CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 20, 2008

yang batil tetap batil!

"Perkara yang haq itu tetap berdiri teguh sendirian, dan tak mungkin bercampur dengan yang batil."


Apa yang terlintas difikiran anda apabila membaca statement ini?... Syariah?,Daulah ?, Qiyadah?, Muamalat?..YA! semua tu terangkum didalamnya perkara HAQ dan BATIL..
Pernah dengar "QULILL HAQ WALAU KANA MURRA"? .Katakanlah yang benar walaupun pahit.

Saya bawa beberapa senario yang menggambarkan "niat tak menghalalkan cara"

Senario 1:Sepasang kekasih yang sedang bermadu kasih yang menjadikan 'Islam dan Perjuangannya' sebagai "lesen".
"Err..saya bermesej pun sekadar memberi kata-kata perangsang..sebagai tasyji' untuk dia..kami tak bercinta..,"kata si lelaki.
"Ya..bila saya dapat mesej dari dia..semangat untuk berjuang itu kembali berkobar!,"jawab si perempuan.
"betul tak rasa 'ape-ape'??.."


Senario 2: Seorang ibu yang awet muda, dengan seorang lelaki yang agak muda darinya.
Saya bertanya,"kenapa mak cik tak pakai tudung dihadapan lelaki itu?".
"Takpe anggap macam anak..lagipun dalil al-quran kata..orang yang telah berusia tak perlu tutup aurat..,"jawab mak cik.
"Tapi rambut mak cik ni Hitam lagi..rupa mak cik pun muda lagi bukan?.

Senario 3: Seorang pencuri yang telah ditangkap.(ni mungkin jelas sikit kot..)
"kenapa awak mencuri?,
jawab pencuri,"Saya nak tolong orang miskin..."
"waa..mulianya hati awak.."

Terasa sinis bukan bila mengenangkan realiti masyarakat sekarang..analoginya mudah saja.
Anda cuba bayangkan segelas air putih yang anda nak minum,kemudian anda letak sedikit sahaja(ingat sedikit je jangan lebih) najis... (mukhaffafah pun jadilah..).Rasa-rasa nak minum tak air tu? Kalau nak minum juga tak tahu la kan..

Hmm..Yang Haram tetap Haram..Semurni mana pun niat anda, ingatlah.. mengikut syariat itu juga syarat utama dalam melakukan kebaikan..wallahutaalaa'lam




5 comments:

sahabat said...

salam... ana suka senario 1. byk berlaku dikalangan pejuang Islam. tp, ni berlaku x smestinya kpd yg bermadu kasih je. yg x bermadu pn, ade jgk yg mcm ni. perjuangan dijadikan alasan, walhal, yg dibuatnya tu ... . nmpk indah, dan mmg indah pn, kalau pasangannya tu adalah yg halal bgnya.

sahabat said...

silap skit. dalam kalangan, bkn dikalangan. kesilapan tatabahasa (grammar/nahu)

demartyr said...

syukran ya sahabat jordan..
moga Allah tak golongkan kita dalam golongan ini..
ana sangat-sangat takut dengan ayat ni..
"mengapa engkau suruh org lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu(kewajipan)sendiri,padahal kamu membaca Al-kitab,Maka tidakkah kamu berfikir?"(Al-Baqarah:44)

fatimah azzahra yahaya said...

assalamualaikum..

pandai sahabat..dalam kalangan (tatabahasa yang betul).hehehe..

"matlamat tidak menghalalkan cara"

demartyr said...

yewp..
"matlamat tak menghalalkan cara"
kat tim ni ckgu Bahasa Melayu ke?