CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 21, 2008

"..kerana aku terlalu sayangkan sahabat.."


Maafkanku Kaisara.., permata jernih jatuh dari mataku..
Kecewa dengan diri sendiri.Sanggup ku melukakan hati seorang teman..

Terkenang aku perkenalan pertamaku dengannya..
“Assalamualaikum…nama saya umaira hazel..nama awak?”
“Nama saya Kaisara..”,jawabnya.
“Sedapnya nama awak..SPM awak berapa ya?
“Sedikit saja 11”..humblenya dia ini detik hati.
Satu hari aku menerima system pesanan ringkas(sms) darinya..
“hati takkan lurus jika lidah tak lurus…uhibbuki fillah”
Sungguh aku merasa asing dengan ungkapan sebegitu..bagiku dia seorang yang suka mempamerkan emosi dan perasaannya. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku merasa bahagia dengan kata-kata begitu. Tersimpan rasa ingin mendekatinya.

“penatlah umaira cerita pasal ni..jangan cerita lagi boleh?,bentaknya.
“Kaisara, cubalah pertimbangkan perkara ini..”,pujuk ku.
Entah sejak bila aku suka masuk campur hal peribadi orang..bagiku dialah orang yang pertama aku lakukan sebegitu.
“ini untuk kebaikan awak juga..,”sambung ku.
Kaisara terus menamatkan perbualan.
Hati aku menangis, dimana silapnya.
Arghh..aku terlalu menyibuk!,mengongkong!...
Ya kerana aku terlalu sayangkan dia..aku hanya harap yang terbaik untuknya..!
Tapi caramu itu salah umaira!
Bukan kau tak tahu dia tidak selesa didesak..
Atau aku perlu biarkan sahaja dia begitu..
Mungkinkah ada cara yang lebih baik?..Ya Rahman beriku petunjukMu.

Kaisara…
Dengarlah luahan hatiku ini..
Aku menyayangimu disegenap jiwaku..
Tak pernah terlintas dibenakku untuk menyakitimu..
Aku hanya ingin membantu..
Bantumu mencari yang terbaik untukmu..
Kebahagianmu kegembiraanmu itu harapanku
Ingatkah apabila aku bersedih siapa yang berada disisiku?
Dirimu kaisara..
engkau yang mengungkapkan “tiada istilah menyusahkan dalam bersahabat”..
ternyata aku sahabat yang menyusahkan..
maafkan aku andai tak mampu menjadi sahabat yang baik
tak ingin lagi aku mengganggu privasimu..teruskanlah hidupmu..
namun jika engkau memerlukan aku berada disisimu
untuk mendengar..untuk menangis..
aku sentiasa bersedia untuk itu.


Persahabatan adalah lumrah kehidupan membuat kita tertawa, menangis, menerima dan memberi, dan yang paling penting ia membuatkan kita menghargai hidup yang sementara.

6 comments:

Ibtisam... said...

uhibbuki FILLAH...
uhibbuki FILLAH...
uhibbuki FILLAH..

(^_^)

Ibtisam... said...

kite nak sambung cite awak boleh...
tak kisahkan?

mungkin Umaira silap...
sebab selalu masuk campur urusan peribadi kaisara...

tapi mungkin umaira tidak perasan sebenarnya 'masuk campur' itulah kaisara mendapat kasih sayang seorang sahabat...dapat mengerti erti persahabatan sebenarnya yg mungkin kaisara tak pernah merasai sebelum ni....

alangkah terharunye kaisara apb umaira sentiasa mengambil berat tentangnya..apabila ada makanan terus sms kaisara untuk ajak makan bersama....alangkah terharunya kaisara....

susah nak diungkapkan jasa umaira pada kaisarah....

tapi ketahuilah umaira bahawa kaisara tetap sayang umaira..FILLAH....

bestkan sambungan cerita ni...maya jgn terharu pulak...

hehehe...sayang maya!!!

demartyr said...

sekali lagi nama saya sumaiyah..bukan umaira..

Ibtisam... said...

saya tau!!!!!
tak perlu kamu ulang!!!!

fatimah azzahra yahaya said...
This comment has been removed by the author.
fatimah azzahra yahaya said...

Assalamualaikum wbt.
kadang-kala yang kita abaikan itulah yang terbaik buat kita...