebagai mainan tulisannya. Ini diikuti oleh murid melayu tersebut. Maka pengkhianatan ilmu jelas pun berlaku . Pengkhianatan yang diwarisi dari sikap para penulis yang terikut-ikut dengan rentak orientalis dan tokoh-tokoh Syi`ah. Saya akan perlihatkan contoh-contohnya untuk para pembaca secara ringkas.

FITNAH ZAMIHAN TERHADAP SYEIKH AL-ISLAM IBN TAIMIYYAH

Oleh Dr. Mohd Asri b. Zainul Abidin

بسم الله الرحمن الرحيم

Aluan Penulis

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أرسله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله، وكفى بالله شهيدا، صلى الله عليه وعلى آله وسلم تسليما

Adalah sesuatu yang sangat malang, apabila lahirnya di kalangan umat ini golongan yang sanggup untuk melakukan apa sahaja penipuan dan pembohongan semata-mata kerana membela ketaksuban dan kebencian yang tidak berasas. Apabila tuduhan dan cercaan menjadi mainan golongan yang menggelarkan diri mereka golongan agama, akhirnya yang menjadi mangsa ialah umat bawahan yang terpinga-pinga. Umat kita sepatutnya dididik bagaimana untuk berterima kepada jenerasi lalu yang telah memberikan sumbangan serta memohon keampunan kepada Allah untuk mereka di atas segala kesilapan mereka sebagai insan. Seperti mana kita diajar agar mendoakan kepada para sahabah. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 :

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ(10)

Maksudnya: Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

Inilah akhlak yang baik, yang diajar oleh al-Quran. Apabila akhlak ini hilang, maka lahirlah buku yang seperti Salafiyyah Wahabiyyah yang dipenuhi dengan fitnah dan cercaan terhadap ulama. Lebih malang lagi apabila inti kandungannya adalah pembohongan dan kepalsuan. Saya tidak dapat bayangkan, bagaimana seorang insan sanggup membohongi orang ramai demi untuk memfitnah para ulama yang berjasa. Terngamak bersusah payah mengeluarkan buku untuk hasrat itu. Apakah yang akan dia jawab di hadapan Allah di mahsyar kelak apabila dia berdiri untuk dibicarakan terhadap fitnahnya yang lembarkan kepada golongan ulama yang soleh seperti al-Imam Ibn Taimiyyah r.h..

Dengan kedhaifan yang ada, saya cuba untuk menjawab sedikit daripada pembohongan yang banyak itu sebagai peringatan kepada orang awam dan tanggungjawab terhadap hak para ulama silam.

Akhirnya marilah kita berusaha umat menyatukan umat bukan memecahkannya, mengambil kebaikan daripada semua golongan muslimin yang berjasa dan bersatu menghadapi musuh-musuh Allah dan RasulNya.

Sekian,

Mohd Asri bin Zainul Abidin

moasriza@yahoo.com

PENYELEWENGAN BUKU SALAFIYAH WAHABIYAH

Beberapa hari yang lalu, saya terbaca sebuah buku dalam bahasa melayu yang baru diterbitkan dengan tajuk “Salafiyah Wahabiyah: Suatu Penilaian” karya ZAMIHAN BIN MAT ZIN AL-GHARI. Amat mengejutkan saya, apabila buku ini penuh dengan penyelewengan fakta dan fitnah terhadap Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h. dan para ulama yang lain. Maka saya merasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan ringkas mengenai buku yang sarat dengan penipuan fakta itu. Tujuan saya di sini, bukan untuk mempertahankan salafi atau wahabi, kerana itu bukanlah suatu topik utama. Setiap aliran boleh dikritik ataupun dipuji, namun mestilah berdasarkan batas-batas amanah ilmu dan adil dalam hukuman, seperti yang dituntut oleh al-Quran. Al-Imam Ibn Taimiyyah bukanlah seorang yang maksum seperti seorang rasul, sehingga tiada sebarang kesilapan fakta. Dia seperti imam-imam lain juga, ada pendapatnya yang kuat dan ada yang lemah. Namun penulis buku tersebut telah menjadikan cacian, penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisannya. Ini adalah sesuatu menyanggahi ajaran Islam yang suci dan bersih.

RACUN SYI`AH

Penulis buku ini mengaku beliau adalah pengikut Hasan bin `Ali al-Saqqaf (السقاف) dari Jordan. Perkataan al-Saqqaf pada namanya bererti beliau berasal dari keluarga tersebut. Di Malaysia keluarga ini di sebut sebagai Assagoff. Hasan al-Saqqaf yang menjadi guru penulis berkenan, di kalangan yang mengenalinya menyatakan dia seorang agak pro-syiah. Dia mengkafirkan para sahabah yang terlibat dalam peperangan dengan ‘Ali. Sepertimana ada di kalangan rumpun tersebut di Malaysia dan nusantara, yang berpegang kepada Syi`ah. Beliau cuba menonjolkan diri bahawa beliau seorang ahli Sunnah dan bermazhab al-Imam al-Syafi`i. Dalam masa yang sama beliau selalu menghentam secara lisan para sahabah yang terlibat dalam peperangan menentang Saidina `Ali. Sementara dalam bukunya, Sahih Sifat Salat al-Nabi beliau menyebut: “Maka jelas bahawa hadith (kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan) “kitab Allah dan kaum keluargaku (Nabi s.a.w.)” itulah yang sahih lagi thabit di dalam Sahih Muslim, adapun lafaz (berpegang) dengan kitab Allah dan sunnahku” adalah batil dari segi sanad dan tidak sahih. Maka hendaklah para khatib, penceramah dan imam meninggalkan lafaz ini..”1 Dalam buku Salafiyyah Wahabiyyah, penulisnya mencatitkan nasihat gurunya itu, dengan katanya: “Aku berpesan kepada engkau agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan Ahli Bait (kaum keluarga)”(m.s. ijazah am). Hasan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan para ulama sepakat bahawa Saidina Abu Bakar dan `Umar lebih afdal daripada Saidina `Ali. Muridnya yang menulis buku ini turut membuat bantahan yang sama dalam buku tersebut2. Walaupun begitu cuba menyembunyikan racun Syiahnya, tetapi ianya tetap dapat dihidu oleh orang lain.

Oleh kerana di dalam Ahli Sunnah, Ibn Taimiyyah adalah tokoh yang paling hebat mempertahankan aqidah ahli sunnah dan menyerang hujah-hujah Syi`ah, maka cara terbaik untuk mempertahankan Syi`ah ialah dengan menghentam habis-habisan Ibn Taimiyyah. Hentaman itu pula akan dilihat lebih mantap dengan menggunakan nama ahli sunnah itu sendiri. Ini dengan cara diselewengkan fakta-fakta ulama, membuat pengkhianatan ilmiah dan membohongi pembaca yang tidak mampu membuat penyelidikan. Tokoh pendakwah Islam yang terkenal di kurun ini, Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi berkata dalam bukunya yang ditulis khas mengenai sejarah perjuangan Ibn Taimiyyah sebagai tokoh pemikir dan dakwah yang terbilang, bertajuk “Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah (الحافظ أحمد بن تيمية):”Sesungguhnya al-Imam Ibn Taimiyyah telah bangkit menjawab Syi`ah dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Dia telah benar-benar menunaikan tanggungjawab dengan kuatnya mempertahankan sunnah, aqidah ahli sunnah, al-khulafa al-rasyidin dan para sahabah yang mulia r.a. Di samping itu dia mengkhususkan menjawab Syi`ah dalam sebuah kitab khas, dinamakan “Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah”3 (ertinya: Jalan Sunnah Nabi dalam menolak pendapat Syi`ah dan Qadariyyah).

Maka kita akan dapati Hasan al-Saqqaf begitu marah kepada buku “Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah منهاج السنة النبوية في نقد كلام الشيعة والقدرية., karya agung Ibn Taimiyyah tersebut. Namun beliau mempertikaikan dengan caranya yang seolah-olah membela ahli sunnah. Dalam buku “Salafiyyah Wahabiyyah”, penulisnya juga menghentam kitab Ibn Taimiyyah tersebut berkali-kali sebagai mengikut jejak langkah gurunya itu dengan tuduhan sesat dan seumpamanya.

Kata Maulana Abu al-Hasan al-Nadwi lagi: “Sesiapa yang ingin melihat lautan ilmu Ibn Taimiyyah, keluasan pandangannya, penguasaannya, kekuatan hafalannya, ingatannya terhadap masalah-masalah (yang di bahaskan), kematangannya, ketelitiannya, kebijaksaannya dan kegemilauannya, maka bacalah kitab tersebut.4

Cubalah lihat perbezaan dan bandingkan antara dua sikap, Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi r.h. seorang tokoh umat dan pemdakwah yang dikagumi. Sementara yang seorang lagi seorang yang mengaku ahli-sunnah, namun menyembunyikan racun Syi`ahnya. Ini diikuti oleh murid melayunya yang menulis buku Salafiyah Wahabiyah. Saya meyakini penulis buku tersebut tidak membuat sebarang kajian melainkan menceduk sepenuhnya dari gurunya itu dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Sesiapa yang membaca penulisan Hasan al-Saqqaf, akan mengetahui bahawa beliau menjadikan pembohongan fakta sebagai mainan tulisannya. Ini diikuti oleh murid melayu tersebut. Maka pengkhianatan ilmu jelas pun berlaku . Pengkhianatan yang diwarisi dari sikap para penulis yang terikut-ikut dengan rentak orientalis dan tokoh-tokoh Syi`ah. Saya akan perlihatkan contoh-contohnya untuk para pembaca secara ringkas.

MEMFITNAH PARA ULAMA

Pada muka surat 70-76, beliau menyenaraikan pertentangan pendapat para imam-imam ahli sunnah dengan Ibn Taimiyyah. Lalu beliau memetik nas-nas para imam berkenaan yang bukan ditujukan kepada Ibn Taimiyyah. Antaranya, al-Imam al-Nawawi الإمام النووي yang meninggal pada tahun 676 hijrah, sedangkan Ibn Taimiyyah lahir pada tahun 661 hijrah. Beliau tidak mengenali Ibn Taimiyyah. Begitu al-Imam Ibn al-Jauzi الإمام ابن الجوزي yang meningga pada tahun 598 hijrah.

Beliau juga meletakkan tajuk “Percanggahan pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Hafiz al-Sayuti”5. Sedangkan Ibn Taimiyyah telah meninggal 121 tahun sebelum kelahiran al-Sayuti السيوطي pada tahun 849H. Kemudian beliau memetik nas al-Sayuti yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah. Dengan cara ini pembaca akan menyangka al-Imam Sayuti (meninggal 911 hijrah) dalam hayatnya tidak sukakan Ibn Taimiyyah. Sedang al-Imam Sayuti memasukkan Ibn Taimiyyah dalam senarai huffaz hadith (para hafiz hadith), dalam kitabnya Tabaqat al-Huffaz طبقات الحفاظ, al-Imam Sayuti yang bermazhab Syafi’i itu memperkenalkan Ibn Taimiyyah seperti berikut: “Ibn Taimiyyah, seorang syaikh, imam, al-`allamah (sangat alim) hafiz, seorang yang kritis, faqih, mujtahid, seorang penafsir al-Quran yang mahir, Syaikh al-Islam, lambang golongan zuhud, sangat sedikit sepertinya di zaman ini,..salah seorang tokoh terbilang..memberi perhatian dalam bidang hadith, memetik dan menapisnya, pakar dalam ilmu rijal (para perawi), `illal hadith (kecacatan tersembunyi hadith) juga fiqh hadith, ilmu-ilmu Islam, ilmu kalam dan lain-lain. Dia daripada lautan ilmu, daripada cendikiawan yang terbilang, golongan zuhud dan tokoh-tokoh yang tiada tandingan..”6.

Demikian juga penulis Salafiyah Wahabiyah, meletakkan tajuk “Pencanggahan Pendapat Ibn Taimiyyah dengan Imam al-Zarqani”7. Beliau memetik ungkapan al-Zarqani yang tiada kena mengena dengan Ibn Taimiyyah daripada kitab Manahil al-`Urfan مناهل العرفان . Beliau cuba menggambarkan pertentangan yang sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sebaliknya dalam kitab itu sendiri penulis Muhammad `Abd a-`Azim al-Zarqani, banyak memetik pendapat Ibn Taimiyyah dengan hormatnya. Pada semakan saya, sebanyak lima kali al-Zarqani memetik pendapat Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya tersebut. Pada cetakan yang pada tangan saya ialah pada jilid pertama muka surat 78 dan 90, pada jilid kedua pada muka surat 162, 192, 2028. Bahkan muka surat 202 beliau menamakan Ibn Taimiyyah sebagai Syeikh al-Islam, katanya: “Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Khilaf di dalam tafsir itu ada dua jenis….” . Lihatlah betapa penulis Salafiyyah Wahabiyyah ini ternyata melakukan pembohongan terhadap para ulama dan pengkhianatan terhadap ilmu.

FITNAH DAN PENGKHIANATAN

Lebih dahsyat daripada itu, pembohongan dalam muka surat 127 terhadap al-Imam Hajar al-`Asqalani, sehingga menggambarkan seolah-seolah Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani الحافظ ابن حجر العسقلاني (meninggal 852H) dalam Al-Durar al-Kaminah الدرر الكامنة mempertikaikan `aqidah Ibn Taimiyah. Penulis Salafiyah Wahabiyah tersebut menyelewengkan terjemahan seperti berikut: “para ulama telah menggelarkan Ibn Taimiyyah dengan tajsim berdasarkan apa yang telah beliau tulis., Ibn Hajar menambah lagi: “dia dihukum dengan munafiq kerana perkataannya terhadap Saidina `Ali”.

Saya tidak pasti, apakah beliau tidak dapat memahami bahasa `arab, atau sengaja melakukan pengkhianatan. Sebenarnya, terjemahannya sepatut begini: “Orang ramai telah berbeza pendapat mengenainya kepada beberapa golongan, di kalangan mereka, ada yang mengaitkannya dengan tajsim…di kalangan ada yang mengaitkannya dengan nifaq ومنهم من ينسبه إلى النفاق”.”. Kemudian Ibn Hajar meneruskan ceritakan mengenaikan fitnah yang dikenakan kepada Ibn Taimiyah itu, sehingga beliau menyebut:”Ibn Taimiyyah terus dipenjara sehingga kembali ke rahmat Allah. Kepada Allah juga kembali segala urusan. Dia memerhatikan mereka yang khianat dan apa yang disembunyikan di dalam dada. Hari kematian Ibn Taimiyyah itu menjadi bukti, manusia memenuhi jalan menyambut jenazahnya, orang Islam datang dari serata pelusuk. Mereka mengambil keberkatan dengan menghadiri jenazahnya, pada hari yang ditegakkan bukti, mereka semua ingin memegang kerandanya sehingga patah kayunya”9. Lihatlah niat buruk penulis untuk mengkhianati ulama dan menipu para pembaca yang tidak mengetahui bahasa arab. Lain yang maksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, yang pula yang digambarkannya. Orang yang berbohong seperti ini, tidak diterima penyaksiannya.

Penulis Salafiyah Wahabiyah, juga cuba membohongi pembaca dengan menggambarkan seolah-olah al-Imam al-Zahabi (meninggal 848 hijrah), yang juga salah seorang murid utama Ibn Taimiyyah, mempertikaikan Ibn Taimiyyah, demikian juga al-Imam al-Subki yang hidup di zaman itu, yang menjadi murid kepada al-Zahabi. Beliau menyembunyikan apa yang al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani sebut dalam kitabnya di atas, al-Durar al-Kaminah. Sebenarnya al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani, selepas mencerita sejarah kewafatan Ibn Taimiyyah, memetik ucapan al-Imam al-Zahabi yang memuji-muji gurunya Ibn Taimiyyah, sehingga kata Ibn Hajar: “Al-Zahabi telah menulis surat kepada al-Subki, lantas memarahinya di atas perkataannya terhadap Ibn Taimiyyah. Al-Subki menjawabnya, antara jawapannya:”Adapun apa yang tuan katakan mengenai al-Syeikh Taqiyuddin (Ibn Taimiyyah), maka hamba ini (saya) telah pun pasti ketinggian kemampuannya, limpahan dan keluasan lautan ilmunya dalam naql (al-quran dan al-Sunnah) dan akal, kehebatan kebijaksanaan dan ijtihadnya, juga dia mencapai kesemuanya itu lebih dari yang disifatkan. Hamba ini (saya) sentiasa akan mengakuinya. Nilaiannya (Ibn Taimiyyah) pada diri ini, lebih besar dan mulia dari segalanya. Dengan apa yang telah Allah himpunkan padanya dari sifat zuhud, warak, kuat beragama, membela dan menegakkan agama kebenaran semata-mata kerana Allah. Dia melalui perjalanan ulama salaf dengan sepenuhnya, sangat asing orang sepertinya pada zaman ini bahkan di mana-mana zaman pun”. Sehinggalah Ibn Hajar menyebut: “Ibn Taimiyyah imam kepada semua para imam, keberkatan umat, yang sangat alim di kalangan ulama, pewaris para anbiya..” sehinggalah beliau megelarnya sebagai “Syeikh al-Islam”10. Bahkan al-Zahabi menyenaraikan gurunya itu di dalam kitabnya Tazkirah al-Huffaz تذكرة الحفاظ yang dikhaskan untuk para hafiz dalam hadith. Beliau memuji Ibn Taimiyyah dengan pujian yang sangat hebat juga menggelarnya dengan gelaran Syeikh al-Islam, antara katanya: “Ibn Taimiyyah: seorang syeikh, imam, al-`allamah (sangat alim), al-hafiz (dalam hadith), seorang yang kritis, mujtahid, penafsir (al-Quran) yang mahir, beliau adalah Syeikh al-Islam….dari lautan ilmu, dari para cendikiawan yang terbilang, dari golongan zuhud yang sukar dicari, dari tokoh-tokoh yang berani dan pemurah lagi mulia, dipuji oleh penyokong dan penentang”11.

Demikian cara pembohongan dan penyembunyian fakta dalam buku Salafiyah Wahabiyah tersebut. Bahkan penulisnya meniru lagak gurunya, mempersendakan sesiapa yang menamakan Ibn Taimiyyah dengan Syeikh al-Islam. Kemudian mengkhianati fakta dengan memutar belitkan tulis-tulis tokoh ulama. Perbuatan ini bukan sekadar memfitnah Ibn Taimiyyah, tetapi memfitnah sekelian ulama yang lain. Inilah suatu sikap yang diwarisi dari Syi`ah dan ianya sangat buruk.

Lihat lagi dalam muka surat 132 dan ke atas, buku penulis buku ini cuba menggambarkan seolah-seolah, al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah r.h. juga tidak menyukai Ibn Taimiyyah berdasarkan kitabnya Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah تاريخ المذاهب الإسلامية. Sebenarnya sesiapa yang membaca buku tersebut akan melihat bagaimana Muhammad Abu Zahrah memuji dan membela Ibn Taimiyyah. Bahkan Muhammad Abu Zahrah menulis buku khas dengan tajuk “Al-Imam Ibn Taimiyyah”, membela dan memuji sejarah perjuangannya. Maka jelas, ini adalah satu pembohongan terhadap al-Syeikh Abu Zahrah, yang merupakan tokoh besar di zaman kita ini. Lihatlah petikan sebenar daripada kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, kata Syeikh Muhammad Abu Zahrah ketika selesai menceritakan sejarah Ibn Taimiyyah:”Demikian itu kita lihat pendirian Ibn Taimiyyah terhadap al-Nasir (pemerintah di zamannya) sama seperti pendirian (al-Imam) Izzu al-Din `Abd al-Salam dan Muhyi al-Din al-Nawawi (al-Imam Nawawi). Maka berterusanlah rangkaian para ulama yang membela Islam. Bahkan Ibn Taimiyyah melebihi mereka berdua kerana dia menghunuskan pedang di medan jihad. Dia telah diberi ujian dengan sebab pandangan-pandangannya dalam agama. Dia meninggal dalam keadaan Allah meredhainya, dalam penjara yang sempit, semoga Allah meredhai dan memuliakan tempat tinggalnya (syurga) dan mengurnianya sebaik-baik balasan di atas sumbangannya kepada ilmu dan Islam”12.

Adapun Zahid al-Kauthari (meninggal 1371H), yang lahir di Istanbul, memang tidak menyukai Ibn Taimiyyah. Tetapi itu semua bukan satu hujah yang diterima sebagai bukti Ibn Taimiyyah tertolak. Apatah lagi Zahid al-Kauthari terkenal sebagai seorang yang sangat ta’sub kepada mazhab Hanafi, juga tidak amanah terhadap petikan-petikan ilmiah. Beliau pernah mempertikaikan nasab al-Imam al-Syafi`I, menuduh al-Imam Ahmad sebagai seorang yang tidak faqih, memfitnah Ibn Hajar al-`Asqalani sebagai “kaki perempuan” dan berbagai tuduhan liar terhadap para ulama yang lain. Ahmad bin Muhammad al-Siddiq al-Ghumari الصديق الغماري menghimpunkan penyelewengan-penyelewengan fakta dan cerca-cercaan ini di dalam kitabnya Radd al-Kauthari `ala al-Kauthari رد الكوثري على الكوثري. Maka tidaklah hairan jika orang seperti ini menghina dan memfitnah Ibn Taimiyyah.

Al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah r.h pernah menjadi murid al-Kauthari, beliau juga menolak cercaan Kauthari terhadap Ibn Taimiyyah, katanya.: “Bukti yang kuat (bahawa aku tidak membenci Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim) ialah aku telah penuhi kitab-kitabku dan ulasan-ulasanku dengan pendapat-pendapat Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan al-Imam Ibn Qayyim-semoga Allah merahmati keduanya-. Aku telah berkhidmat untuk kitab-kitab al-Imam Ibn al-Qayyim dengan menyebar dan mentahqiqkannya, -seperti yang telah disebutkan-. Aku juga telah menyokong dan membela mereka berdua. Aku menyebut mereka dengan penuh sanjungan dan hormat pada berpuluh-puluh tempat di dalam kitab-kitabku. Sepertimana yang jelas sebelum ini tanpa sebarang keraguan lagi. Adapun al-Syeikh al-Khauthari r.h., semoga Allah mengampuni kita dan juga dia, tidak menyukai kedua imam ini. Itu adalah pandangan dan ijtihadnya. Sekiranya aku ini berpegang dengan setiap yang dia kata, tentu aku juga akan tidak menyukai kedua mereka (Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dan al-Imam Ibn al-Qayyim) lalu mengikuti sikapnya terhadap mereka berdua –Allah rahmati keduanya-.Namun apa yang berlaku membuktikan sebaliknya….” Sehingga katanya “..segala puji bagi Allah yang telah mengurniakanku dapat membezakan antara yang pendapat yang boleh diterima dan ditolak. Aku akan mengakui apa yang aku lihat benar berdasarkan kefahamanku, sekalipun ianya datang dari seorang yang rendah kedudukannya. Aku akan tinggalkan apa yang aku dapati menjauhi kebenaran, sekalipun ianya datang dari tokoh yang lebih besar dari al-Kauthari, yang terdiri daripada para ulama yang masyhur. Sekalipun aku seorang pengikut, segala puji bagi Allah di atas kurniaannya, namun tiada seorang pun yang mengikut segala-galanya, melainkan dia seorang yang ta`asub ataupun seorang yang bodoh”13.

Apa yang dinyatakan itu terbukti dalam banyak tempat di dalam penulisan al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah ini, antaranya, ketika mentahqiq (mengulas) kitab Qawa`id fi `Ulum al-Hadith قواعد في علوم الحديث oleh Zafar Ahmad al-Uthmani al-Tahanawiالتهانوي Apabila beliau mendapati ada perkataan yang kurang tepat kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, al-Syeikh Abu Ghuddah menulis surat kepada al-Tahanawi, dan menegurnya. Al-Tahanawi menjawab surat itu dengan katanya: “Aku pernah menyuruh seorang sahabatku untuk memadamkan ungkapan tersebut yang berkait dengan al-Imam Ibn Tamiyyah r.h., tetapi dia terlupa, dan syaitan melupakan aku untuk mengingatkannya. Kamu semua padamkanlah ungkapan itu dan tulis pada nota kakinya: “Sesungguhnya penulis telah menarik balik ungkapan tersebut, itu adalah dari kegelinciran penanya, dia telah beristighfar dan bertaubat kepada Allah mengenai adab yang buruk terhadap para imam Islam, antaranya al-Imam Ibn Taimiyyah al-Harrani, Syeikh al-Islam, semoga Allah merahmatinya serta memasukkannya dan kita juga ke dalam Dar al-Salam (syurga)”14.

Memang benar, adanya para ulama silam yang mempertikaikan Ibn Taimiyyah di atas salah faham mereka. Namun bagi sesiapa yang mempelajari ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil الجرح والتعديل (mempertikai atau mengangkat kedudukan seseorang rawi) perkara seperti ini adalah fonomena biasa. Al-Imam al-Bukhari r.a. sendiri pada hayatnya dipertikaikan akidahnya oleh gurunya sendiri, iaitu Muhammad bin Yahya al-Zuhli yang merupakan juga tokoh hadith dan ulama Naisabur sehingga al-Imam al-Bukhari terpaksa meninggalkan negeri Naisabur. Al-Imam al-Bukhari dituduh bahawa beliau menyatakan al-Quran makhluk Kita yakin bahawa tuduhan yang dikenakan kepada al-Imam al-Bukhari tidak benar dan itu hanyalah salah faham. Kisah ini disebut dengan banyak dalam kitab-kitab ilmu hadith. Untuk kemudahan, pembaca boleh merujuk kitab al-Ta’rif bi Kutub al-Sittah, oleh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah.

Al-Imam al-Bukhari pula dalam hayatnya mempertikaikan kedudukan Abu Hanifah r.a., imam mazhab Hanafi. Al-Imam Al-Nasai juga menghukum Abu Hanifah sebagai dhaif. Tokoh ilmu rawi iaitu al-Yahya bin Ma`in pula mempertikaikan keperibadian al-Imam al-Syafi`i. Ini semua berlaku kerana salah faham dan maklumat yang tidak tepat. Adapun kita ini, yakin kepada kethiqahan (dipercayai) semua imam-imam tersebut. Kita tidak dapat menerima semua pertikaian itu, kerana ini akan meyebabkan ramainya para imam tertolak. Kalau kita hanya melihat kepada satu pandangan sahaja tanpa kajian, sekalipun pandangan itu datang dari tokoh yang besar seperti al-Bukhari dan Yahya bin Ma`in, tentu kita akan tersilap hukuman terhadap para imam yang lain. Para ulama hadith telah membincangkan persoalan seperti ini pada berbagai tempat di dalam kitab mereka. Antaranya, apa yang dibahaskan oleh al-Imam Anwar Shah al-Kasymiri dalam kitabnya Faidh al-Bari `ala Sahih al-Bukhari فيض الباري على صحيح البخاري dalam jilid pertama di dalam bab Al-`Ilm qabl al-Qaul wa al-`Amal (cetakan Deoband, India). al-Subki menyebut dalam Tabaqat al-Syafi`iyyah: “tiada seorang imam pun melainkan ada yang mencercanya”. Dengan itu maka para ulama hadith mensyaratkan tajrih (mempertikaikan rawi) mestilah mufassar iaitu dinyata bukti kesalahan yang diterima.

Hal yang sama telah menimpa Ibn Taimiyyah perkara ini bertambah buruk apabila musuh-musuhnya dari kalangan Syi`ah dan golongan tarikat sufi yang melampau menabur fitnah yang begitu dahsyat. Dengan harapan, jatuhnya Ibn Taimiyyah, dapatlah bermaharajanya kesesatan. Maulana Abu al-Hasan `Ali al-Nadwi, dalam bukunya tadi telah menceritakan bagaimana golongan yang sesat berusaha menyebabkan Ibn Taimiyyah dipenjarakan. Apabila beliau dipenjarakan, maka mereka kembali berani untuk menyebarkan kesasatan mereka. Maka, para ulama pada zaman itu mula sedar betapa besar dan pentingnya peranan Ibn Taimiyyah. Mereka mula menulis surat, merayu dan membelanya di hadapan pemerintah, sehingga al-Nadwi menyebut: “Ahli bid`ah dan hawa nafsu yang dahulu cuba untuk menonjolkan diri sebagai bermazhab ahli sunnah, untuk menipu para pemerintah dan hakim (agar menangkap Ibn Taimiyah). Sebaik sahaja berjaya penipuan mereka, maka nampaklah kejahatan mereka pada orang ramai dan mulalah mereka menonjol dan tidak bersembunyi lagi”. (m.s. 93-94). Nampaknya sejarah tersebut, cuba untuk ditimbulkan semula oleh golongan yang bertopengkan ahli sunnah pada kebelakangan ini.

Jika kita perhatikan tokoh-tokoh umat pada zaman lalu dan kini, mereka banyak mengambil manfaat daripada khazanah Ibn Taimiyyah. Lihat al-Nadwi yang saya sebutkan di atas. Demikian juga al-Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut dalam bukunya Kaifa Nata`amul ma`a al-Sunnah: “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (m.s. 170, cetakan: Dar al-Wafa, Mesir)

Sebenarnya, golongan yang ingin supaya orang ramai menghukum Ibn Taimiyah sesat, kufur dan seumpamanya itu sedar, bahawa jika langkah ini berjaya maka sebahagian besar tokoh-tokoh umat dapat dileburkan, dan khazanah umat dapat dihancurkan. Antara murid terbesar Ibn Taimiyyah ialah al-Imam Ibn Kathir, yang terkenal dengan Tafsir al-Quran al-`Azim atau dikenali dengan Tafsir Ibn Kathir. Bacalah buku al-Tafsir wa al-Mufassirun, karangan al-Syeikh Husain al-Zahabi, dalamnya diceritakan bagimana Ibn Kathir begitu mencintai gurunya, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan banyak berpegang dengan fatwanya. Kemunculan al- Imam Ibn Kathir, al-Imam al-Zahabi, al-Imam Ibn al-Qayyim dan lain-lain adalah antara sumbangan besar Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Musuh-musuh ahli sunnah mengetahui hal ini, mereka berusaha merobohkan khazanah ini.

Para pembaca sesebuah buku atau tulisan hendaklah mengambil sikap berhati-hati, apatah lagi jika dia bukan seorang pengkaji yang dapat menyemak apa yang ditulis. Berpeganglah kepada ajaran Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ(6)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seseorang fasik membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan (hukuman) kepada sesuatu kaum dengan secara jahil, lalu kamu akan menyesal”. Saya tertarik dengan apa yang dipetik oleh al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) dalam kitabnya `Ulum al-Hadith: “Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka” ( m.s. 390, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h telah pun pergi menemui Allah sejak tujuh ratus tahun lalu. Hidupnya dahulu dibaluti dengan perjuangan yang penuh ikhlas. Para ulama hadith dan mereka yang mengenalinya memuji dan menghormatinya, seperti yang telah saya nyatakan dalam tulisan ini, bahkan lebih dari itu. Sesiapa yang menghina dan mencerca Ibn Taimiyyah di zaman ini, akan berdiri bertanggungjawab di hadapan mahkamah Allah Yang Maha Adil di akhirat. Mereka mesti bertanggungjawab di atas segala perkataaan yang dilempar kepada tokoh ulama yang mulia itu, yang menyampaikan ilmu, menulis, berjihad dengan pedang menentang tentera kuffar Monggol dan berbagai jasanya yang tidak mampu disukat. Semoga Allah memelihara kita semua dari kegelinciran dan disesatkan oleh golongan yang jahat.

1 Hasan al-Saqqaf, Sahih Sifat Salat al-Nabi, m.s. 294, cetakan: Dar al-Imam al-Nawawi, Jordan

2 lihat m.s. 111.

3 Abu Hasan `Ali al-Nadwi, Al-Hafiz Ahmad bin Taimiyyah, m.s. 213 cetakan Dar al-Qalam, Kuwait.

4 Ibid, m.s. 215.

5 m.s. 75

6 Al-Imam al-Sayuti, Tabaqat al-Huffaz, m.s. 516, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir.

7 m.s. 76

8 al-Zarqani, Manahil al-`Urfan, jilid 1, m.s. 109, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut

9Ibn Hajar al-`Asqalani, al-Durar al-Kaminah, jilid1, m.s.155, cetakan: Dar al-Turath al-`Arabi, Beirut

10 ibid, jilid 1, m.s. 158-159

11 Al-Imam al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, jilid 4, m.s. 1496, cetakan Haidar Abad, India.

12 Abu Zahrah, Tarikh al-Mzahib al-Islamiyyah, m.s. 648, cetakan Dar al-Fikr al-`Arabi, Mesir

13 Imdad al-Fattah, bi Asanid wa Marwiyat al-Syeikh `Abd al-Fattah, m.s. 657, cetakan: Maktabah al-Imam al-Syafi’i, Riyadh

14 Al-Tahanawi, Qawaid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 442, cetakan Dar al-Salam, Kaherah.-pakya pondok usang-

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Banyaknya info di sini. Syukran sahabat-sahabat.
~APIDS muslimah~

Asqalani said...

Mudah sahaja...

yang pertama : berlaku adil dalam berhukum dan mempelajari apa yg ingin di post kan dalam blog..

ana tidak menyokong mana-mana pihak...tapi enti seorang yang ana rasa terlibat dalam gerakan haraki tak boleh cakap mcm tuh...

sekiranya kita membenci wahabi, salafiyah dll...maka janganlah kita mengambil hujah dari pihak yang kita sendiri tidak kenal...seumpama ramai org mengambil kritikan terhadap Ibn Taimiyah melalui pena syiah...

ana masih tak tau mana satu takrifan wahabi paling tepat...

kalau ikut Ust Mahfuz, org yang berakidah 3T tu wahabi,,,Tauhid uluhiyyah, tauhid rububiyyah, tauhid asma' wa asifat...maka enti pun secara tidak langsung wahabi...

Kalau cmtu, wahabilah Hadi Awang ( rujuk bukunya "Beriman Kepada Allah") al-Qaradhawi (bukunya fushul fi al-Aqidah baina al-Salaf wa al-Khalaf ) Fathi Yakan bukunya mengapa aku menganut Islam dalam mukaddimah...yang jadi silibus usrah...

Untuk orang haraki macam enti ana mencadangkan enti rujuk penerangan akidah oleh tokoh haraki enti sendiri yang berakidah 3T...Zaharuddin, Nasaruddin Tantawi, Ramadhan Fitri, Abd Ghani Shamsudin, Harun Taib, Nik Aziz dan ramai lagi...agar lebih adil dalam berhukum...

kalau tak percaya...buka web al-subki bulan jun, julai 2008..atau artikel terbaru mengenai Nama Allah oleh Nik Aziz di blog al-Subki

wallahu a'lam...

sebolehnya kaji yang benar dahulu baru kaji tokohnya...

bukan nak ajak taasub kepada pemimpin pas...tapi bila berkata kepada orang haraki Pas nih ana kena sebut juga lah...

al-Faqir ila ALLAH..