CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 17, 2008

"err..maafkan saya.."

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kamu ingin dimaafkan Allah? Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih."(An-Nur:22)

Manusia..insan..tak pernah sunyi dari kesilapan. Insan dapat ditakrifkan sebagai lupa dan sukakan keseronokan. Orang-orang tua juga mengakuinya. Kata mereka "Bumi mana tak ditimpa hujan". Semua orang buat silap.."err...maaf... saya ter..". Ada sahaja yang tidak disengajakan berlaku.

Berbalik pada ayat diatas, seorang mukmin la budda, mesti mempunyai sifat ini. Memaafkan sesama muslim yang berbuat kesalahan dan berlapang dada. Ikutkan hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu, jadi, ikutlah Al-Quran..jangan dilayan sangat perasaan marah dan bengang tu..bak kata orang jawe "it is unbenificial!".Tak kemananye perasaan tu..menambah nanah dalam hati ade..

Pernah sekali telinga ini panas bila dengar kata-kata seseorang teman tu bila dinasihat,"awak..sedangkan nabi maafkan umatnya..',dia menjawab,"tapi aku bukan nabi.."

Nak kata jahil murakkab bukan..mungkin "jahil merangkak"..kasihan teman tu..tahap keintelektualannya belum cukup tinggi untuk dia kaitkan nasihat sahabatnya dengan kondisinya..

ya! "sedangkan nabi maafkan umatnya..",pernah tak kita fikir berapa banyak suruhan nabi s.a.w yang kita ingkar?, sunnah baginda yang kita tinggalkan...? Kasih sayang nabi tu lestarilah!..Apalagi kita umatnya..yang banyak dosa ini..kawan buat silap sikit je..muncungnya berminggu-minggu..

"Maaf"..paling mudah untuk sebut..paling susah dilafazkan..belajar-belajarlah didikla hati. Sebab, hanya orang yang ego sahaja yang tak mampu sebut perkataan ni.Then, egokah kita?

1 comments:

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualaikum wbt

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...::