CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 6, 2009

Just think..

Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi
www.iLuvislam.com
Ustaz
Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*
editor : kasihsayang



Pengenalan

Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga saya sering kali ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. Pelbagai persoalan diajukan kepada saya samada melalui Email dan YM ataupun melalui PM(Private Message) di iLuvislam.com. Di antara mereka ini ada yang meminta saya untuk menyediakan sedikit sebanyak info dan maklumat berkaitan dengan fahaman Wahabi ini. Di samping itu, saya juga tidak terlepas dari menerima kritikan dan cemuhan dari golongan Wahabi setiap kali saya berhujjah dan berbincang dengan mereka.

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya.


Cara Mengenali Golongan Ini

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lain-lain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Penutup

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre(ketua moderator agama iLuvislam.com, graduan sarjana perbandingan mazhab, Universiti Al-Azhar).

Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Saudara2ku..tolong bagi respon..syukran

6 comments:

Hafizudin said...

Dari sudut AQIDAH:
1.Tentang Tauhid Wusutiyah ini sudahpun dijelaskan dalam posting terdahulu.Mengenai [menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah] ana tidak faham dan tidak tahu atas dasar apakah tuduhan ini dilemparkan.

2. Ini anda boleh nilai sendiri apabila habis kita mengkaji tentang Ilmu Aqidah.

3. Salafi tidak menolak sifat 20. Hanya kita tidak menetapkan bagi Allah hanya 20 sifat. Bagaimana dengan asma' ul husna Allah? al-Rahman, al-Rahim....bukankah itu semua sifat bagi Allah?

4. Sudah dijelaskan dalam posting terdahulu.

5. tawassul & istighatsah : menjadikan sesuatu sbg perantaraan untuk meminta/mendekatkan diri kpd Allah.(ana ringkaskan maknanya)
-Adapun dalam bertawassul@istighatsah kepada orang yang masih hidup tiada khilaf di antara Ulama' tentang di bolehkannya. Sedangkan yang dilarang(diharamkan) adalah bertawassul kpd orang yang telah mati (i.e. para Wali, para Rasul, para sahabat).
Ini berdasarkan kpd ayat {Faathir :22}...Juga kepada perbuatan sahabat yang tidak pernah bertawassul kpd nabi sebaliknya kpd orang alim yang masih hidup...Umar al-Khattab berkata,"Ya Allah, dahulu kami bertawasul kapada-Mu dengan perantaraan Nabi-Mu, sehingga Engkau menurunkan hujan kepada kami dan kini kami bertawassul kepada-Mu dengan perantaraan paman Nabi kami, kerana itu turunkanlah hujan kepada kami".Ia(Anas) berkata: Lalu Allah turunkan hujan.[HR Bukhari no 1010] di sini Umar bertawassul dengan menjadikan al-Abbas r.a. sebagai pengganti apabila kewafatan Rasulullah.



6. Amalan yang tidak dipersetujui?....Tidaklah Ulama' melabelkan sesuatu perbuatan itu syirik/kufur/bid'ah melainkan jelas tiada dalil dalam ibadah tersebut dan jelas bertentangan dengan Sunnah Rasulullah dan para sahabat.

7. Tarikat yang sudah tidak mengikuti landasan agama yang sebenarnya...Maka itulah tarikat yang sesat.Manakala tarikat yang berada di atas Sunnah Rasulullah, maka itu adalah tarikat yang benar. Ini anda juga boleh nilai sendiri. Melihat perbuatan melompat-lompat, menjerit-jerit, menari-nari dalam berzikir. Adakah ini bertepatan dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. ?

Dari sudut FIQH:
1. Ana hairan baca tuduhan ini? Entah atas dasar apa dilakukan tomahan sebegini. Adapun yang diseru adalah berbalik kepada Sunnah Rasulullah. Dan menjauhi sikap taksub kepada sesuatu mazhab. Adapun pendapat Ulama' yang bertentangan dengan Hadis dan Quran, maka jangan di ikuti. Ulama' tidak maksum. Maka kesalahan Ulama' tidak dikritik, tetapi ditinggalkan. Kerana itu ijtihad mereka. Tetapi yang mana bertepatan dengan Nas dan Dalil, maka wajib di ikuti.

2. Bawakan bukti golongan muqallid ini dicerca. Syaikh Nasiruddin al-Albani apabila ditanya tentang hukum Taqlid dan ber-Mazhab, beliau menjawab "aku tidak menemui dalil tentang haramnya taklid, bahkan taklid merupakan sesuatu keharusan bagi orang yang tidak memiliki ilmu.{QS. an-Nahl:43}.....Adapun yang dilarang dalam islam adalah taqlid buta" Taqlid bagi orang awam tidak menjadi suatu masalah, tetapi dianjurkan ber-ittiba' agar :
-kita lebih yakin dengan amalan dan pegangan kita.
-Agar dapat memahami punca dan sebab berlakunya khilaf mu'tabar di kalangan Ulama' maka kita akan lebih berlapang dada.
-Menjauhkan kita dari sifat ta'asub kepada Ulama' dan hanya ta'asub kepada Quran, Sunnah mengikut pemahaman sahabat.

3. Apabila Sunnah ditinggalkan, adakah ini isu furuk? Sudah lama isu ini diperbahaskan, tetapi mengapa masih ada yang menganjurkannya?. Mengapa masih ramai yang melakukannya?

4. Sudah dijelaskan dalam posting terdahulu.

5. Tuduhan yang tidak berasas.

6. Penulis ini begitu bijak mereka-reka dan menambah-nambah. Nasiruddin al-Albani mempunyai pendapat yang bertentangan dengan Ibn Baz, juga dengan Shalih 'Uthaimin juga dengan Ibn Taimiyah.

Dari sudut MANHAJ:
1. Tersenyum ana sendirian membaca tuduhan ini. Agaknya kalau di lihat sekarang ini, siapa ya yang berlebih-lebihan dalam mengkritik "mereka yang tidak sehaluan baik Ulama' dulu ataupun kini?"

2. Juga tersenyum membaca tuduhan ini. Sekarang ni siapa ya yang "Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar"??

3. Tuduhan semata-mata. Silakan bawa hujah tentang kebenaran yang mana dan tentang apa.

4. Tuduhan tanpa asas. Sungguhpun ana mengakui ada sesetengah golongan yang bersemangat lebih apabila mula mengenal manhaj salaf ini, namun perbuatan segelintir tidak boleh dijadikan hujah bagi meng'condemn' yang lain.

5. Benarkah begitu? Anda nilai lah sendiri.

6. Pernahkah anda lihat Yusof Qardhawi menguar-uarkan kesesatan Dr. Ali Jum'ah? Selalukah kita melihat Wahbah Zuhaili dan Karim Zaidan menghentam Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari? Ada Mustofa Khin menganjurkan satu ceramah bagi mentohmah Hassan al-Saqqaf?Pernah kita lihat Tok Guru Nik Aziz mentohmah Ustaz Zamihan Mat Zin? Adakah Dr. Asri membuat satu seminar bagi menghentam Ustaz Mahfuz?

7. Sila bawa bukti/fakta/dalil....

8. Bukan "fahaman mereka" tapi fahaman Para Sahabat dan Ulama' Tabi'in serta Tabi'ut tabi'in. Soal pecah belah ini adalah hujah utama untuk menghentam salafi. Adapun turunnya Nabi Muhammad S.A.W. membawa ajaran Islam, tidakkah itu memecah belah masyarakat Arab? anak di pulau oleh keluarga. Isteri ditinggalkan suami. Hubungan persaudaraan di putuskan. Ingat, dalam dakwah membawa Islam, tidak ada konsep "berlaku maksiatlah, tinggalkanlah sunnah, buatlah Bid'ah wahai umat Islam...asal kamu bersatu-padu". Dalam [al-Maidah,5:78-79] telah binasa dan terlaknat bani Israel kerana mereka tidak mencegah keMungkaran yang berlaku di kalangan mereka.(tafsir oleh Ibn Kathir, membawa hadith riwayat Ahmad,Abu Daud,At-Tirmidzi,Ibn Majah dll)

9. Tuduhan yang tidak ilmiah. Ana tak pasti samada ini adalah dari sumber yang mana. Tetapi penulis ini tidak bersikap ilmiah kerana menyerang peribadi sesetengah golongan. Dia sendiri menyatakan 'SEBAHAGIAN' bermakna perbuatan sebahagian orang tidak boleh dijadikan dalil untuk menhentam keseluruhan. Ada dikalangan orang Islam yang merogol, merompak, berzina....maka, adakah ini anjuran Islam?adakah ini modal untuk mengatakan Islam itu buruk dan hina?

10. Anda nilai sendiri, label 'wahabi', siapa yang beri? menyesatkan dan mefasiqkan...siapa sebenarnya yang {Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran}? Almarhum Abdullah Harari,tokoh hadith pujaan Zamihan Mat Zin, Abu Syafiq, MAhfuz dan el-muhammady.Apa katanya terhadap Ibn Taimiyah, Dr Yusof Qaradhawy, Prof Wahbah Zuhaili, Dr, Karim Zaidan, Imam Hassan al-banna, Syed Sabiq, Ibn Baz, Shalih 'Uthaimin, Shaleh Fauzan, Nasiruddin albani...?mereka ini KAFIR.tak percaya?boleh tengok sendiri kata-kata syaikh ini.

11. Khianat ilmiah yg macam mana syaikh? Rajin sungguh golongan salafi ini meng-edit buku2 karangan ulama' seperti Ibn Kathir, at-Thabary, Ibn Hajar al-Asqalani dll agar sependapat dengan mereka ini.Memang dahsyat.

WA....

Hafizudin said...

Satu lagi, suka ana ingatkan....
Imam Abu Hasan Asya'ri sebenarnya beraqidah Salaf. Ini fakta yang disembunyikan Boleh buka kitab karangan beliau, [Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah], [Maqalat al-Islamiin wa Ikhtilaf al-Musollin].... Ulama' tidak pernah menyesatkan penganut fahaman asya'irah-matrudiyah.Yang disesatkan adalah fahaman itu sendiri. Kerana boleh membawa kepada peninggalan fahaman agama yang sebenar mengikut apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah dan difahami oleh para sahabat.

Anonymous said...

salam hafizudin..
anda kena tahu bhw wahabi dan salafi adalah dua yg berbeza..yg dinyatakan itu adalah fahaman wahabi..anda dh terkena tempias wahabi dh ni..anda blh lihat dan tgk bukti scr sendiri dlm internet ttng bahaya wahabi ni..xperlu ditanya di sini coz tlh dijawab..samada anda nk trm atau x terpulang pd anda..namun tlh dikatakn golongan wahabi xkan trm pndgn org lain walaupn tlh dinyatakan bukti dan dalil..
bg aku..artikel ini bgs utk masyarakat..

Hafizudin said...

Buat saudara se-Islamku Anonymous....

"anda kena tahu bhw wahabi dan salafi adalah dua yg berbeza"
-Apa ya beza wahabi dan salafi? Sila nyatakan.
Kalaulah pegangan ana diatas dikata wahabi.Maka ana adalah wahabi.Jika dikatakan berpegang dengan Islam yg dibawa Muhammad S.A.W dan mengikut pemahaman para sahabt sesat.Maka aku sudi dikatakan sesat.Kerana Muhammad S.A.W. bukan sahaja ditohmah sesat, malah tukang sihir,orang gila, pmecah belah masyarakat dan banyak lagi.Aku rela.

"anda blh lihat dan tgk bukti scr sendiri dlm internet ttng bahaya wahabi ni"
-Mengapa perlu internet?mengapa tidak diberi kitab-kitab dan tulisan ulama' untuk aku melihat sendiri?
-Untuk pengetahuan anonymous,dalam ana mencari manhaj dan aqidah yang benar ni,ana dah cari,jumpa dan tanya semua pihak.Bahkan, zamihan sendiri ana pernah duduk bertentang dengan dia membincangkan soal ini.Persoalannya,sudahkah anonymous cari,jumpa,kaji,tanya semua pihak?atau anonymous sekadar mendengar hujah sebelah pihak?

"namun tlh dikatakn golongan wahabi xkan trm pndgn org lain walaupn tlh dinyatakan bukti dan dalil"
-Telah nyata di sini siapa yang xkan terima pandangan orang lain sungguhpun diberi dalil dan bukti.Kepada yang mencari,nilailah sendiri.

asqalani said...

kepada Anonymous...idealistik mestilah berubah kepada realistik...corak pemikiran yang diterajui anak muda Malaysia suadh berubah di ruang politik...anak muda sudah pndai menilai baik buruk bukan berdasarkan lidah TV3 mahupun pena UTUSAN MElayu...

Namun anak muda mampu mengorak corak pemikiran intelek dengan pengumpulan hujjah dan bukti...

Cemuhan dan Andaian hanya layak bagi mereka yang diluar budaya ilmu...andai anak muda diluar mampu berubah memilih corak politik negara...namun ana sedih...
kerana ANONYMOUS masih ditakuk lama dalam berfikiran kritis anak muda dalam soal agama...

Persoalannya...adakah kita berjaya mengprolifikkan pikiran politik anak muda dipeti undi namun kita akhirnya memandulkan pemikiran anak muda hanya pada sangkaan dan andaian...

andai itu pilihan anda...keluarlah dari kelompok pejuang "IDEALIS MAHASISWA"...masuklah ke kelompok idealis tempurung bersama ukhwah para katak diddalamnya...

tahniah Hafizuddin..anda membuktikan Islam ditegakkan pada Hujjah..bukan pada emosi...

Anonymous said...

salam..
aku rs terlalu byk dh kebongkaran ttng wahabi ni..xperlu tny kt sini pn xpe..coz blh search sendiri kt tenet ni..byk sgt..semuanya tlh dijawab..
bg aku la..penulis artikel ni cuma tulis scr umum je..bkn korg xtau kot?
sape mkn cili..dia la rs pedas..