CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 12, 2008

sayonara bumi tarbiyah

Sudah menjadi sunnah pertemuan pasti ada perpisahan. Tinggal beberapa jam sahaja lagi untukku melangkah keluar dari bumi penuh barakah, bumi tarbiyah, bumi para pencinta ilmu, bumi nilam puri. Pernah dulu ketika mendengar cerita dari seorang sahabat tentang tempat ini, dikhabarkan disitu ada himpunan mutiara-mutiara ilmu yang mungkin tak terjumpa di tempat lain.
Secara jujur, hati ini tersenyum sinis, terfikir betapa obsesnya sahabat itu terhadap tempat ini.."hei..Bumi Allah itu luaslah, rahmatNya ada dimana-mana..bukan di nilam puri sahaja".
Terdetik dihati, sahabat tersebut terlalu terikut emosi. Akhirnya, penulis tak boleh menafikan pepatah,"tak kenal maka tak cinta".
Bukan senang untuk jatuh cinta, bukan senang untuk kita menghayati erti tarbiyah..
Hati ini pasti rindu akan UKHUWAH..
pasti rindu kuliah Tok Guru(Nik Aziz)
pasti rindu Jaafar Rawas(kedai buku islamik)
pasti rindu kuliah2 talaqqi
pasti rindu pensyarah-pensyarah disini..
dan pasti merindui tarbiyah disini..
Apalagi yang boleh aku ungkapkan untuk menterjemah perasaan ini..?
rindu..rindu..dan rindu...
setinggi kesyukuran aku rafa'kan padaMu yang memberi ruang dan peluang untuk ku mematangkan diri disini...

Buat sahabat-sahabat dinilam puri..
thabatlah..teruskan kelangsungan tarbiyah disini..
without tarbiyah,biah solehah..nilam puri is nothing..
Buat sahabat-sahabat sains..
kita bakal bertemu cabaran...
iman kita akan teruji...
istiqamah kita bakal menjadi bukti...
keikhlasan kita beramal disini, disana penentunya..
ya..di UMKL nanti...
Kuatlah jangan goyah..
moga hati-hati kita ini Dia jaga dlm dakapan rahmatNya..
Amiin..

3 comments:

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualaikum wrbkt

Sy suka ungkapan 'tak kenal maka tak cinta'..memang kita patut mengenali terlebih dahulu sebelum kita mencintai.Sy sendiri..walau dilahirkan dibumi bertuah kelantan, sy tidak mengenal Nilam Puri apatah lagi untuk mencintai.Alangkah ruginya sy dan alangkah bertuahnya Sue kerana diberi peluang untuk berpijak dibuminya walau hanya untuk 'singgah'seketika.Apapun sy tetap bersyukur dilontarkan di sini hanya kerana satu prinsip -di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung-ironinya di mana-mana sahaja, ia tetap bumi Allah.

demartyr said...

"dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung" (",)

fatimah azzahra yahaya said...

salam,

Nampaknya dah pandai buat peribahasa sendiri yer..
hehehe...teruskan usaha!