CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 2, 2008

istiqamah satu anugerah


Istiqamah satu anugerah. Anugerah yang tak ternilai, yang diberi oleh Allah kepada hamba yang dikehendakinya. Nilainya terlalu tinggi kerana ia menuntut mujahadah, ia menuntut kefahaman yang mendalam, ia menuntut jati diri yang kuat.

Kenapa boleh berubah? Belum cukupkah ilmu didada? Atau anda yang tak punya jati diri?..tolong jawab..!

‘Kadang-kadang kena ikut waqi’..ada time kita terpaksa berubah..”kata seorang teman.

“berubah macam mana? Apa Islam itu ada had-hadnya? Kenapa nak ambil separuh-separuh?, masa ni lah..mula nak ikut waqi’..”

Kadang-kadang terfikir juga kekreatifan mereka berhujah, malu barangkali, tercari-cari dalil nak ‘menegakkan benang yang basah’.

Saya faham gelojak itu, ingin sahaja diturutkan rasa hati. Tapi fikirlah semula..tak rindukah zaman waktu thiqah2 dahulu? Iman pasti sakit diwaktu ini..iman pastinya memberontak! (seandainya imanmu itu iman tulen).

Sahabat-sahabat, kembalilah..sedarlah..kita berbeza dengan orang lain, kita agamawan..ikon pada adik-adik, biarkan pandangan orang asalkan kita yakin apa yang kita lakukan atas dasar ilmu.

Sekali lagi istiqamah satu anugerah, bukan mudah-mudah kita dapat..bersyukurlah yang berdiri di atas jalan itu. Jangan pula kita menempelak orang yang terlari dari landasan ini. Mungkin Allah sedang mengujinya. Tanda kasih sayangNya..kita tak tahu..

Ya Allah kurniakan kami ISTIQAMAH

3 comments:

sahabat said...

salam.
mcm byk je yg berlaku kat unibesiti baru. sabar. sabar.
benar apa yg enti ckp. istiqamah satu anugerah. kekal dgn jiwa yg khusyu3 tawadhu3, diri yg thiqah. nikmatnya istiqamah...

pnjg nih, harap sudi baca smpai abis.

tp, kita x blh mementingkan diri jgk.(komen utk post enti yg ni dan jgk yg kat bwh). enti rasa x senang dgn sikap mereka yg x sekepala. memang, sikap tu x btl.

tp, kita x blh nilai mereka sebagaimana kita nilai diri kita. kita mgkin membesar dgn tarbiah, sedangkan mereka...mereka tahukah apa itu tarbiah? persekitaran mereka x sama dgn kita. mereka membesar dlm biah berbeza.

jd, kita x blh membenci mereka, sebaliknya, tanamkan dlm diri kita, ak perlu ubah sahabat2 baru ak ni, supaya kalaupn x sethiqah ak, tp smoga mereka jauh dr kata2 lagha mereka, dkt dgn zikrullah.

Utk menarik mad3u, kita x blh menjauhi mereka. Rasa sayang perlu, persefahaman jgk penting. jgn smpai wujud puak2. puak2 thiqah dan puak2 sebaliknya. tp x bermakna kita perlu gadai thiqah kita, dan jadi mangsa kpd waqi3. jaga betol2 istiqamah kita dlm agama.
jgk jgn biarkan shbt2 'sethiqah' enti futur.

ingat, kita adalah umat terbaik, yg bukan stakat menyuruh kpd ma3ruf, tp jgk MELARANG DRPD MUNKAR, jgk beriman kpd ALLAH.

pndai2 la jaga thiqah, pada masa sama tarik mad3u.
salam.

demartyr said...

huhu..
thiqahkah aku???
apa2 pun tu satu doa...
syukran, doakan butterfly..

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualaikum wbt.

blog berwajah baru nampaknya..