CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 24, 2008

"...moga proksiku hanya ISLAM..."


"Saya bukan berdiri diatas proksi seorang Umaira, bukan juga untuk pelajar-pelajar jurusan saya,tetapi semua pelajar asasi di Universiti ini,"kataku disambut tepukan yang gemuruh, sesekali terdengar suara-suara yang sumbang melaungkan namaku.
Tak pasti adakah suara itu salah satu propaganda yang telah ku rancang dengan pihak muslimin. Terkejut juga, lucu pun ada..Petang itu aku bertemu dengan ketua muslimin. "Ustaz, nanti bila ana di atas pentas buatlah sesuatu yang dapat menarik perhatian crowd pada ana." .kataku. "Ya, insyaAllah..",jawabnya. Sesekali terasa kasihan dengannya, aku suruh dia buat macam-macam, jadi promoter , tampal poster, gantung banner..hmm, baru aku sedar peranan muslimin amatlah besar dalam perjuangan seorang wanita.Jika wanita sayap kiri perjuangan seorang lelaki, lelaki adalah dua sayap perjuangan seorang wanita.

Pantang berundur sebelum berjuang

Bagiku malam manifesto agak memuaskan hati, sungguh aku berdiri diatas proksi Islam sebenarnya, bukan untuk diriku. Perkara sebegini memang menenangkan, jika kita niatkan untuk diri sendiri pasti menggusarkan. Malam itu sebelumku melangkah ke Dewan untuk berhadapan dengan tujuh ratus lebih manusia, aku mengumpul kekuatan dengan menanti apakah motivasi yang Allah akan beri melalui kalamNya. Percayalah, kalamNya itu syifa’, penawar bagi hati kita tatkala kegusaran. "…bahawa kekuatan itu semuanya milik Allah.."(al-Baqarah,165). Cukup sahaja dengan lima perkataan itu untuk menaikkan keyakinanku, terima kasih Ya Allah, kekuatan itu hanya ada padaMu, bantulah hambaMu ini, rintihku. Ya.. memang darjah semangat aku berkurang sejak peristiwa malam sebelumnya.
"Umaira, ana rasa lebih baik kita tarik diri!,"ujar sahabatku yang sama-sama lepasi sesi interview. Hanya kami berdua yang melepasi temu duga itu. Aku tahu mereka(interviewers) takut!, takut dengan pelajar agama seperti kami. Sengaja semasa sesi interview aku tidak sentuh isu-isu ‘pengamalan agama secara total’, cuba menghadharikan diri. Lucu, berdegar-degar jawapan ku , terpaksa tunjuk bagus.
"kenapa pula dia ni?, detik hati.
" Nia, kenapa cakap macam ni?, esok malam penamaan calon tau,"balasku.
" Ira, cuba anti bayangkan kalau kita ada pun dalam organisasi ini, sejauh mana suara kita?,"terang dia.
"Kita takkan berjaya, percayalah..kita sikit, nak sanggah program-program yang melalaikan yang diorang buat? Siapa nak dengar suara kita?," tambahnya.
Aku mengetap bibir, tanda kurang senang dengan kata-katanya.

Malam Ukhuwah

Memang masalah besar, Nia mula ragu-ragu dengan perjuangan ini. Kami terpaksa berjaga sehingga pukul dua pagi,bercakap dari hati ke hati meleraikan kekusutan dimindanya. Siapakah yang merubah pendiriannya, siapakah meracuni mindanya? Ya Allah bantu kami!
"Nia, Imam Malik kata, kata-kata manusia itu bukan muqaddas, boleh diterima dan ditolak. Setiap orang punya jalan juang yang berbeza meskipun hadafnya sama. Ada yang masuk melalui pintu tarbiyah, ada yang masuk dari pintu siasah…mengikut kecenderungan masing-masing.., Allah memilih kita berjuang melalui pintu ini, so jangan sia-siakan peluang ini. Memang…kesan itu tak mungkin kita nampak sekarang, tapi at least kita ada usaha untuk itu..Maha Pengasihnya Allah, Dia tak pernah menantikan hasil tapi apa yang dilihat usaha!," panjang lebar ku terangkan padanya. Aku dan dia sama, masih bertatih lagi, belum cukup untuk dikatakan matang di jalan ini. Tak hairan andai ada diantara kami yang rebah. Yang pasti kesediaan untuk bangkit semula itu ada dihati kami. Dan sahabat disisi yang sedia membantu.
Ya, malam itu adalah malam ukhuwah bagi kami, seorang demi seorang diberi peluang untuk menyatakan apa yang terbungkam dihati. Alhamdulillah syukurku dipertemukan sahabat-sahabat yang solehah seperti mereka, tak putus-putus memberi kata semangat pada kami berdua, yang sanggup turun padang mewarna banner dan berkempen. Terima Kasih sahabat-sahabatku. Inni uhhibbukum fillah.

Kalah pada emosi

Aku kalah pada emosi ku pagi itu. "macamana ni, biologi belum baca, hari ini ada test…arghh!..." Kepala ku terasa serabut!..Lapar, penat, mengantuk, risau,…berbaur..
Sepatutnya aku gembira kerana malam tadi aku telah diumumkan menang dalam pilihanraya tersebut.
Kerisauanku terhadap pelajaranku melebihi kegembiraanku. Sesekali terlintas rasa kesal, sibuk berkempen tertinggal buku.Lantas aku beristighfar, aku memang pantang orang yang menyalahkan perjuangan apabila gagal dalam pelajaran. Bagiku hal itu adalah masalah diri sendiri yang tak bijak mengurus, bukan salah apa yang diperjuangkan!. "come on umaira, jangan cakap tak serupa bikin!"
"Bersabarlah Umaira, kadang-kala dosa-dosa dihapuskan dengan berpenat lelah dalam perkara makruf.."aku memujuk diri… Ya Allah, beri aku kekuatan.
Kaisara menyediakan aku segelas air kopi.. faham aku penat menunggu result sehingga larut malam, malam semalam. Air kopi yang agak pekat terasa lebih pahit dari biasa..Kaisara memang gemar buat air sebegitu. Tapi aku lebih melihat air itu sebagai air kopi kasih sayang seorang sahabat. Syukran Kaisara..

Bukti kasih sayangNya

"Test dibatalkan hari ini, kita ganti hari lain," kata seorang tutor.
Alhamdulillah!, ku panjatkan kesyukuran, memang itu harapanku,aku kurang bersedia..
Terbuai aku dengan kasih sayangNya. Sekali lagi Dia membuktikan janjiNya, siapa yang menolong agamaNya, Dia pasti menolongnya. Ya Allah jadikan aku seorang hafizah (penjaga agamaMu).

1 comments:

leya said...

amin..smoga sntiasa drahmatiNya